Tiket Murah ke Dubbo

Sehala
Dua Hala
Berbilang bandar
Direct Flights only
1 Dewasa, 0 Kanak-kanak, 0 Bayi
Economy

50M+ Downloads,
1M+ Reviews

Perubahan Penerbangan Mudah

Batalkan atau ubah tempahan penerbangan anda tanpa kesulitan.

Jaminan Tiket Termurah

Ada tawaran lebih murah? Kami bayar 2x perbezaan!

Sokongan 24/7

Hubungi kami bila-bila masa, di mana sahaja.

Lebih Jimat dengan Promo Penerbangan Traveloka ✈️

Harga Tiket Terbaik dari Malaysia 🇲🇾

Harga termurah untuk destinasi terfavorit.

Eksklusif untuk pengguna baharu—daftar hari ini!

Muat turun apl kami, daftar, dan nikmati diskaun 8%!

Code:JOMJALAN

Copy

Jadual Penerbangan ke Dubbo

Berikut adalah semua penerbangan berjadual ke Dubbo, menyediakan pelbagai pilihan perjalanan yang selesa.
Isn, 11 Ogo 2025
Sel, 12 Ogo 2025
Rab, 13 Ogo 2025
Syarikat Penerbangan
Waktu Berlepas
Waktu Tiba
Lapangan Terbang Asal
Lapangan Terbang Destinasi
Qantas
Qantas
15:15
16:20
Sydney (SYD)
Dubbo (DBO)
Tempah penerbangan
Qantas
Qantas
18:35
19:40
Sydney (SYD)
Dubbo (DBO)
Tempah penerbangan

Penerbangan Terus ke Dubbo

Syarikat penerbangan yang tersedia untuk penerbangan terus ke Dubbo bermula dari RM 1,708.
Pilih syarikat penerbangan pilihan anda untuk penerbangan terus ke Dubbo. Nikmati perjalanan yang lancar dan efisien ke destinasi anda.

About Dubbo

Dubbo merupakan sebuah bandar di Wilayah Orana di New South Wales, Australia. Ia adalah kawasan yang mempunyai jumlah penduduk terbesar di rantau Orana, dengan populasi seramai 38,943 orang menurut bancian yang dibuat pada tahun 2016. Bandar Dubbo ini terletak di persimpangan lebuh raya Newell, Mitchell dan Golden. Bandar terdekat dengan Dubbo adalah Orange, iaitu kira-kira 144 kilometer dari Dubbo. Dubbo terletak kira-kira 275 meter tinggi dari paras laut, 303 kilometer di barat laut Sydney. Ia bersambung dengan sebatang lebuhraya di mana utara ke Brisbane, selatan ke Melbourne, timur ke Sydney dan Newcastle, dan barat ke Broken Hill dan Adelaide. Industri pertanian adalah sumber ekonomi utama Dubbo, diikuti dengan penternakan kambing.


Lapangan Terbang di Dubbo


1. Dubbo City Regional Airport (DBO)

Lapangan Terbang Wilayah Dubbo City adalah lapangan terbang serantau yang berkhidmat untuk penduduk Dubbo, sebuah kota di negeri New South Wales, Australia. Lapangan terbang ini terletak lebih kurang 3.7 kilometer di barat laut Bandar Dubbo dan dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Dubbo.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Dubbo?


Disebabkan Lapangan Terbang Dubbo tidak mengoperasikan penerbangan antarabangsa, tiada penerbangan terus dari luar negara ke Wilayah Dubbo. Anda perlu transit di mana-mana lapangan terbang antarabangsa di Australia yang paling hampir dengan Dubbo. Dengan menggunakan enjin carian Traveloka, ia membandingkan harga tiket penerbangan transit daripada beberapa syarikat penerbangan yang mengoperasikan penerbangan ke Dubbo. Anda boleh memilih penerbangan mengikut kesesuaian waktu, bajet dan syarikat penerbangan kesukaan anda. Bukan itu sahaja, Traveloka turut menawarkan pakej penerbangan bersama dengan penginapan. Ianya lebih menjimatkan dan menguntungkan anda.


Bila Waktu Terbaik untuk ke Dubbo?


Dubbo berada di zon iklim sederhana panas dan subtropika lembap. Semasa musim panas, suhunya suam sehingga panas, manakala ketika musim sejuk suhunya menjadi biasa sehingga sejuk. Suhu sejuknya sehingga mendorong kepada kejadian fros ketika awal pagi tetapi secara amnya tiada penuruan salji di Bandar Dubbo, tidak seperti di bandar Orange walaupun ianya agak berdekatan. Penurunan terakhir salji adalah pada tahun 1900. Lokasi bandarnya iaitu di kawasan peralihan juga membuatkan variasi suhu yang besar, dengan suhu musim panas yang tinggi sehingga pernah mencecah 40 darjah celsius dan suhu musim sejuk yang terlalu sejuk.


Bukan suhu sahaja yang terkesan oleh kerana lokasinya yang terletak di kawasan peralihan, malah taburan hujannya turut terkesan. Ia menerima taburan hujan yang sederhana sepanjang tahun. Bulan paling banyak dituruni hujan di Dubbo adalah bulan Januari. Manakala pada hari-hari yang tidak dituruni hujan, Bandar Dubbo boleh dikatakan kering dengan mengalami 148 hari dengan langit yang jelas dan cerah.


Oleh disebabkan kawasannya dan kesan yang diberikan kepada cuaca dan suhu di Dubbo, waktu yang terbaik untuk melawati Dubbo adalah pada pertengahan Februari sehingga awal Mei dan awal September sehingga penghujung November. Waktu-waktu ini disarankan agar anda selesa melancong dengan purata suhu yang sederhana dan cuaca yang lembap. Manakala, jika diikutkan dari kepadatan pelancong, Dubbo tidak begitu terjejas dengan pelancong asing oleh kerana bandarnya yang tidak begitu komersial di peringkat antarabangsa dari segi pelancongan. Bandar Dubbo tidak seperti pusat pelancongan popular lain seperti Perth, Sydney dan beberapa lagi.


Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Dubbo?


1. Taronga Western Plains Zoo – Sebuah tempat pelancongan yang menarik untuk seisi keluarga, Zoo Western Plains Taronga sering menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun asing. Di sini, anda berpeluang melihat beratus-ratus haiwan yang jarang ditemui dan terancam di kawasan perlindungan terbuka, zoo yang besar ini. Jika melawati zoo ini, jangan ketinggalan untuk menunggang trem menziarahi dan menerokai habitat singa. Perjalanan dalam zoo ini lebih kurang 5 kilometer panjang. Anda tidak perlu risau kerana anda boleh memilih untuk berjalan kaki, berbasikal atau memandu kereta elektrik yang disewakan.


2. Aladdins Cave Bottle House – Sebuah rumah yang dipenuhi botol yang dihias kreatif pada sekeliling dindingnya. Ianya sangat mengagumkan bagaimana pemiliknya menggunakan botol-botol untuk mempamerkan sebuah cerita. Pemiliknya agak eksentrik dan telah mencipta sebuah cerita disebalik dinding yang dihias botol-botol. Pemiliknya berjaya mencipta dan membentukkan watak-watak di dinding rumah itu dan membuatkan cerita beliau seperti nyata. Ia boleh dijadikan sebuah destinasi persinggahan.


3. Burrendong Botanic Garden and Arboretum – Ia boleh dianggap seperti muzium tumbuh-tumbuhan terbuka di mana pokok-pokok matang dan pokok-pokok renek ditanam untuk dipamerkan dan dipelajari. Ia adalah sebuah kawasan luas untuk anda berjalan-jalan sambil menghirup oksigen segar sambil mengenali tumbuh-tumbuhan yang ada disekeliling. Semua tumbuh-tumbuhan di sini telah dilabelkan namanya. Bukan itu sahaja, ia turut menjadi habitat selamat bagi burung-burung. Oleh itu, perjalanan anda di sini akan dimeriahkan dengan bunyi kicauan burung-burung.

Rakan Penerbangan

Rakan Pembayaran

Apa jua pilihan perjalanan anda, kami sedia membantu

Laluan Popular dari Lapangan Terbang L/Terbang Dubbo

Laluan Popular ke Dubbo

Destinasi Popular

Laluan Popular

Syarikat Penerbangan Popular

Popular Airline & Destination

Lapangan Terbang Popular

Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved