Savannakhet atau secara rasmiya dikenali sebagai Kaysone Phomvihane terkenal dengan Gereja Katolik St Theresa di antara banyak tarikan yang lain di mana ia adalah gereja Katolik terbesar yang dapat ditemukan di dalam kawasan bandar. Ianya dibina pada tahun 1920-an dan mungkin merupakan salah satu gereja yang tertua di sekitar bandar. Ia juga dikenali sebagai tempat kelahiran Kaysone Phomvihane, seorang pemimpian Laos yang memegang tampuk pemerintahan kerajaan selepas pembubaran kerajaan Laos. Ditemui di Wilayah Savannakhet, bandar ini adalah pusat pentadbiran wilayah tersebut, serta bandar kedua terbesar di negara ini selepas Vientiane. Seperti kebanyakan bandar-bandar lain di Laos, Savannakhet mempunyai bangunan-bangunan tinggalan Perancis di kawasan bandar, di samping mempunyai lebih banyak pembangunan baru kerana jaraknya yang berdekatan dengan Thailand dan ekonomi Thailand yang sedang berkembang pesat.
Lapangan Terbang Savannakhet adalah lapangan terbang utama di Savannakhet yang bertujuan untuk berkhidmat bagi bandar ini di samping kawasan-kawasan yang berdekatan. Terletak di dalam kawasan bandar, lapangan terbang ini boleh ditemui sekitar 3 kilometer dari pusat bandar Savannakhet. Pada ketinggian 155 meter atas paras laut, Lapangan Terbang Savannakhet mempunyai landasan sepanjang 1,633 meter yang diperbuat daripada konkrit. Ketika ini lapangan terbang tersebut dilayani oleh Lao Airlines kebanyakannya menjadikan lapangan itu sebagai perhentian segera untuk perjalanan dari Pakse ke Bangkok. Di samping itu, terdapat juga penerbangan lain yang menuju ke Vientiane. Kebiasaannya ia akan menelan belanja sekitar 2,656 ringgit ke 4,393 ringgit untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Savannakhet dengan Malaysia Airlines dan Lao Airlines menerusi penerbangan bersambung.
Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Savannakhet. Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Jangan teragak-agak untuk menggunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan tentang penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Savannakhet.
Musim bukan puncak untuk melawat Savannakhet biasanya pada bulan Ogos pada akhir musim panas yang akan menjadikan persekitaran kurang selesa untuk berjalan-jalan. Walau bagaimanapun, ini boleh menjadi peluang yang baik untuk mendapatkan tawaran yang menarik dan melawat tempat-tempat tarikan pelancongan dengan jumlah pengunjung yang lebih rendah juga, kerana harga penerbangan dan penginapan akan jatuh merudum. Oleh itu, jika anda ingin menjimatkan wang, anda boleh berharap untuk pergi ke Savannakhet sekitar waktu ini. Musim puncak di Savannakhet adalah bulan Januari, Februari dan April yang terletak pada pertengahan hingga akhir musim sejuk serta pertengahan musim bunga kerana suhu dan kelembapan yang lebih selesa. Walau bagaimanapun, masa terbaik untuk melawat Savannakhet adalah dari bulan Disember hingga Februari, yang terletak pada permulaan ke akhir musim sejuk.
Savannakhet mempunyai iklim savana tropika mengikut klasifikasi iklim Köppen dengan beberapa ciri iklim subtropika, memandangkan bandar tersebut terletak sebanyak 16.5 darjah dari arah utara khatulistiwa. Curahan hujan tahunan biasanya sekitar 1,588.7 milimeter dengan purata hari hujan sekitar 2 hingga 5 hari dan boleh naik hingga 20 hari pada musim panas, dengan bulan-bulan yang mempunyai curahan hujan paling berat biasanya dari bulan Mei hingga September. Suhu melampau biasanya bermula dari serendah 3 darjah Celsius pada bulan Disember hingga 41.2 darjah Celcius pada bulan Mei.
Savannakhet mempunyai banyak tarikan untuk ditawarkan kepada para pelancong terutamanya apabila tiba bab perayaan yang berdasarkan budaya tempatan. Oleh itu, anda pasti dapat menjangkakan untuk menyaksikan serta mengambil bahagian dalam acara ini sebagai pelawat apabila tiba di Savannakhet. Untuk bermula, terdapat Festival Ing Hang yang diadakan pada bulan Januari, di mana ia diadakan untuk menunjukkan rasa hormat kepada Ing Hang Stupa dan ajaran Buddhisme secara umum dengan melakukan persembahan Khan Markberg. Pada bulan Februari, terdapat Festival That Phon, sebuah festival yang terdiri daripada pameran barangan tradisional, lagu rakyat dan acara sukan yang berlangsung selama 3 hari dan 3 malam. Seterusnya, pada 14 hingga 16 April, Festival Tahun Baru Lao akan diadakan, di mana bandar Savannakhet akan menyaksikan beberapa perayaan terbesar seumpamanya di negara ini; kaum keluarga akan mengadakan upacara baci mereka sendiri dan tokong-tokong akan meletakkan patung Buddha di luar untuk pelawat menuangkan air kepada mereka untuk mendapatkan nasib yang baik. Akhir sekali, terdapat festival lain seperti Festival Roket pada bulan Mei hingga Jun, serta Festival Perlumbaan Perahu dan Festival Heuan Hin yang berlangsung dari bulan Oktober sehingga bulan November.
Wat Sainyaphum – Wat Sainyaphum adalah salah satu biara terbesar dan tertua yang boleh ditemui di wilayah selatan Laos. Ia menjadi pusat bagi aktiviti berkaitan Buddhisme bagi peringkat bandar Savannakhet, yang menjadi lokasi di mana beberapa pokok yang tumbuh berabad-abad lalu dapat ditemui di sini. Oleh itu, biara itu sendiri pastinya merupakan sesuatu yang menarik untuk dilihat dengan mata kasar.
That Ing Hang – That Ing Hang atau dikenali sebagai Ing Hang Stupa adalah sebuah tapak suci yang dikatakan sebagai tempat perkuburan bagi tulang-tulang Buddha, serta menjadi tempat penting bagi penganut-penganut Buddha sejak berabad-abad lamanya. Khazanah kebangsaan Laos ini dipercayai telah dibina sejak 450 tahun yang lalu untuk memperingati lawatan Buddha ke kawasan itu.
Musée Des Dinosaures – Juga dikenali sebagai Muzium Dinosaur Savannakhet dalam bahasa Inggeris, muzium ini boleh ditemukan dalam kira-kira 3 kilometer jauhnya dari pusat bandar. Tarikan utama di muzium ini adalah fosil berusia 110 juta tahun hasil dari penggalian utama pada tahun 1930 di sebuah kampung yang berada 145 kilometer jauhnya dari bandar ini.