Douala merupakan sebuah kota terbesar di Cameroon dan juga merupakan ibu kota Littoral Cameroon. Kota Douala adalah sebuah kota yang memainkan peranan yang penting dengan mengendalikan barang dagangan eksport penting negara seperti minyak, koko dan kopi, bijih timah, besi dan buah- buahan. Ianya juga merupakan pelabuhan utama Afrika Tengah. Douala yang juga pusat industri Cameroon, tidak dikenali ramai sebagai sebuah tempat pelancongan berbanding negara lain di benua Afrika. Tetapi jika anda berkunjung ke Douala, anda dapat melihat keindahan pemandangan pantai berpasir, pusat membeli belah yang menjual pelbagai barangan tempatan dan banyak lagi yang menjadikan Douala sebagai sebuah syurga pelancong untuk menikmati percutian yang hebat.
Douala International Airport atau Lapangan Terbang Antarabangsa Douala merupakan sebuah lapangan terbang antarabangsa yang berperanan sebagai pintu utama untuk masuk ke negara ini. Ianya terletak kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar Douala. Lapangan terbang ini mempunyai 4 terminal dan merupakan lapangan terbang tersibuk di Cameroon yang mengendalikan 1.5 juta penumpang. Terdapat kemudahan seperti restoran, kafe dan kedai untuk memudahkan pelancong. Anda perlu bersiap sedia dengan mengeluarkan pas masuk ke negara tersebut kerana ianya akan terus diperiksa sejurus selepas anda keluar dari pesawat. Pastikan segala dokumen perjalanan seperti bukti vaksinasi disediakan lebih awal bagi memudahkan perjalanan anda sepanjang pemeriksaan petugas di lapangan terbang dijalankan. Kota Douala mudah diterokai dengan menggunakan teksi yang dikenal pasti dengan kereta berwarna kuning yang didapati di setiap tempat di kota itu. Selain dari taxi, anda juga boleh menggunakan bas, shuttles atau kereta sewa yang siap sedia 24 jam untuk melayani anda.
Traveloka merupakan sebuah aplikasi pencarian yang memudahkan pelancong untuk medapatkan harga penerbangan terendah ke Douala. Apa yang perlu anda lakukan ialah masukkan segala perincian yang diperlukan ke dalam kotak pencarian, dan aplikasi ini akan membantu anda untuk mendapatkan tiket penerbangan dengan memaparkan perbandingan harga antara syarikat penerbangan dan menawarkan harga penerbangan mengikut kesesuaian kemampuan anda. Gunakan ciri peringatan harga di aplikasi Traveloka agar anda dinotifikasikan dengan harga penerbangan terbaik ke Douala.
Douala mempunyai iklim monsoon tropika, dengan kadar suhu yang tetap sepanjang tahun dengan suhu sekitar 27 degree Celsius. Waktu yang paling baik untuk melancong ke Douala ialah sepanjang tahun kerana keadaan suhunya yang tetap. Julai dan Ogos merupakan bulan yang paling sejuk manakala Januari, Februari dan March bulan yang paling panas setiap tahun. Pada waktu ini, anda akan dapat menikmati pemandangan yang indah di kota Douala.
Mount Cameroon- Mount Cameroon adalah kawasan tertinggi di negara ini dengan ketinggian gunung ini melebihi 4000 meter di atas aras laut. Ia juga pernah direkodkan kawasan paling tinggi di seluruh Afrika Barat dan Afrika Tengah. Mount Cameroon juga merupakan gunung berapi yang aktif, kali terakhir gunung ini meletus ialah kira- kira pada 2000 tahun yang lalu. Kini, ia menjadi tempat yang dominan dan terbaik untuk dilawati. Pendaki yang menyertai ekspedisi mendaki Mount Cameroon akan meluangkan masa lebih kurang 7 hari. Perjalanan pendakian di gunung ini sangat menguji ketahanan oleh kerana treknya yang berbatu dan tidak rata. Selain itu, anda juga akan menyaksikan kasawan sekitar gunung berapi yang masih aktif dengan lava mengalir di sekitarnya.
Marche de Fleurs- Ini merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dilawati untuk mendapatkan hasil kraf dan seni. Di Merche de Fleurs, anda dapat melihat pelbagai jenis koleksi kraftangan hasil buatan orang tempatan yang terkenal di seluruh dunia. Harga barangan di Merche de Fleurs ini mahal setanding dengan kualitinya yang elok.
Lobeke National Park- Lakobe National Park adalah taman negara yang hebat di mana anda dapat melihat flora dan fauna dari negara Afrika. Di sini, anda boleh melihat lebih dari 300 spesis tumbuh- tumbuhan dan haiwan- haiwan termasuk haiwan savannah. Gajah dan gorilla adalah fauna yang paling banyak ditemui di sini. Terdapat juga pelbagai spesis burung di taman negara ini. Di sini juga terdapat perjalanan safari tetapi anda perlu mendapatkan perkhidmatan ini agensi pelancongan yang terdapat di kota Douala.