Penerbangan murah ke Wakkanai (WKJ)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Wakkanai (WKJ)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Sapporo (CTS) → Wakkanai (WKJ)
All Nippon Airways
Jumaat, 10 Mei 2024
RM 438.86
Tokyo (HND) → Wakkanai (WKJ)
Penerbangan
Jumaat, 10 Mei 2024
RM 2,424.13

Tiket Pesawat Murah ke Wakkanai, Jepun

Wakkanai di Hokkaido adalah bandar paling utara di Jepun dan merupakan hab perjalanan udara, keretapi dan feri bagi pengunjung yang ingin melawat Tanjung Soya (Soya Misaki) yang berdekatan. Ia juga merupakan titik paling utara di Hokkaido dan titik perlepasan untuk ke pulau-pulau di sekeliling pantai Rebun dan Rishiri di Taman Negara Rishiri-Rebun-Sarobetsu yang indah. Wakkanai mempunyai penduduk lebih dari 40,000 orang. Ia menghadapi musim sejuk yang sengit dengan salji yang banyak menjadikannya destinasi musim sejuk yang ideal. Pelancongan, penuaian rumpai laut (kombu), dan memancing adalah industri utama Wakkanai. Memandangkan lokasinya di antara Jepun dan Rusia, kawasan ini menonjolkan pertembungan budaya yang menarik. Wakkanai adalah adalah destinasi yang harus dilawati oleh mereka yang berminat dengan sejarah Hokkaido atau kidah-kisah penduduk asli Jepun.

Lapangan Terbang di Wakkanai

1. Lapangan Terbang Wakkanai (WKJ)

Lapangan terbang ini terletak 10 km tenggara Wakkanai, Hokkaido, Jepun. Wakkanai adalah lapangan terbang paling utara di Jepun yang mampu menangani pesawat jet; disebabkan oleh saiznya yang kecil. Namun lapangan terbang ini sering ditutup pada bulan-bulan yang paling sejuk pada musim sejuk, oleh itu pesawat masuk sering dialihkan ke Lapangan Terbang Asahikawa. Ia mempunyai satu jambatan jet, satu pintu apron untuk pesawat jet saiz pertengahan, dan dua pintu apron untuk pesawat komuter. Tiada penerbangan terus ke Wakkanai dari Kuala Lumpur tetapi pelancong boleh berhenti di Lapangan Terbang Haneda dan kemudian mengambil penerbangan tempatan ke Wakkanai.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Wakkanai?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Wakkanai. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Wakkanai.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Wakkanai?

Masa terbaik untuk melawat Wakkanai untuk cuaca baik adalah pada bulan Julai, Ogos dan September. Masa terbaik untuk berenang di pantai adalah pada bulan Ogos dan September. Rata-rata, bulan paling panas adalah bulan Julai dan Ogos namun para pelancong harus bersedia untuk menghadapi hujan pada bulan-bulan ini terutamanya dari bulan Julai hingga September dan kadangkala musim hujan ini akan berterusan sehingga Disember. Bulan paling sejuk di Wakkanai, sebaliknya, adalah pada bulan Januari dan Februari

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Wakkanai?

1. Tanjung Soya - Tanjung Soya juga dikenali sebagai Soya Misaki dan terletak sekitar 30 kilometer di luar Wakkanai. Tanjung Soya menghadap ke seluruh persisiran pantai Soya yang juga dikenali sebagai bahagian paling utara di Hokkaido, yang juga bermaksud bahawa ia adalah bahagian paling utara dari seluruh negara Jepun. Untuk menandakan tempat ini sebagai pusat pelancongan, Monumen Titik Paling Utara dan patung Mamiya Rinzo, yang merupakan penjelajah Jepun yang terkenal, telah dibina di sini dan ramai pelancong domestik menganggap ini tarikan utama di kawasan itu. Oleh itu pelancong harus bersiap sedia untuk menghadap pelancong yang ramai. Pada hari-hari bercuaca baik dan tidak berkabus, pelancong akan dapat melihat wilayah bekas Sakhalin Jepun (kini di Rusia) di horizon yang terletak hanya 43 km jauhnya ke utara.

2. Taman Wakkanai - Taman Wakkanai juga dikenali sebagai Wakkanai Koen dan anda boleh menghabiskan masa di sini berjalan sambil menikmati keindahan 4,000 pokok ceri yang mana taman ini terkenal. Salah satu perkara menarik tentang taman ini adalah bahawa ia terletak di atas bukit dan ini memberikan peluang kepada anda untuk melihat pemandangan yang menakjubkan ke seluruh bandar. Anda juga boleh berjalan kaki ke Kuil Hokumon yang terletak di puncak bukit dan ada beberapa laluan pejalan kaki untuk diterokai dalam perjalanan turun dari taman ini.

3. Bukit Soya - Bukit Soya mempunyai landskap bukit bukau hijau yang agak menyerupai pergunungan di Eropah. Ia adalah tempat yang sempurna untuk ternakan lembu dan merupakan habitat kira-kira 3,000 lembu hitam Soya. Terdapat kira-kira 57 turbin angin yang terletak di bahagian atas bukit yang menjana tenaga elektrik untuk menguasai rantau ini. Pada tahun 2004, ia telah ditetapkan sebagai Tapak Warisan Hokkaido. Pengembara yang berkunjung pada bulan Jun akan dapat mengagumi bunga-bunga yang tumbuh mekar di sepanjang lereng bukit. Pada hari yang cerah, pemandangan bukit-bukit hijau bersama ternakan-ternakan adalah sangat mengagumkan. Ia dikatakan bahawa seluruh kawasan itu terbentuk lebih dari 10,000 tahun yang lalu pada Zaman Ais disebabkan pergerakan glasier.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Wakkanai

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved