Penerbangan murah ke Anshan (AOG)

Tiket Pesawat Murah ke Anshan, China

Anshan merupakan sebuah bandar yang terletak di wilayah Liaoning, China. Anshan terletak bersempadan dengan pergunungan Liaoning di sebelah timur dan kawasan tanah pamah di sebelah barat. Keluasan bandar Anshan meliputi kawasan seluas 9252 kilometer persegi sejurus menjadikan ia bandar ketiga terbesar di wilayah Liaoning. Dengan bandar seluas ini, ia mampu merumahkan sejumlah 35348000 penduduk. Terdapat banyak tempat-tempat popular yang boleh didapati di bandar Anshan. Antaranya adalah; Taman Negara Qianshan, Anshan Iron and Steel Group Corporation dan beberapa lagi. Melawat ke bandar ini pastinya menjadikan lawatan pelancongan anda bermakna dan menyeronokkan.

Lapangan Terbang di Anshan

Lapangan Terbang Anshan Teng'ao

Lapangan Terbang Anshan Teng’ao merupakan pintu masuk utama bagi pengangkutan udara ke bandar Anshan. Lapangan terbang ini terletak di daerah Teng’ao iaitu lebih kurang 11 kilometer jauhnya dari pusat bandar Anshan. Selain daripada menyelenggara pesawat-pesawat komersial, Lapangan Terbang Teng’ao turut menjadi pangkalan bagi pesawat-pesawat ketenteraan, People's Liberation Army Air Force (PLA-AF). Lapangan terbang ini mengoperasikan pesawat-pesawat daripada; China Southeastern Airlines, Juneyao Airlines, Shanghai Airlines dan Sichuan Airline. Setiap syarikat penerbangan menyediakan pesawat ke destinasi berbeza seperti Guangzhou, Nanjing, Shanghai-Pudong dan Chengdu.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Anshan?

Traveloka adalah sebuah enjin carian yang popular di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai kemudahan yang bukan sahaja melancarkan proses pembelian; sama ada pembelian tiket penerbangan mahupun tempahan penginapan, malah ia menguntungkan para pembeli. Ia sering menawarkan promosi dan diskaun durian runtuh terutama sekali sewaktu musim perayaan dan musim cuti sekolah. Sangat merugikan jika kita tidak merebut peluang semasa promosi dan diskaun dilancarkan kerana perbezaan harga tiket penerbangan apabila dibeli pada hari biasa agak mahal berbanding semasa promosi. Begitu juga kadar penginapan apabila ditempah pada hari biasa harganya berbeza berbanding ditempah semasa promosi berlangsung. Promosi yang ditawarkan boleh mencecah 50% diskaun hanya dengan Traveloka.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Anshan?

Waktu terbaik untuk melawati bandar Anshan adalah sekitar bulan Januari sehingga April dan September sehingga Disember. Dalam kata lain, bandar Anshan merupakan sebuah tempat pelancongan yang sebenarnya sesuai dilawati pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun. Tetapi, anda dinasihatkan untuk tidak melawat pada bulan-bulan yang merekodkan bacaan hujan yang tinggi bagi memastikan keselesaan maksimum lawatan anda terutama sekali bagi aktiviti luar.

Anshan dipengaruhi iklim lautan dan iklim sederhana di mana purata suhu setiap bulanan yang direkodkan sepanjang tahun berkisar antara 18 sehingga 33 darjah Celsius. Bandar ini menerima kadar turunan hujan yang sederhana dan paling banyak tadahan hujan direkodkan adalah semasa bulan-bulan yang mencatatkan bacaan suhu yang tinggi, iaitu dari bulan Mei sehingga Ogos. Bacaan tadahan hujan yang direkodkan pada bulan-bulan ini berkisar antara 128 mm sehingga 183 mm.

Merujuk kepada sebuah bancian yang dijalankan di bandar Anshan, penduduk-penduduk di bandar ini dikatakan berasal daripada lebih 48 buah kumpulan etnik. Oleh itu, bandar ini akan sentiasa meriah menyaksikan perayaan yang disambut oleh setiap etnik. Kumpulan etnik terbesar adalah etnik Han. Oleh itu, bandar ini mungkin akan menjadi paling meriah ketika kumpulan etnik ini menyambut perayaannya.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Anshan?

Bandar yang dipercayai wujud semenjak abad prasejarah, semestinya banyak yang boleh diterokai dan berpotensi menjadi pusat pelancongan terkenal. Antaranya adalah;

Taman Negara Qianshan – Secara literal, perkataan Qianshan sendiri membawa maksud beribu pergunungan. Taman negara ini terletak lebih kurang 17 kilometer jauh ke arah tenggara bandar Anshan. Keluasan taman ini meliputi 44 kilometer persegi dan ia merumahkan pelbagai kehidupan flora dan fauna. Bukan itu sahaja, pergunungan ini turut menjadi tempat sembahyang kepada kedua-dua jenis agama iaitu Buddha dan Taoist.

Kolam Air Panas Tanggangzi – Kolam Air Panas Tanggangzi merupakan pusat pelancongan yang sangat popular di Anshan. Ia merupakan sebuah tempat lawatan dan rawatan yang cukup menenangkan minda dan merehatkan fizikal. Air panasnya sangat jernih dan bersih. Ia dipercayai telah menjadi pusat rawatan kepada masyarakat yang hidup semenjak zaman Dinasti Tang yang sudah berkurun lamanya. Dikelilingi dengan landskap pemandangan hijau yang indah, merendamkan badan di kolam air panas ini dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit-penyakit badan seperti sakit kulit, sakit tulang belakang dan beberapa lagi.

Muzium Anshan – Melawat sesebuah tempat baru merupakan pengalaman yang menyeronokkan. Tetapi, melawat sambil mempelajari sejarah tentang sesebuah tempat itu membuatkan lawatan anda menjadi lebih bermakna. Di muzium ini, pengunjung berpeluang membaca tentang sejarah kewujudan kehidupan di kawasan ini yang dipercayai muncul semenjak zaman pra-sejarah. Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang mengenali syarikat penghasilan keluli yang mana menjadi tunggak utama ekonomi bandar Anshan.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved