Tiket Murah ke San Luis

Sehala
Dua Hala
Berbilang bandar
Direct Flights only
1 Dewasa, 0 Kanak-kanak, 0 Bayi
Economy
Dari
Hingga
Tarikh bertolak
Tarikh Kembali
Cari Tiket
Perlukan inspirasi? Cari penerbangan ke mana sahaja!
Home
/
Flight
/
San Luis

50M+ Downloads,
1M+ Reviews

Perubahan Penerbangan Mudah

Batalkan atau ubah tempahan penerbangan anda tanpa kesulitan.

Jaminan Tiket Termurah

Ada tawaran lebih murah? Kami bayar 2x perbezaan!

Sokongan 24/7

Hubungi kami bila-bila masa, di mana sahaja.

Lebih Jimat dengan Promo Penerbangan Traveloka ✈️

<h1><strong>Tiket Pesawat Murah ke San Luis, Filipina</strong></h1>

San Luis merupakan salah satu pekan kecil yang terletak di wilaya Aurora, Filipina. San Luis merupakan pekan yang kecil tetapi kaya dengan pelbagai budaya dan alam semulajadi yang indah sesuai untuk pengunjung yang gemarkan aktiviti luar. Pekan San Luis terkenal dengan pekan yang tenang dan jauh dari kesibukan bandar-bandar besar yang pesat dan kebanyakan pelancong yang berkunjung ke pekan ini ingin berehat dan melarikan diri sementara dari kepesatan bandar. Selain itu, udara di pekan ini juga sangat nyaman dan bebas dari pencemaran. Sumber ekonomi utaman di pekan ini ialah hasil tanaman dan perikanan. Oleh itu anda kan melihat banyak tanaman seperti kelapa dan nenas di sepanjang pekan ini. Pekan ini disinari dengan cahaya matahari hampir sepanjang tahun dan menjadi pilihan pelancong untuk melakukan perbagai aktiviti luar seperti bersiar-siar, berbasikal atau mendaki gunung. Jika ini merupakan pertama kali anda mengunjungi pekan ini, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di Pusat Pelancongan yang terdapat di pekan ini.


Lapangan Terbang di San Luis

1. Lapangan Terbang Juan C. Angara

Lapangan Terbang Dr. Juan C. Angara adalah lapangan terbang utama yang menghubungkan dunia luar dengan pekan San Luis. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 7 kilometer dari bandar Baler iaitu bandar bersebelahan dengan San dan perjalanan dari pusat bandar ke lapangan terbang ini memakan masa kira-kira 40 minit. Lapangan terbang ini juga merupakan lapangan terbang utama untuk pekan San Luis dan bandar yang berhampiran. Untuk sampai ke lapangan terbang ini adalah mudah kerana terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam untuk ke sana.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke San Luis?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke San Luis. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke San Luis.


Bila Waktu Terbaik untuk ke San Luis?

Waktu yang kurang sesuai adalah sekitar bulan Mei hingga November kerana hujan yang lebat serta guruh dan angin yang kuat dan kerap. Kadangkala, cuaca di San Luis tidak boleh diramal dan puting beliung kerap berlaku pada bila-bila masa sahaja. Adalah dinasihatkan kepada pengunjung supaya menyemak laporan kaji cuaca dahulu sebelum bercuti di wilayah ini. Pada musim ini anda mudah untuk mendapatkan tiket penerbangan serta hotel. Sementara itu, waktu kemuncak untuk melawat San Luis pula adalah sekitar bulan November hingga April. Sekiranya anda merancang perjalanan dengan baik, anda boleh menjimatkan banyak wang kerana harga hotel dan penerbangan semasa musim kemuncak adalah agak tinggi. Masa terbaik untuk melawat San Luis adalah sekitar bulan Disember hingga Febuari kerana pada masa tersebut cuaca di San Luis sangat baik serta langit cerah dan amat sesuai untuk melakukan banyak aktiviti luar.


Cuaca di San Luis adalah panas hampir sepanjang tahun kecuali semasa musin hujan. Suhu maksimum purata di San Luis adalah sekitar 27 hingga 33 darjah Celcius, manakala purata minimum adalah sekitar 20 hingga 24 darjah Celcius. Sepanjang bulan Disember hingga Febuari merupakan waktu puncak kerana cuaca yang baik. Jika anda merancang untuk melawat San Luis pada musim tersebut anda hendaklah membuat tempahan tiket penerbangan dan hotel dengan awal.


San Luis merupakan wilayah yang bertenaga dan sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti di sepanjang tahun. Terdapat banyak taman-taman yang indah serta laut yang cantik dengan air yang jernih kebiruan di wilayah ini. Jadi anda boleh berjalan-jalan dengan santai, menghayati pemandangan dan merasai angin yang bertiup lembut. Jika anda sukakan cabaran dan aktiviti yang lebih lasak, anda boleh menguji kemahiran anda dengan meluncur meredah ombak yang sejuk dan menyegarkan.


Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di San Luis?

San Luis adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling banyak dikunjungi di dunia. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.


1. Air Terjun Ditumabo - Jika anda sukakan aktiviti yang mencabar serta gemar meredah hutan, anda mesti berkunjung ke Air Terjun Ditumabo ini. Air Terjun Ditumabo ini juga dikenali dengan nama Mother Falls atau Air Terjun Ibu dalam kalangan masyarakat setempat. Perjalanan untuk ka Kawasan air terjun ini memakan masa hampir 30 minit dari bandar yang berdekatan iaitu Baler. Air terjun ini merupakan salah satu tarikan yang terkenal di pekan San Luis ini. Untuk sampai ke kawasan air terjun ini,anda perlu meredah laluan yang mencabar sebelum anda tiba di destinasi tersebut. Setelah mengharungi jalan yang berlecak serta laluan batu sungai dan jambatan kayu yang licin, anda akhirnya tiba dan pemandangan di air terjun tersebut sangatlah indah dengan air yang jernih kebiruan dan dikelilingi pokok yang menghijau dan batu-batu sungai, sehinggakan rasa penat anda terus hilang. Air terjun yang dingin dan menyegarkan ini sangat baik dalam merawat kepenatan dan keletihan setelah seharian berjalan dan meredah hutan. Oleh itu, Air Terjun Ditumabo merupakan tarikan yang mesti dikunjungi oleh peminat aktiviti lasak.


2. Jambatan Gantung Baler - jika anda sukakan aktiviti yang mencabar dan lasak, maka bolehlah berkunjung ke tempat ini dan cuba menyeberangi jambatan gantung yang sangat ikonik di pekan Baler ini. Anda akan merentasi jambatan gantung untuk menyeberangi Sungai Tibang-Sabang yang sangat luas. Dikelilingi oleh Kawasan hutan yang menghijau serta gunung yang cantik, pemandangan yang anda akan saksikan sewaktu menyeberang jambatan gantung ini sangatlah indah dan cantik. Jambatan gantung ini akan bergoyang sedikit terutamanya sewaktu angina bertiup akan memberikan sedikit cabaran kepada anda terutamanya jika anda gayat dengan temppat tinggi. Jambatan Gantung Baler merupakan tarikan yang mesti dikunjungi oleh peminat aktiviti lasak.


3. Pantai Sabang - San Luis merupakan pekan yang sangat bertuah kerana dikelilingi oleh pantai-pantai yang indah. Salah satu pantai yang terdapat di pekan San Luis ini ialah Pantai Sabang. Pantai ini merupakan tarikan yang terkenal dalam kalangan pelancong serta penduduk tempatan untuk berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan. Antara tarikan utama di Pantai Sabang ini ialah air laut yang jernih kebiruan serta pasir pantai yang halus dan lembut. Pantai Sabang juga merupakan destinasi yang digemari oleh peminat aktiviti lasak. Antara aktiviti lasak yang boleh dilakukan di pantai tersebut ialah aktiviti meluncur meredah ombak. Pantai Sabang ini juga merupakan pilihan pelancong untuk berenang. Air laut yang jernih, dingin dan menyegarkan ini sangat baik dalam merawat kepenatan dan keletihan setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti.

Eksklusif untuk pengguna baharu—daftar hari ini!

Muat turun apl kami, daftar, dan nikmati diskaun 8%!

Code:JOMJALAN

Copy

Hotel popular di L/Terbang Dr. Juan C. Angara

Lihat lebih banyak pilihan hotel

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!
maybank-credit-card-promotiontraveloka-cimb-promotiontraveloka-rhb-promotionambank-credit-card-promotiontraveloka-uob-promotion

Apa jua pilihan perjalanan anda, kami sedia membantu

Laluan Popular dari Lapangan Terbang L/Terbang Dr. Juan C. Angara

Laluan Popular ke San Luis

Destinasi Popular

Laluan Popular

Syarikat Penerbangan Popular

Popular Airline & Destination

Lapangan Terbang Popular

Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved