Penerbangan murah ke Karaganda (KGF)

Tiket Penerbangan Murah ke Karaganda, Kazakhstan

Karaganda, Karagandy atau Qaraghandy terkenal kerana merupakan tempat asal kepada Nurken Abdirov, seorang pahlawan Perang Dunia II, dengan patung yang dibuat sebagai penghormatan kepadanya yang boleh dijumpai di tengah bandar tersebut. Sebagai ibu kota Wilayah Karaganda, bandar ini adalah bandar keempat paling ramai penduduk di Kazakhstan. Ianya pernah dihuni secara majoriti oleh orang-orang etnik Jerman, namun mereka telahpun berhijrah semula ke Jerman. Pada awalnya, bandar ini didorong oleh industri arang batu, dengan kem buruh yang disediakan semasa era Stalin untuk mendapatkan tahanan untuk bekerja di lombong-lombong arang batu di sini. Ini tidak lagi berlaku pada hari ini, walaupun arang batu masih menjadi pemacu ekonomi yang penting di Karaganda. Hari ini Karaganda adalah bandar yang sangat hidup dan ceria, dengan budaya yang kaya, tempat-tempat makan yang menarik dan banyak lagi tempat untuk diteroka.

Lapangan Terbang di Karaganda

Lapangan Terbang Sary-Arka

Lapangan Terbang Sary-Arka adalah lapangan terbang antarabangsa utama di Karaganda yang berkhidmat untuk bandar ini serta kawasan berdekatan. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 24 kilometer di arah tenggara Karaganda. Ia dibina pada tahun 1934 di tempat yang berbeza dan hanya dipindahkan ke lokasi sekarang pada tahun 1944, dan kemudiannya diberikan status sebagai lapangan terbang antarabangsa pada tahun 1992. Sehingga hari ini, ia masih berkongsi ruang dengan pihak tentera, yang menggunakan sebahagian lapangan terbang ini sebagai pangkalan bagi ‘610th Air Base of the Armed Forces of the Republic of Kazakhstan’. Pada ketinggian 538 meter, lapangan terbang ini mempunyai landasan yang diperbuat daripada konkrit yang diperkuat dengan kepanjangan 3,600 meter. Dimiliki oleh JSC "Sary-Arka International Airport" dan dikendalikan oleh Sky Service LLP, terdapat beberapa penerbangan penghubung ke dan dari Kuala Lumpur melalui syarikat penerbangan seperti Aeroflot, Cathay Dragon Bangkok, China Southern dan Malaysian Airlines antara lain dengan harga tiket bermula dari serendah 7,755 ringgit ke 24,128 ringgit.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Karaganda?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Karaganda. Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut anggaran bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan merentasi beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan tentang penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Karaganda.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Karaganda?

Masa terbaik untuk melawat Karaganda biasanya sekitar bulan Mei hingga September iaitu sekitar akhir musim bunga hingga awal musim gugur. Pada masa ini, suhu lebih panas dan lebih selesa untuk mengembara di sekitar bandar untuk menerokai keindahannya. Walau bagaimanapun, anda boleh menjangkakan harga penerbangan dan hotel untuk meningkat sepanjang tempoh ini. Lazimnya, bulan Februari iaitu pada akhir musim sejuk akan melihat jumlah pelancong yang lebih rendah di Karaganda. Oleh itu, harga penerbangan dan hotel cenderung untuk turun lebih rendah sekitar tempoh ini. Jika anda tidak keberatan, maka anda boleh menyimpan lebih banyak dengan pergi ke Karaganda pada waktu ini.

Karaganda mempunyai iklim benua lembap mengikut klasifikasi iklim Koppen yang mana ini membawa maksud musim panas yang hangat dan musim sejuk yang sangat sejuk dengan salji yang tidak terlalu kerap. Suhu purata adalah dari -12.9 darjah Celsius pada musim sejuk pada bulan Januari hingga 20.4 darjah Celsius pada musim panas pada bulan Julai. Sementara itu, curahan hujan tahunan agak rendah, sekitar 352 mm di mana kejadian hujan paling banyak biasanya berlaku pada musim panas. Apabila masuk perihal kepada suhu yang melampau, suhu paling sejuk yang pernah dicapai adalah serendah -42.9 darjah Celcius, yang terakhir direkodkan pada tahun 1938; manakala suhu terpanas yang pernah dicapai ialah 40.2 darjah Celcius, yang terakhir direkodkan pada tahun 2002.

Oleh kerana jaraknya yang tidak terlalu jauh dari Astana, Karaganda adalah antara tempat yang paling menarik apabila tiba bab acara dan perayaan di sekitar Kazakshtan. Oleh itu, di Karaganda, anda boleh menjangkakan untuk memerhati acara-acara dan festival yang diadakan dan juga mendapat peluang untuk mengambil bahagian dalam perayaan tersebut seperti yang dilakukan penduduk setempat. Sebagai contoh, Karaganda akan menyambut acara-acara peringkat kebangsaan seperti Hari Perlembagaan, Hari Kemenangan, Hari Ibukota, Hari Republik dan banyak lagi yang diadakan setiap tahun, dengan perayaan yang dilakukan di sini secara meriah seperti yang dilakukan di ibu negara, Astana.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Karaganda?

Pusat wilayah Karaganda ini mempunyai beberapa tempat menarik di sekitar bandar yang dapat diterokai oleh para pelancong.

Muzium Ekologi Karaganda - Muzium EkologiKaraganda atau EcoMuseum adalah sebuah muzium pendidikan bagi generasi muda untuk meneroka semasa membuat lawatan ke muzium. Antara pameran penting di sini termasuklah bahagian roket yang jatuh semasa pelancaran angkasa Baykonur, serta serpihan yang dikumpulkan dari Polygon Semipalatinsk. Anda harus mengambil perhatian bahawa lawatan di muzium ini biasanya dilakukan dalam bahasa Rusia dan anda perlu membuat permohonan untuk mengadakan lawatan dalam Bahasa Inggeris terlebih dahulu.

Zoo Karagandy - Zoo Karagandy adalah sebuah zoo negari yang meliputi kawasan sekitar 43.5 hektar, terletak hanya 7 kilometer jauhnya dari pusat bandar. Ia adalah salah satu taman zoologi yang terbesar dan tertua yang boleh ditemui di seluruh negara Kazakhstan, yang memaparkan beberapa haiwan tempatan dan juga haiwan yang popular seperti gajah dan rusa .

Stadium Shakhter - Sesetengah bandar ditakrifkan oleh adegan bola sepak dan Karaganda juga antara salah satu bandar tersebut, kerana ia mempunyai komuniti peminat bagi kelab tempatan, FC Shakhter Karagandy yang berpangkalan di stadium ini. Walaupun ia biasanya digunakan untuk pertandingan bola sepak, ia juga boleh dilawati ketika anda berada di bandar ini.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Karaganda

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved