Penerbangan murah ke Sibolga (FLZ)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Sibolga (FLZ)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Pulau Pinang (PEN) → Sibolga (FLZ)
Penerbangan
Jumaat, 26 Apr 2024
RM 405.83
Kuala Lumpur (KUL) → Sibolga (FLZ)
Penerbangan
Rabu, 15 Mei 2024
RM 431.39
Padang (PDG) → Sibolga (FLZ)
Penerbangan
Ahad, 12 Mei 2024
RM 618.49
Jakarta (CGK) → Sibolga (FLZ)
Penerbangan
Jumaat, 10 Mei 2024
RM 774.44
Singapura (SIN) → Sibolga (FLZ)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 846.13
Bandar Lampung (TKG) → Sibolga (FLZ)
Penerbangan
Rabu, 01 Mei 2024
RM 897.21
Kuching (KCH) → Sibolga (FLZ)
Penerbangan
Khamis, 02 Mei 2024
RM 1,043.00
Bandung (BDO) → Sibolga (FLZ)
Penerbangan
Sabtu, 11 Mei 2024
RM 1,330.52
Pekanbaru (PKU) → Sibolga (FLZ)
Penerbangan
Khamis, 09 Mei 2024
RM 1,645.95

Hotel popular di Sibolga

Hotel Prima Indah
Hotel Prima Indah
RR Wisata Indah Hotel
RR Wisata Indah Hotel
RR Horas Hotel
RR Horas Hotel
Syariah Cn Darussalam
Syariah Cn Darussalam
RedDoorz Plus @ Jalan FL Lumban Tobing Sibolga

Satia Hotel Sibolga
Satia Hotel Sibolga
Lihat lebih banyak pilihan hotel

Tiket Penerbangan Murah ke Sibolga, Indonesia

Sibolga atau dahulunya dikenali sebagai Siboga adalah sebuah bandar yang terletak di bahagian barat wilayah Sumatera Utara, di Indonesia. Selain merupakan sebuah bandar, Sibolga juga merupakan sebuah pelabuhan dengan pelabuhan bandar yang terletak di pelabuhan semulajadi di Teluk Sibolga. Selama berabad-abad lamanya, pedagang-pedagang yang datang dari India dan Arab telah berlayar melalui Sibolga sebagai gerbang barat untuk sampai ke Sumatera. Dengan saiz seluas 10.77 kilometer persegi dan sejumlah 84,444 penduduk, lokasi strategik Sibolga telah membolehkan ia menjadi perantara untuk aktiviti perdagangan dengan Pulau Nias yang berhampiran. Selain itu, terdapat banyak pulau dan tarikan semula jadi lain yang boleh didapati di sekitar bandar ini yang cukup sebagai tempat tarikan bagi pelancong yang mahukan percutian yang mengujakan.

Lapangan Terbang di Sibolga

Lapangan Terbang Ferdinand Lumban Tobing

Lapangan Terbang Ferdinand Lumban Tobing adalah lapangan terbang utama yang berfungsi untuk berkhidmat bagi bandar sibolga dan kawasan sekitarnya yang lain, yang terletak 30 kilometer dari kawasan bandar. Ia merupakan sebuah lapangan terbang awam yang boleh mengendalikan penerbangan menuju ke destinasi di sekitar Indonesia seperti Kepulauan Batu, Gunung Sitoli, Jakarta dan Medan yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat penerbangan seperti Citilink, Garuda Indonesia, Susi Air dan juga Wings Air. Lapangan terbang awam ini dimiliki oleh kerajaan Indonesia dan dinamakan selepas Ferdinand Lumbantobing yang merupakan hero kebangsaan bagi republik Indonesia yang berkhidmat sebagai pemerintah wilayah Sumatera Utara dan juga Menteri Manusia dan Transmigrasi semasa hidupnya. Ia terletak pada ketinggian 10 meter di atas paras laut dengan satu landasan yang berukuran kira-kira 2,260 meter dan diperbuat daripada asfalt. Terdapat penerbangan bersambung ke dan dari Kuala Lumpur melalui Garuda Indonesia dengan bajet harga tiket kira-kira 1,886 ringgit.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Sibolga?

Traveloka adalah sebuah enjin carian perjalanan yang memudahkan pengunjung untuk mencari penerbangan yang murah ke Sibolga dan di kawasan yang berhampiran. Apa yang anda perlu lakukan adalah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi tersebut akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai penerbangan dalam julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan yang terbaik untuk ke Sibolga.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Sibolga?

Walaupun Sibolga boleh dikatakan sesuai untuk dilawati sepanjang tahun, terdapat sesetengah waktu yang lebih baik dikunjungi daripada yang lain. Mengambil kira faktor itu, kebiasaannya musim bukan puncak untuk melawat Sibolga dan kawasan berhampiran adalah pada bulan November dengan kadar hujan yang tinggi pada bulan ini yang membuatkan rancangan anda untuk keluar akan terjejas lebih sedikit daripada biasa. Namun begitu, seseorang boleh menjangkakan kos perjalanan untuk menjadi lebih rendah jika anda melancong sekitar bulan ini. Masa puncak untuk melawat Sibolga biasanya sekitar bulan Disember hingga Oktober, oleh itu anda akan menjangkakan harga tiket dan penginapan untuk meningkat sekitar masa ini. Jika anda merancang perjalanan anda dengan baik, anda pasti boleh menjimatkan wang anda kerana harga untuk hotel dan penerbangan pada musim puncak biasanya akan menelan belanja yang tinggi.

Sibolga, sama seperti kawasan lain di seluruh Indonesia dan negara sekitarnya, mempunyai iklim hutan hujan tropika menurut klasifikasi iklim Koppen di mana musim kering adalah lebih pendek atau tidak wujud, dan hujan biasanya lebat sepanjang tahun. Purata suhu maksimum bagi sibolga biasanya akan mencecah sekitar 29 dan 31 darjah Celsius manakala purata suhu minimum turun sehingga 23 dan 24 darjah Celsius. Bulan yang paling panas biasanya sekitar April, Mei dan Jun walaupun perbezaannya mungkin tidak terlalu jelas jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain. Sibolga juga mempunyai kelembapan yang tinggi dengan beberapa bulan yang lebih lembap daripada yang lain dengan kemungkinan hujan untuk terus berlaku sepanjang tahun.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Sibolga?

Walaupun Sibolga mungkin hanya sebuah bandar kecil, masih ada beberapa tarikan yang boleh dianggap berbaloi untuk dilawati apabila anda berada di sini.

Pulau Poncan - Salah satu pulau terbesar di sekitar Tapanuli dengan saiz kawasan seluas 500 hektar, ia terletak hanya 7 kilometer dari bandar Sibolga, yang boleh diakses dengan menaiki 30 minit perjalanan menggunakan bot laju dari pelabuhan Sibolga. Ia mempunyai pantai berpasir putih dan tempat penginapan untuk pelancong yang berminat untuk tinggal semalaman di sini malahan terdapat juga tapak perkhemahan untuk pengunjung yang sukakan cabaran. Ia pernah dikenali sebagai Pulau Takalo sebelum dinamakan semula sebagai Pulau Poncan.

Tangga Seratus – Tangga Seratus adalah tarikan bersejarah yang merupakan hasil tinggalan dari zaman penjajahan Belanda. Ia mempunyai 298 anak tangga dengan ketinggian 100 meter, yang dipercayai menjadi sebab tangga itu dipanggil sedemikian. Di anak tangga teratas, seseorang akan tiba di ketinggian yang membolehkan mereka menikmati pemandangan panorama bandar Sibolga. Ia telah menjadi tempat yang menarik yang sering dikunjungi penduduk tempatan dan pelancong, dengan pelbagai lawatan yang diadakan di sini. Kebiasaannya pemandu pelancong akan membawa mereka menaiki tangga ini di samping menerangkan sejarah di sebaliknya.

Pulau Nias – Sebuah pulau yang terletak di kawasan pantai barat Sibolga, ia boleh diakses dari sibolga dengan menggunakan feri. Ia sememangnya dikenali sebagai sebuah destinasi meluncur yang hebat, dengan Teluk Sorake sebagai kawasan yang paling kerap dikunjungi untuk aktiviti meluncur di pulau ini. Terdapat juga penyu yang berenang di perairan pulau, yang boleh diperhatikan oleh pelayar yang sedang menunggu gelombang untuk naik sedikit bagi tujuan meluncur.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved