Tiket Murah ke Heihe

Sehala
Dua Hala
Berbilang bandar
Direct Flights only
1 Dewasa, 0 Kanak-kanak, 0 Bayi
Economy

50M+ Downloads,
1M+ Reviews

Perubahan Penerbangan Mudah

Batalkan atau ubah tempahan penerbangan anda tanpa kesulitan.

Jaminan Tiket Termurah

Ada tawaran lebih murah? Kami bayar 2x perbezaan!

Sokongan 24/7

Hubungi kami bila-bila masa, di mana sahaja.

Lebih Jimat dengan Promo Penerbangan Traveloka ✈️

Harga Tiket Terbaik dari Malaysia 🇲🇾

Harga termurah untuk destinasi terfavorit.

Eksklusif untuk pengguna baharu—daftar hari ini!

Muat turun apl kami, daftar, dan nikmati diskaun 8%!

Code:JOMJALAN

Copy

Penerbangan Terus ke Heihe

Syarikat penerbangan yang tersedia untuk penerbangan terus ke Heihe bermula dari .
Pilih syarikat penerbangan pilihan anda untuk penerbangan terus ke Heihe. Nikmati perjalanan yang lancar dan efisien ke destinasi anda.
China Southern Airlines
China Southern Airlines
Lihat Syarikat Penerbangan
China Eastern Airlines
China Eastern Airlines
Lihat Syarikat Penerbangan

About Heihe

Sudah tentunya terkenal dengan keindahan yang mengagumkan, Heihe adalah bandar sempadan terbesar yang terletak jauh di timur laut China. Ia terletak di sepanjang Sungai Heilongjiang yang menjadi sempadan ke bandar Blagoveshchensk di Rusia. Selama bertahun-tahun lamanya, Heihe telah menjadi pusat pada semua perdagangan yang melibatkan kedua-dua negara, China dan Rusia. Walau bagaimanapun, Heihe adalah lebih daripada itu! Ia juga adalah sebuah bandar yang mempesonakan dengan pemandangan alam semula jadinya yang indah! Terkenal dengan landskap semula jadi yang terbentuk sejak berabad-abad lamanya hasi daripada letusan gunung berapi, gunung-gunung di sini ditutupi dengan hutan tebal serta gua-gua batu kapur yang menakjubkan dan mata air yang mempunyai fungsi untuk merawat, tidak dapat disangkal lagi bahawa Heihe adalah destinasi yang baik bagi pencinta alam semula jadi!


Lapangan Terbang di Heihe


1. Lapangan Terbang Heihe Aihui

Terletak sekitar 17 kilometer barat daya dari pusat bandaraya, Lapangan Terbang Heihe Aihui menerima penumpang terutamanya dari bandar Heihe sendiri. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang berkhidmat di lapangan terbang ini iaitu Chengdu Airlines, China Eastern Airlines, China Southern Airlines dan Joy Air. Selain itu, lapangan terbang ini turut menerima penerbangan dari dan ke Harbin, Shenyang, Dalian, Weihai, Jinan dan Qingdao. Lapangan terbang ini juga menawarkan perkhidmatan teksi dan bas ulang-alik dengan bayaran tambahan.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Heihe?


Diprogramkan sebagai mesin pencari untuk para pelancong yang tegar seperti anda, Traveloka adalah tempat yang tepat bagi anda untuk memulakan pencariaan penerbangan termurah ke mana sahaja yang anda idamkan termasuklah Heihe. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengisi butir-butir maklumat asas yang diperlukan. Sejurus kemudian, Traveloka akan memberikan anda akses pada senarai keseluruhan tawaran yang disyorkan megikut kesesuaian anda! Harga penerbangan dari syarikat penerbangan yang dipercayai akan dibandingkan dengan yang esuai dengan bajet peribadi anda. Apa yang lebih baik ialah anda juga boleh menggunakan ciri pemberian harga Traveloka yang sentiasa mengemas kini setiap kali berlakunya penurunan harga! Maka percutian anda akan menjadi lebih baik dengan bajet yang terbaik!


Bila Waktu Terbaik untuk ke Heihe?


Anda sedang mencari penerbangan terbaik ke Heihe? Berikut adalah beberapa saranan untuk anda menikmati penginapan anda sepenuhnya. Walau bagaimanapun, ini bergantung sepenuhnya kepada keutamaan peribadi anda, sama ada anda mampu bertoleransi untuk bersesakan dengan orang ramai, kesukaan peribadi, musim kegemaran dan yang paling penting adalah bajet anda! Berapa banyak yang anda mahu belanjakan?


Terletak bersebelahan dengan padang rumput dingin di Siberia, Heihe diberkati dengan iklim monsun benua yang sederhana. Oleh itu, penduduk Heihe boleh menikmati musim sejuk yang panjang dan sejuk serta musim panas yang pendek lagi menyenangkan. Purata suhu tahunan di Heihe hanya berkisar antara -1.3oC sehingga 0.4oC. Menurut ramalan cuaca tahunan, Januari adalah bulan paling sejuk dengan -23.2oC dan bulan Julai adalah bulan paling panas dengan purata 20.8oC.


Oleh itu, jika anda seorang penggemar cuaca panas, Jun hingga Ogos adalah masa terbaik sepanjang tahun untuk anda terbang ke Heihe. Selain itu, bulan-bulan ini menyaksikan musim paling perlahan untuk pelancongan dan anda akan dapat melihat penurunan drastik dalam hampir kesemua harga termasuk harga penginapan. Ini pastinya peluang keemasan yang anda tidak mahu lepaskan jika anda adalah mahu pelancongan yang murah!

Kemasukan pelancong yang tinggi dapat dilihat pada bulan Mac, April dan September. Oleh itu, anda mungkin mahu merancang perjalanan anda lebih awal serta semua penerbangan dan penginapan ditempah terlebih dahulu! Pada musim puncak ini, anda akan melihat harga akan mula naik lebih tinggi daripada biasa. Sementara itu, bulan-bulan lain mempunyai harga dan saiz orang ramai yang biasa, tidak terlalu mahal dan tidak terlalu ramai.


Beberapa sambutan utama yang berlangsung di Heihe adalah Tahun Baru Cina semestinya, Festival Kebudayaan China-Rusia pada bulan Ogos dan Festival Ski Heilongjiang pada musim sejuk. Sertai perayaan-perayaan yang meriah ini terutamanya jika anda berada di bandar pada masa ini. Sedikit tips untuk bercuti di Heihe adalah membawa rakan yang tahu bertutur dalam bahasa Mandarin atau Rusia atau memuat turun aplikasi penterjemahan kerana penduduk Heihe kurang fasih dalam penggunaan bahasa Inggeris seharian.


Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Heihe?


1. Wudalianchi - Turut dikenali sebagai "Lima Link Besar Tasik", Wudalianchi adalah tempat utama bagi mereka yang melawat Heihe. Berada di kedudukan 40 tarikan teratas di negara ini, ia terkenal dengan tasik-tasik semula jadi yang terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi yang berabad-abad lamanya. Oleh itu, memberikan tasik-tasik tersebut pelbagai saiz dan rupa bentuk. Apa yang lebih berharga, tasik-tasik ini berkilau dengan warna-warna yang berbeza di bawah sinar matahari. Selain itu, ia juga terkenal dengan mata air pegunungan semulajadi yang mempunyai sifat penyembuhan.


2. Perkampungan Woniu Lake Holiday - Sering kali menjadi tuan rumah bagi Festival Berski Antarabangsa Heilongjiang tahunan, Perkampungan Woniu Lake Holiday mempunyai gelanggang ais terbaik yang terbentuk secara semula jadi dari tasiknya yang beku. Ia juga merupakan tempat kegemaran para pengunjung pada musim panas, kerana pelawat dapat menikmati pelbagai aktiviti rekreasi. Pandangan gunung di sini juga sangat mempesonakan!


3. Pulau Heihe - Pulau di mana dua budaya yang berbeza bertemu dan berasimilasi, Pulau Heihe adalah tempat terbaik bagi anda untuk mengalami sendiri budaya Cina dan Rusia. Pulau ini memainkan peranan yang amat penting sebagai pusat perdagangan buat kedua-dua negara. Ia adalah tempat yang terbaik untuk anda mencari semua jenis barangan China dan Rusia, dari pakaian ke makanan, seni dan kraf. Jom, beli-belah!

Rakan Penerbangan

Rakan Pembayaran

Xperience Lain di Heihe

Apa jua pilihan perjalanan anda, kami sedia membantu

Laluan Popular dari Lapangan Terbang L/Terbang Heihe Aihui

Laluan Popular ke Heihe

Destinasi Popular

Laluan Popular

Syarikat Penerbangan Popular

Popular Airline & Destination

Lapangan Terbang Popular

Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved