Penerbangan murah ke Aktau (SCO)

Hotel popular di Aktau

Chagala Aksai
Chagala Aksai
Chagala Uralsk Hotel
Chagala Uralsk Hotel
Sulo Aksay Hotel
Sulo Aksay Hotel
Lihat lebih banyak pilihan hotel

Tiket Pesawat Murah ke Aktau, Kazakhstan

Di samping kawasan berpantainya yang menarik dengan pemandangan menghadap Laut Kaspia yang memukau, Aktau sudah sedia maklum terkenal dengan sistem alamat bloknya di mana hampir tiada jalan-jalan di Aktau yang mempunyai nama mereka sendiri, namun alamat itu sebaliknya terdiri daripada nombor daerah, nombor bangunan dan nombor apartmen. Pengaturan tersebut dibuat kerana Aktau pada mulanya telah dirancang sebagai kem untuk pekerja-pekerja dalam industri minyak. Ibukota Wilayah Mangystau di Ukraine ialah Aktau, yang terletak di Semenanjung Mangyshlak. Aktau dinamakan dari perkataan Kazakh yang secara harfiahnya bermaksud "gunung putih", yang merupakan rujukan kepada kawasan tebing yang menghadap ke Laut Kaspia yang boleh ditemui di sini. Aktau pernah juga dikenali sebagai Shevchenko dari tahun 1964 hingga 1991 yang mana nama ini diberikan untuk memperingati penyair Ukraine, Taras Shevchenko yang dibuang di sini. Kota moden ini mula hidup selepas kemasukan prospek uranium pada tahun 1958. Namun pada masa kini, industri utama di Aktau adalah pengeluaran hidrokarbon, di mana ia merupakan salah satu wilayah terbesar yang menghasilkan hidrokarbon di Kazakhstan. Oleh itu, Aktau telah menarik banyak syarikat perkhidmatan minyak utama untuk menubuhkan pangkalan utama dan kemudahan lain di sini.

Lapangan Terbang di Aktau

1. Aktau International Airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau atau dikenali sebagai Lapangan Terbang Aktau adalah lapangan terbang utama di Aktau dan merupakan pintu gerbang antarabangsanya yang utama. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 21 kilometer dari arah barat laut Aktau. Lapangan terbang ini memulakan operasinya pada tahun 1993 selepas kejatuhan Kesatuan Soviet dan masih menggunakan kod IATA SCO walaupun Aktau telah diganti namanya untuk menggantikan nama lama Shevchenko. Pada awalnya dibangunkan untuk menampung pembangunan industri minyak yang semakin berkembang, Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau mempunyai terminal penumpang aktif yang baru-baru ini siap dibina pada tahun 2009 dan dapat mengendalikan 450 penumpang sejam di atas kawasan seluas 13,400 meter persegi. Terdapat juga Aerodome Aktau Class B yang mampu menerima pesawat AN-124, Boeing-747-200, IL-76 dan lebih ringan, serta kebanyakan jenis helikopter.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Aktau?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Aktau. Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan kata kunci dan maklumat penting dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan merentasi beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik mengikut bajet anda. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai pelbagai jenis penerbangan di lingkungan harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Aktau.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Aktau?

Masa terbaik untuk melawat Aktau biasanya adalah sekitar bulan Mei hingga September yang dikatakan sebagai musim puncak untuk ke pantai. Sekitar masa ini, suhu sekitar adalah lebih panas dan pemandangan adalah lebih jelas, menjadikannya masa yang sangat baik untuk menikmati pemandangan Laut Kaspia atau juga bersantai-santai sahaja di tepi pantai. Walau bagaimanapun, anda boleh menjangkakan harga penerbangan dan hotel akan meningkat dengan lebih ketara sepanjang tempoh ini. Biasanya, bulan November akan melihat jumlah pelancong yang lebih rendah di Aktau. Oleh itu, harga penerbangan dan hotel cenderung untuk menjadi lebih rendah sekitar tempoh ini. Jika anda tidak keberatan, maka anda boleh menyimpan dengan lebih banyak dengan pergi ke Aktau pada bulan November.

Aktau dikatakan mempunyai iklim padang pasir yang sejuk mengikut klasifikasi Köppen dengan musim panas yang hangat dan kering serta musim sejuk yang dingin dengan keadaan bersalji yang biasanya jarang berlaku. Berbanding dengan kawasan lain dengan iklim padang pasir panas, musim panas di sini tidak terlalu panas, di mana ia boleh menjadi masa yang tepat untuk pergi bersiar-siar di kawsan pantai. Jumlah hujan akan berlegar sekitar 180 milimeter setahun. Suhu melampaunya pula tidak terlalu buruk, dengan yang tertinggi mencapai 30 darjah Celsius sekitar Julai dan -2 darjah Celsius pada bulan Januari.

Di Aktau, anda boleh juga menjangkakan untuk menyertai pelbagai acara dan sambutan dan mendapat peluang untuk merasai perayaan sama seperti penduduk setempat. Untuk bermula, terdapat Pesta Terbuka Aktau yang didedikasikan untuk meraikan kebebasan Kazakhstan. Semasa pesta ini, akan ada pesta seni, pameran fesyen serta pertandingan tradisional lain. Aktau juga menjadi tuan rumah kepada International Theater Festival of Caspian Countries yang didedikasikan untuk memperingati ulang tahun pelakon dan pengarah yang terkenal dengan nama Asanali Ashimov. Pada masa ini, seseorang boleh mendapat peluang untuk mengetahui hasil kerja dan kolektif teater dari Rusia, Iran, Azerbaijan dan Kazakhstan.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Aktau?

1. Shevchenko Monument – Ianya adalah sesuatu yang normal untuk menjangkakan Aktau untuk mempunyai monumen yang didedikasikan untuk Taras Shevchenko, apatah lagi jika diambilk kira kepentingan Shevchenko kepada Aktau. Didirikan untuk memperingati tokoh tersebut, monumen ini mempunyai patung Shevchenko yang sedang duduk. Berdekatannya pula, terdapat kawasan terbuka dan oleh itu, ianya menjadikannya lokasi yang popular untuk pelancong datang dan bersiar-siar.

2. Rumah Api Aktau – Rumah Api Aktau mungkin satu-satunya rumah api yang beroperasi di kawasan itu, menjadi sebuah rumah api unik yang dibina di atas sebuah rumah. Ia mempunyai sejarah yang panjang dan telah menjadi begitu penting kepada kapal yang datang ke rantau ini, sebelum adanya teknologi navigasi seperti sekarang.

3. "Beket-Ata" Aktau Central Mosque – "Beket-Ata" Aktau Central Mosque adalah sebuah masjid utama di Aktau, menjadi tempat lawatan yang penting terutama bagi pengamal ajaran Sufi kerana masjid ini adalah di mana mistik dan guru Sufi, Beket-Ata dikebumikan. Ia terletak berhampiran dengan bahagian bawah padang pasir dan untuk datang ke sana akan memerlukan pengunjung melalui padang pasir yang indah, yang merupakan tempat yang sesuai untuk mengambil gambar.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Aktau

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved