Laman Utama
/
Penerbangan
/
Nueva Vizcaya

Penerbangan murah ke Nueva Vizcaya (BGN)

Tiket Pesawat Murah ke Nueva Vizcaya, Filipina

Terletak di Cagayan Valley, Luzon, Nueva Vizcaya merupakan sebuah wilayah dan ibu kotanya ialah Bayombong. Nama wilayah tersebut diperolehi dari nama wilayah Biscay pada era kolonial Sepanyol di Filipina. Nueva Vizcaya dikenali dengan produk pertaniannya. Bandar ini mempunyai tanah yang subur dan iklim yang baik yang dapat menghasilkan banyak produk berkualiti tinggi seperti beras, buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar. Selain itu, bandar ini dikelilingi oleh gunung-gunung yang besar, gua dan air terjun. Terdapat juga beberapa gereja dan muzium di sekitar wilayah ini.

Lapangan Terbang di Nueva Vizcaya

Lapangan Terbang Bagabag

Lapangan Terbang Bagabag adalah satu-satunya lapangan terbang yang beroperasi di kawasan Bagabag dan wilayah Nueva Vizcaya. Lapangan terbang ini hanya mengendalikan penerbangan komersial domestik iaitu Platinum Skies Aviation. Untuk sampai ke Nueva Vizcaya, para pengunjung perlu mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Clark. Lapangan terbang ini terletak sekitar 58.4 kilometer dari pusat bandar. Perjalanannya akan mengambil masa kira-kira 1 jam dan 28 minit dengan menaiki kereta. Para pengunjung boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas di lapangan terbang ini.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Nueva Vizcaya?

Traveloka adalah laman web dan aplikasi pelancongan yang menjadikan ia mudah bagi pelancong untuk mencari penerbangan paling berpatutan ke Nueva Vizcaya. Apa yang perlu anda lakukan adalah menaip maklumat dalam kotak carian dan aplikasi tersebut akan mengesyorkan perjalanan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia juga membandingkan harga penerbangan di sesetengah syarikat penerbangan yang boleh dipercayai untuk membantu anda dengan mendapatkan tawaran yang bagus. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai harga tiket penerbangan yang anda inginkan untuk mendapatkan kos penerbangan yang terbaik ke Nueva Vizcaya.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Nueva Vizcaya?

Nueva Vizcaya mempunyai iklim yang panas dan sederhana. Suhu tahunan purata di wilayah ini ialah 18.9 darjah Celsius. Nueva Vizcaya akan menghadapi musim luar kemuncak iaitu dari bulan Jun hingga November iaitu pada musim hujan. Manakala, pada musim kemuncak adalah pada musim kering yang akan berlaku dari bulan Disember hingga Mei. Tidak ramai pengunjung datang ke Nueva Vizcaya pada musim hujan kerana ribut petir dan hujan yang sering berlaku di wilayah tersebut. Para pengunjung hanya dapat berpeluang untuk melawat tempat tarikan yang tertutup pada tempoh ini. Sementara itu, pada musim kering atau musim panas, para pengunjung boleh membuat pelbagai jenis aktiviti seperti mendaki, berenang di air terjun dan berkunjung ke ladang buah-buahan dan sayur-sayuran. Para pengunjung boleh berkunjung ke banyak tempat tarikan di wilayah ini kerana cuacanya panas dan menyenangkan. Oleh itu, waktu terbaik untuk melawat Nueva Vizcaya adalah pada musim kering.

Nueva Vizcaya terkenal dengan kepelbagaian budayanya. Perayaan yang terbesar di Nueva Vizcaya adalah Festival "Ammungan". Ia adalah untuk meraikan budaya dari pelbagai kaum yang tinggal di wilayah ini dan penubuhan Nueva Vizcaya. Para pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah dan budaya wilayah ini dengan menyaksikan pertunjukan lagu dan kebudayaan, serta upacara-upacara lain yang dilakukan oleh penduduk setempat.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Nueva Vizcaya?

Nueva Vizcaya adalah salah satu destinasi pelancongan yang utama di Filipina. Terdapat beberapa tempat yang menarik di wilayah tersebut. Antaranya ialah:

Gunung Pulag - Gunung Pulag merupakan destinasi yang ideal bagi mereka yang inging mencuba perjalanan yang mencabar. Gunung Pulag adalah gunung ketiga tertinggi di Filipina. Ketinggian gunung ini ialah 2926 meter. Para pengunjung dapat melihat pelbagai jenis flora dan fauna di gunung ini. Selain itu, gunung ini mempunyai empat tasik yang indah. Apabila para pengunjung telah sampai ke kemuncak gunung, para pengunjung dapat menyaksikan pemandangan awan yang menakjubkan.

Taman Eko-Pelancongan Lower Magat - Taman Eko-Pelancongan Lower Magat adalah percutian yang sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan. Ia mempunyai kawasan seluas 1120 hektar. Taman ini mempunyai rumah-rumah kecil atau pondok-pondok tradisional bagi para pengunjung yang ingin bermalam. Para pengunjung boleh menikmati aktiviti luar taman ini seperti berenang, mendaki, berbasikal dan berkhemah.

Air Terjun Imugan - Terletak di sebuah bandar kecil Sante Fe, Air Terjun Imugan merupakan salah satu tempat alam semula jadi yang indah di Nueva Vizcaya. Ketinggian air terjun ini adalah 35 kaki di antara dua gunung. Airnya jernih dan terdiri daripada dua tingkat. Para pengunjung perlu mendaki selama 30 minit untuk sampai ke air terjun. Laluan mendakinya sangat senang bagi orang yang jarang mendaki. Mereka hanya melalui beberapa cerun sahaja di bukit tersebut. Apabila para pengunjung sudah sampai di air terjun, para pengunjung dibenarkan untuk berenang dan berkelah di kawasan tersebut.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Nueva Vizcaya

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved