Penerbangan murah ke Xingyi (ACX)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Xingyi (ACX)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Guangzhou (CAN) → Xingyi (ACX)
China Southern Airlines
Isnin, 29 Apr 2024
RM 905.62
Hanoi (HAN) → Xingyi (ACX)
China Eastern Airlines
Jumaat, 17 Mei 2024
RM 1,816.96

Tiket Pesawat Murah ke Xingyi, China

Bandar ini terletak di antara dua wilayah yang berkongsi sempadan dengan persekitaran semulajadi yang paling indah di China. Xingyi juga mempunyai formasi Karst yang cantik dan hampir bebas dari pelancong. Kawasan ini setanding dengan saingannya iaitu Yunnan dan Guizhou yang lebih terkenal, lebih dibangunkan dan merupakan tarikan pelancongan yang besar. Terdapat lebih dari 100 air terjun di Xingyi dan ia adalah daerah autonomi Qianxinan di barat daya wilayah Guizhou. Bandar ini dihubungkan dengan stesen keretapi yang terletak di dataran tinggi 15 kilometer di luar kawasan bandar.

Lapangan Terbang di Xingyi

1. Lapangan Terbang Xingyi Wanfenglin (ACX)

Lapangan terbang ini memberi perkhidmatan kepada bandar Xingyi di wilayah Guizhou, China. Ia beroperasi sejak 2004 dan terletak 7 kilometer dari pusat bandar dan 15 kilometer dari Wanfenglin Nasional Geopark. Pada asalnya ia dikenali sebagai Lapangan Terbang Xingyi, pada April 2014 ia dinamakan semula Lapangan Terbang Xingyi Wanfenglin. Lapangan terbang ini hanya menawarkan penerbangan tempatan oleh itu pelancong antarabangsa perlu mengambil penerbangan dari lapangan terbang antarabangsa sebelum mencapai Xingyi. Lapangan terbang antarabangsa terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Nanning Wuxu. Penerbangan yang boleh didapati di lapangan terbang ini ditawarkan oleh Chengdu Airlines, China Eastern Airlines, China Express Airlines, China Southern Airlines, China United Airlines, Guizhou Airlines Colorful, Donghai Airlines, Loong Air dan Lucky Air.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Xingyi?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Xingyi. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Xingyi.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Xingyi?

Iklim Xingyi sangat berbeza dari musim ke musim. Purata suhu tahunan Xingyi adalah kira-kira 15℃. Bulan Julai adalah bulan terpanas dengan suhu purata 24℃ sementara bulan Januari adalah bulan yang paling sejuk dengan suhu purata 4.6℃. Jika anda sedang mencari masa yang paling panas untuk melawat Xingyi, bulan-bulan terpanas adalah bulan Julai, Ogos, dan kemudian bulan Jun. Walau bagaimanapun, bulan-bulan ini juga adalah musim hujan jadi para pelancong dinasihatkan untuk bersedia dengan payung atau baju hujan.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Xingyi?

1. Jurang Sungai Maling - Ramai yang menganggap Jurang Sungai Maling adalah antara yang paling mengagumkan di dunia di mana ia menempatkan beberapa tarikan semulajadi seperti air terjun Huangguoshu. Dengan pemandangan yang unik, sungai dan tebing mengalir melalui tebing untuk mencapai Sungai Maling yang terletak berpuluhan meter di bawah. Kawasan indah tebing dan air terjun ini hanya terletak tujuh kilometer dari stesen keretapi. Ia terbentang selama 15 kilometer dan sungai ini sering terselubung dalam kabus yang terhasil dari berpuluh-puluh air terjun. Ciri-ciri batu kapur yang melarut adalah sesuatu yang biasa dan ia berbeza-beza dari formasi Karst di selatan negara China. Bagi kebanyakan pelancong, Jurang Maling adalah lebih menarik daripada air terjun Huangguoshu. Jurang ini dapat mencapai kedalaman 100 meter di lokasi-lokasi tertentu. Untuk melihat landskap jurang hebat yang ditawarkan di sini, pelancong boleh berakit di bahagian hilir sungai. Bahagian sungai Maling ini agak tenang dan pengunjung tidak perlu menjadi atlet yang hebat untuk menikmati aktiviti berakit ini. Bagi mereka yang sukakan cabaran boleh melalui jalan yang menyusur sepanjang sungai dan merentasi beberapa gua. Untuk perjalanan ini anda memerlukan kasut berjalan kaki kalis air dan lampu suluh.

2. Wanfenglin (Hutan Seribu Puncak) - Hutan ini dianggap sebagai salah satu daripada lima hutan puncak paling indah di China dan salah satu daripada tiga topografi karst yang terbesar di barat daya China. Hutan ini terletak kira-kira 7 kilometer dari bandar Xingyi dan dibahagikan kepada hutan puncak timur dan hutan puncak barat. Kedua hutan itu menawarkan pemandangan yang berbeza-beza dan dianggap sebagai pembentukan tanah Karst klasik. Wanfenglin adalah komponen penting dalam kawasan indah di Jurang Sungai Maling. Oleh kerana pemandangannya yang indah dan cantik, hutan itu mempunyai suasana penuh keajaiban. Ia seolah-olah anda melangkah ke dalam lukisan pergunungan hijau-kelabu dan padang keemasan dan anda mungkin akan berasa seolah-olah berada di syurga.

3. Tasik Wanfeng - Sebuah tasik buatan, ia terbentuk selepas stesen tenaga hidro Tianshengqiao selesai dan mula mengumpul air. Di sepanjang tebing sungai terdapat beberapa kubu gunung, dengan bangunan kediaman yang unik dan budaya yang menarik. Ini termasuk pakaian, penutup kepala dan lagu-lagu cinta yang dinyanyikan oleh gadis-gadis tempatan. Tasik ini juga adalah sebahagian daripada Jurang Maling. Ia mendapat namanya kerana terletak di Hutan Wanfeng di utara. Tasik 176 kilometer persegi ini telah terbentuk pada penghujung tahun 1998. Laluan utama di sekitarnya terbentang sejauh 144 km. Dengan jumlah 10.8 bilion meter padu, Tasik Wanfeng mempunyai lebih daripada 40 kolam dan 12 tasik-tasik kecil yang berasingan, dan ini membentuk landskap pergunungan dan air yang memukau.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Xingyi

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved