All you need to know about status and policy of flights during Corona Virus Outbreak.

Promosi Jadi Rakan KamiSimpanTempahan Saya
MYR

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:

Pengesahan Diperlukan

Kami mendapati anda menggunakan peranti baru. Oleh itu, anda perlu mengesahkan akaun anda. Sila pilih di mana anda ingin menerima kod pengesahan anda:

1
2

Penerbangan murah ke Berlin (TXL)

Tiket Penerbangan
Penerbangan + Hotel
Pengangkutan L/Terbang

Tiket Pesawat Murah ke Berlin, Jerman

Berlin merupakan ibu kota dan kota terbesar Jerman. Ia mempunyai keluasan dan kepadatan penduduk yang paling ramai di Jerman. Ia mempunyai populasi penduduk seramai 3,748,148 menjadikan bandar Berlin ini bandar kedua paling ramai di dalam Kesatuan Eropah selepas London. Bandar Berlin ini merupakan salah satu daripada 16 negeri di bawah persekutuan Jerman. Bandar ini dikelilingi oleh bandar Brandenburg dan bersempadan dengan Potsdam. Berlin merupakan bandar yang kaya dengan budaya, politik, media dan sains. Ekonomi Berlin merangkumi pelbagai sektor seperti firma teknologi tinggi, sektor perkhidmatan, industry kreatif, penyelidikan dan bermacam-macam lagi. Berlin berfungsi sebagai hab kontinental untuk trafik udara dan kereta api. Ia juga mempunyai rangkaian pengangkutan awam yang sangat kompleks. Antara industry yang penting di Berlin juga termasuk teknologi maklumat, farmaseutikal, kejuruteraan bioperubatan, teknologi bersih, bioteknologi, pembinaan dan elektronik. Berlin juga menempatkan university terkenal di dunia, orchestra, muzium dan tempat hiburan.


Lapangan Terbang di Berlin

1. Lapangan Terbang Berlin Tegel

Lapangan Terbang Berlin Tegel merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Berlin, ibu negara Jerman. Lapangan Terbang Berlin Tegel ini dahulunya berkhidmat untuk Barat Berlin. Lapangan Terbang Berlin Tegel ini dinamakan sempena nama Otto Lilienthal. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang keempat tersibuk di Jerman. Ia mempunyai lebih daripada 20.5 juta penumpang pada tahun 2017 dan kira-kira 22 juta penumpang pada tahun 2018. Lapangan Terbang Berlin Tegel ini merupakan bandar tumpuan bagi EasyJet, Eurowings, Laudamotion dan juga Ryanair. Lapangan terbang ini terletak di Tegel yang terletak di Wilayah Utara Reinickendorf. Ia terletak 8 km Barat Laut dari pusat bandar Berlin. Lapangan Terbang Berlin Tegel ini terkenal dengan bangunan terminal utamanya yang berbentuk heksagon. Ia menjadikan jarak berjalan kaki menjadi semakin pendek iaitu 30 m dari pesawat ke terminal keluar.


2. Lapangan Terbang Berlin Schonefeld

Lapangan Terbang Berlin Schonefeld merupakan lapangan terbang antarabangsa kedua di Berlin, ibu negara Jerman. Ia terletak 18 km Tenggara di Berlin berhampiran bandar Schonefeld di negeri Brandenburg. Ia juga terletak di Selatan Berlin. Lapangan terbang ini adalah lebih kecil dari lapangan terbang lain di Berlin. Lapangan Terbang Berlin Schonefeld ini merupakan pusat operasi bagi Germania, EasyJet dan juga Ryanair. Pada tahun 2017, Lapangan Terbang Berlin Schonefeld ini telah mengendalikan 12.9 juta penumpan dengan berkhidmat ke pelbagai destinasi di Eropah. Lapangan Terbang Berlin Schonefeld ini dahulunya merupakan lapangan terbang awam utama di Jerman Timur. Ia juga merupakan satu-satunya bekas lapangan terbang bagi Berlin Timur.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Berlin?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Berlin. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Berlin.


Bila Waktu Terbaik untuk ke Berlin?

Waktu terbaik untuk berkunjung ke Berlin adalah pada musim panas kerana suhunya yang sangat sesuai untuk bersiar-siar. Walau bagaimanapun, anda boleh menjangkakan harga penerbangan dan hotel akan menjadi sedikit mahal pada waktu ini. Berlin mempunyai iklim oceanic mengikut klasifikasi oleh Koppen. Musim panas di Berlin adalah panas dan juga lembap dengan suhu di antara 22 °C hingga 25 °C. Musim sejuk di Berlin pula adalah di antara 0 °C hingga 3 °C. Anda juga boleh merasai pengalaman untuk menyambut perayaan di Berlin seperti Hari Natal pada bulan Disember.


Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Berlin?

1. Bradenburg Gate – adalah monumen neoklasik abad ke-18 di Berlin. Ia dibina atas perintah Raya Prusia Frederick William II. Monumen ini merupakan salah satu mercu tanda terkenal di Jerman. Ia dibina di atas bekas tapak pintu bandar yang menandakan permulaan jalan dari Berlin ke bandar Brandenburg an der Havel. Ia terletak di bahagian Barat pusat bandar Berlin di Mitte di persimpang Unter den Linden dan Ebertstraße. Satu blok di Utara terletaknya bangunan Reichstag yang menempatkan Parlimen Jerman. Sepanjang kewujudan Bradenburg Gate ini, ia sering menjadi tapak untuk peristiwa-peristiwa sejarah utama. Kini ia bukan sahaja dianggap sebagai lambang sejarah Eropah dan Jerman, namun ia juga menjadi lambang kesatuan dan keamanan Eropah.


2. Memorial to The Murdered Jews of Europe – memorial ini dbina memperingati kepada Yahudi yang dibunuh di Eropah. Ia juga dikenali sebagai Memorial Holocaust. Ia juga merupakan peringatan di Berlin kepada mangsa-mangsa Yahudi Holocaust yang direka oleh arkitek Peter Eisenman jurutera Buro Happold. Ia terdiri daripada tapak seluas 19,000 meter persegi. Bangunan ini mula dibina pada 1 April 2003 dan selesai pembinaan pada 15 Disember 2004. Ia dirasmikan pada 10 Mei 2005. Dua hari kemudian, ia dibuka kepada orang awam. Ia terletak hanya satu blok di Selatan Pintu Brandeburg di Mitte. Kos pembinaanya adalah kira € 25 juta.


3. Easy Side Gallery – galeri ini adalah sebuah galeri terbuka di Berlin. Ia terdiri daripada beberapa siri mural yang dicat secara langsung sepanjang 1316 m di Tembok Berlin. Ia terletak berhampiran dengan bandar Berlin. Galeri ini mempunyai status rasmi sebagai Denkmal atau pun tempat yang dilindungi warisan. Galeri ini juga dikenali sebagai monument kejatuhan Tembok Berlin dan perundingan damai antara masyarakat. Galeri ini menerima lebih daripada tiga juta pengunjung setiap tahun.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa

Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!
Getting To and From the Airport
Finding a ride to or from the airport in Berlin can be a challenge. Luckily, now you can book your airport transport in advance with the Traveloka app. Partnering only with trusted transportation providers, we ensure your airport trip to be worry-free. Take a look at our various transport options and find one that best suits your needs.

ALLSTAR TRAVEL & TOURS SDN. BHD. No. Pendaftaran 200001008213 (510819-T), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2020 Traveloka
Perlu Bantuan?