Penerbangan murah ke Cloncurry (CNJ)

Tiket Pesawat Murah ke Cloncurry, Australia

Cloncurry mungkin belum dikenali lagi namanya di seluruh dunia, tetapi setiap orang pasti telah mengenali Queensland, Australia. Cloncurry merupakan sebuah pekan indah dan tenang yang terletak di barat laut Queensland. Masih belum dijajahi oleh pembangunan pencakar langit dan pemodenan yang ekstrem, Cloncurry ini dilawati oleh kerana kecantikan semulajadi serta kesederhanaan pembangunan pekan ini. Oleh kerana kedamaian penempatan dan persekitarannya, Cloncurry telah memenangi anugerah Queensland’s Friendliest Town pada tahun 2013 dan 2018. Pada tahun 2016, ia mencatatkan jumlah populasi seramai 2719 orang. Dengan keluasan kawasan berumput hijau, penternakan lembu menjadi sumber ekonomi utama penduduk di pekan ini.

Lapangan Terbang di Cloncurry

1. Lapangan terbang Cloncurry

Lapangan terbang Cloncurry merupakan satu-satunya lapangan terbang di Pekan Cloncurry. Ia merupakan lapangan terbang awam yang beroperasi untuk kegunaan penerbangan komersial di dalam negara. Ia bukan lah sebuah lapangan terbang antarabangsa. Namun begitu, ia berperanan sebagai lapangan terbang utama untuk pelbagai inovasi besar Australia. Antaranya adalah, ia merupakan lapangan terbang permulaan untuk kapal terbang daripada syarikat Qantas sejurus menjadi hangar asal kapal terbang Qantas. Bukan itu sahaja, sekitar tahun 1942 semasa peperangan dunia kedua, Lapangan Terbang Cloncurry ini pernah menjadi tapak operasi bagi United States Army Air Force dan seterusnya dijadikan tapak bagi Royal Australian Air Force.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Cloncurry?

Gunakan aplikasi atau website Traveloka untuk memudahkan anda mencari tiket penerbangan termurah ke mana-mana sahaja destinasi. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik ke sesebuah destinasi mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Terdapat juga ciri pemberitahu harga jika anda menetapkan sesebuah destinasi serta bajet penerbangan yang anda inginkan. Untuk ke Cloncurry, mungkin tiada penerbangan terus. Tetapi anda boleh memilih penerbangan transit mengikut bajet dan keperluan anda.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Cloncurry?

Australia juga merupakan negara yang mengalami 4 musim. Tetapi 4 musim di australi tidak sama dengan 4 musim di Eropah. Musim panasnya berlangsung sekitar Disember sehingga Februari, Musim luruhnya dari bulan Mac sehingga Mei, musim sejuknya ketika Jun sehingga Ogos dan musim bunga adalah September sehingga November. Sungguhpun Australia merupakan antara pusat pelancongan tumpuan, tetapi, anda tidak perlu risau, kawasan Cloncurry masih menerima jumlah pelancong yang sederhana. Oleh itu, jika anda merancang untuk berkunjung ke Cloncurry, anda boleh tetapkan tarikh pada bila-bila masa sahaja. Tetapi, untuk keselesaan anda melawati mana-mana tempat sekitar Cloncurry, cuba elakkan musim hujan. Bulan yang dicatatkan menerima banyak hujan adalah antara bulan Disember hingga Mac. Selain itu, elakkan juga melawat Cloncurry pada musim yang terlalu panas. Bulan yang terbaik untuk ke Cloncurry adalah sekitar April ke Oktober. Purata hujan tahunan di kawasan Cloncurry ialah 584.5 mm. Cloncurry terkenal di seluruh Australia sebagai antara kawasan suhu tertinggi. Ia pernah mencatatkan suhu tertinggi pada Januari 1889 iaitu setinggi 53 darjah Celsius. Manakala, suhu yang tertinggi yang dicatat baru-baru ini adalah setinggi 46 darjah Celsius. Oleh kerana ia antara kawasan yang mencatatkan suhu tertinggi berbanding di seluruh Australia, Cloncurry dijangka menjadi bandar solar pertama di Australia. Namun, jangkaan tersebut tidak berhasil oleh kerana berlakunya pencemaran.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Cloncurry?

1. Corella Dam – Empangan Corella atau lebih dipanggil sebagai Tasik Corella merupakan sebuah empangan yang dibina lama dahulu, iaitu pada 1959. Ia bertujuan untuk membekalkan air kepada kawasan dan bandar berdekatan. Mempunyai pemandangan tasik yang luas dan kawasan berbukit-bukau, ia menjadi sebuah tarikan untuk sukan rekreasi. Antaranya adalah berkhemah, berkayak, bersantai di atas bot, memancing dan beberapa lagi.

2. Clem Walton Park – Sebuah tasik di tengah-tengah ladang penternakan lembu, Clem Walton Park mula dikunjungi sebagai tempat berkhemah dan bersantai. Suasana yang cukup mendamaikan membuatkan ramai penduduk tempatan mula berkunjung untuk meluangkan masa bersama keluarga, beristirehat di sini. Pada musim cuti sekolah, terdapat banyak keluarga yang datang dengan caravan, memilih lokasi di bawah pokok dan berkelah. Tasik ini turut menjadi tempat memancing dan berkayak.

3. John Flynn Place Musuem – John Flynn Place Muzium & Galeri Seni ini didedikasikan dan menceritakan kisah bagaimana Rev John Flynn dan kawan-kawannya memulakan Perkhidmatan Royal Flying Doctors di Cloncurry pada tahun 1928 dan tahun-tahun seterusnya yang menjanjikan penerbangan rasmi pertama perkhidmatan ambulan udara yang ikonik ini. Rev Joh Flynn merupakan seorang menteri yang cukup disenangi dan diingati jasa baiknya terhadap rakyat pada suatu ketika dahulu.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Cloncurry

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved