Penerbangan murah ke Birmingham (BHX)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Birmingham (BHX)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Amsterdam (AMS) → Birmingham (BHX)
Air France
Selasa, 09 Apr 2024
RM 1,041.26
Singapura (SIN) → Birmingham (BHX)
Penerbangan
Isnin, 01 Apr 2024
RM 2,706.00
Bangkok (BKK) → Birmingham (BHX)
Penerbangan
Sabtu, 06 Apr 2024
RM 7,307.90
Bangkok (BKK) → Birmingham (BHX)
Penerbangan
Sabtu, 06 Apr 2024
RM 7,427.11
Bangkok (BKK) → Birmingham (BHX)
Penerbangan
Sabtu, 06 Apr 2024
RM 7,749.55
Bangkok (BKK) → Birmingham (BHX)
Penerbangan
Sabtu, 06 Apr 2024
RM 8,806.74

Tiket Pesawat Murah ke Birmingham, England

Birmingham adalah sebuah bandar besar di Midlands Barat di Sungai Rea dan merupakan bandar kedua terbesar di England. Lebih dikenali sebagai "Brum" oleh penduduk tempatan, ia berkembang semasa Revolusi Perindustrian dimana banyak pengilang bertapak di sini dan menubuhkan kilang-kilang dan perumahan murah. Sejak Perang Dunia ke-II, kebanyakan kawasan perumahan yang kesempitan ruang ini telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada institut kebudayaan, bangunan sivik dan struktur senibina terkenal. Untuk peminat Sejarah dan Senibina, anda dapat melihat bagaimana rumah halaman abad ke-19 kelihatan apabila anda melawat Birmingham Back to Backs di mana sebahagian bangunan-bangunan ini telah dipelihara. Di antara struktur seni bina terutama di Birmingham adalah Muzium Birmingham dan Galeri Seni neo-klasik yang memaparkan karya-karya oleh agung seniman klasik. Pelancong juga boleh mengambil lawatan bot di sepanjang sistem terusan yang luas dan melihat gudang tepi laut yang kini ditukar menjadi muzium seperti Muzium Sains Thinktank. Tarikan utama lain di Birmingham termasuk Taman Botani dan Cadbury World.

Lapangan Terbang di Birmingham

1. Lapangan Terbang Birmingham (BHX)

Lapangan Terbang Birmingham adalah lapangan terbang utama untuk ke Midlands Barat dan ia memberi perkhidmatan kepada penduduk Birmingham, Coventry, Wolverhampton dan seterusnya. Dengan lebih 11.6 juta penumpang yang telah menggunakan lapangan terbang ini sejak 2016, ia menjadi lapangan terbang ketujuh terbesar di England. Ia terletak 13 km tenggara pusat bandar Birmingham. Lapangan terbang ini menawarkan penerbangan domestik di England dan penerbangan antarabangsa ke destinasi-destinasi di Eropah, Timur Tengah, India, Amerika Utara dan Caribbean. Lapangan Terbang Birmingham adalah pangkalan operasi untuk Flybe, Jet2.com, Ryanair, Thomas Cook Airlines dan TUI Airways.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Birmingham?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Birmingham. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Birmingham.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Birmingham?

Birmingham mempunyai iklim maritim yang lazimnya kurang hangat pada musim panas dan kurang sejuk pada musim sejuk. Cuaca jarang melampau bermakna Birmingham boleh dilawati sepanjang tahun. Rata-rata bulan paling panas adalah bulan Julai pada musim panas dan paling sejuk adalah Januari pada musim sejuk. Bagi mereka yang ingin mengelakkan musim puncak pelancong pada musim panas, musim luruh pasti masa terbaik untuk melawat Birmingham. Musim luruh biasanya bermula pada bulan September hingga November dengan iklim yang berbeza seperti hari-hari bercuaca selesa pada awal bulan September dan juga hari-hari yang lebih sejuk pada bulan Oktober dan November. Pelancong juga akan menikmati suhu yang lebih rendah dan siang hari yang lebih panjang pada bulan September. Dari September hingga November purata suhu siang hari adalah antara 9 °C dan 18 °C. Musim puncak pelancongan adalah pada bulan Julai dan Ogos kerana bulan-bulan ini Birmingham akan mendapat cahaya matahari yang paling banyak dan hari-hari yang panjang. Pelancong yang menggemari acara-acara dan perayaan harus merancang perjalanan mereka ke Birmingham agar mereka tidak terlepas peluang untuk menghadiri mana-mana acara yang diminati. Antara acara-acara yang diadakan di Birmingham adalah Festival Filem Flatpack pada bulan Mac, Pameran Motor Antarabangsa British pada bulan Mei/Jun, Birmingham International Jazz dan Blues Festival pada bulan Julai, Karnival Antarabangsa Birmingham pada bulan Ogos, Festival Rakyat Moseley dan ArtsFest pada bulan September dan Festival Comedy Birmingham pada bulan Oktober.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Birmingham?

Birmingham menawarkan pengunjung pilihan tarikan tempatan di bandar Birmingham dan juga di kawasan sekitarnya. Antara pilihan tarikan di bandar ini termasuk muzium, galeri, bangunan bersejarah, teater, konsert-konsert dan acara-acara. Manakala kawasan desa dan taman semulajadi tidak jauh dari bandar.

1. Aston Hall - Aston Hall adalah bangunan tersenarai sebagai Gred I yang terletak di Aston Park yang seluas 50 hektar di utara pusat bandaraya. Aston Hall dibina antara 1618 dan 1635 untuk Sir Thomas Holte. Rumah itu kini dipamerkan sebagai satu siri bilik bersejarah yang mengandungi lukisan, tekstil, perabot dan kerja logam dari koleksi Muzium & Galeri Birmingham. Aston Hall by Candlelight adalah acara bi-tahunan yang diadakan di rumah itu. Lebih dari 500 lilin menerangi bangunan in setiap malam sambil pelakon-pelakon melakonkan semula upacara perayaan Hari Natal abad ke-17.

2. Cadbury World – Cadbury World bukan sebuah taman tema, ia adalah untuk penggemar coklat yang ingin mendalami sejarah dan asal-usul syarikat coklat Cadbury. Cadbury World terletak di Bournville, selatan pusat bandar Birmingham. Tempat itu penuh dengan maklumat menyeronokkan mengenai coklat. Pengunjung juga boleh mengetahui sejarah coklat dari saat penemuannya oleh puak Aztecs di Amerika Selatan sehinggan cara pembuatannya sekarang. Anda boleh melihat produksi pengeluaran coklat dan peminat coklat pasti akan bersukacita untuk mengetahui bahawa anda juga dapat merasai produk akhir yang dihasilkan! Terdapat juga kedai coklat dan minuman ringan yang besar di Cadbury World

3. Taman Botani Winterbourne - Taman ini adalah contoh taman villa pinggir bandar Edwardian yang diilhamkan oleh gerakan Seni dan Kraf yang sangat jarang. Vila ini terletak dalam taman seluas 7 hektar yang telah dibina untuk menyerupai reka bentuk gaya Edward yang asli. Pada tahun 1944 pihak universiti telah mengambil alih taman ini dan kini menggunakan taman ini untuk penyelidikan, kajian dan relaksasi. Taman ini mempunyai banyak sudut menarik untuk diteroka seperti rumah kaca karnivor. Tanaman yang dipamerkan berasal dari seluruh dunia dan koleksi-koleksi termasuk dari Amerika Selatan, pergunungan Alpa dan China. Sorotan senibina termasuk pergola yang dipulihkan dan sebuah rumah kaca. Di vila, anda dapat melihat artifak gaya Edward dan perabot bersejarah yang asli. Terdapat paparan interaktif mengenai sejarah rumah ini dan individu-individu yang pernah mendiami rumah ini. Terdapat laluan aktiviti untuk pengunjung yang lebih muda dan taman kanak-kanak yang dibuka pada tahun 2017. Terdapat sebuah bilik teh di teres rumah, sebuah kedai, kedai buku terpakai, jualan tumbuh-tumbuhan dan galeri dengan pameran yang berbeza-beza.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka