Penerbangan murah ke Basel (BSL)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Basel (BSL)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Paris (CDG) → Basel (BSL)
Air France
Khamis, 02 Mei 2024
RM 743.22
Bangkok (BKK) → Basel (BSL)
Penerbangan
Rabu, 08 Mei 2024
RM 2,988.25
Bangkok (BKK) → Basel (BSL)
Penerbangan
Isnin, 13 Mei 2024
RM 3,671.68
Bangkok (BKK) → Basel (BSL)
Penerbangan
Ahad, 12 Mei 2024
RM 6,859.56
Bangkok (BKK) → Basel (BSL)
Penerbangan
Isnin, 13 Mei 2024
RM 8,671.68
Bangkok (BKK) → Basel (BSL)
Penerbangan
Ahad, 12 Mei 2024
RM 9,891.80
Bangkok (BKK) → Basel (BSL)
Penerbangan
Ahad, 12 Mei 2024
RM 24,054.25

Tiket Pesawat Murah ke Basel, Switzerland

Basel boleh dikatakan sebagai bandar Switzerland yang paling luar biasa kerana ianya terletak betul-betul di sempadan tiga penjuru Perancis, Jerman dan Switzerland. Hal ini bermakna bahawa Perancis dan Jerman hanya berjarak 10 minit memandu dari Basel. Dari pusat bandar Basel, anda boleh menikmati pemandangan bukit yang mempersonakan yang menghubungkan bandar Basel ke Negara Perancis dan Jerman. Sungai Rhine yang terkenal – yang merupakan kebanggaan Basel – menyelusuri bandar Basel yang membuat bandar lama ini kelihatan indah. Bandar kosmopolitan ini masih mengekalkan suasana, seni bina bandar yang bercirikan zaman Middle Age, walaupun begitu, bandar ini masih dilengkapi dengan bangunan-bangunan moden yang menarik yang direka oleh arkitek kontemporari yang memenangi pelbagai anugerah.

Lapangan Terbang di Basel

EuroAirport Basel Mulhouse Freiburg (BSL, MLH, EAP)

EuroAirport Basel Mulhouse Freiburg terletak 3.5 kilometer utara-barat dari pusat bandar Basel. BSL ialah lapangan terbang antarabangsa yang terletak berhampiran sempadan tiga penjuru Perancis, Switzerland dan Jerman. Oleh itu, lapangan terbang Franco-Swiss ini bertanggungjawab untuk memberi servis kepada tiga bandar dari ketiga-tiga negara yang berbeza iaitu Basel, Switzerland; Mulhouse, Perancis dan Freiburg, Jerman. Lapangan terbang yang besar ini dilengkapi dengan kedai roti, restoran, bar dan kafe. Kedai bebas cukai, kedai serbaneka juga disediakan untuk pelawat oleh Lapangan Ternbang BSL. BSL juga telah menyediakan pengangkutan dari lapangan terbang ini seperti teksi, bas, kereta api dan sewa kereta. Untuk pergi ke pusat bandar Basel, anda mungkin memerlukan sekitar MYR 217 untuk membayar tambang teksi.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Basel?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Basel. Apa yang perlu anda lakukan adalah kunci dalam maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut anggaran anda. Ia membandingkan harga penerbangan merentasi beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Gunakan ciri amaran harga Traveloka untuk dimaklumkan penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Basel.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Basel?

Waktu terbaik untuk melawat Basel adalah pada pertengahan bulan Ogos hingga akhir Oktober dan pertengahan Mei hingga akhir bulan Jun. Namun begitu, pada bulan Julai dan Ogos, suhu pada malam hari boleh menjadi panas kerana haba yang dilepaskan oleh bukit-bukit di sekeliling Basel. Pelancongan di Basel akan mencapai waktu kemuncak pada bulan Jun, Februari dan Oktober, di mana secara langsung harga barangan pada waktu itu akan naik juga. Sekiranya anda merancang untuk datang dalam mana-mana bulan tersebut, anda dinasihatkan untuk merancang lebih awal bagi mengelakkan daripada berbelanja lebih daripada bajet anda. Jika anda mempunyai bajet yang kecil, anda mungkin mahu melawat Basel pada bulan Disember – semasa musim bukan kemuncak.

Basel yang terletak di Switzerland ini menjadikannya beriklim oceniak yang sederhana, yang bermaksud hari-hari hujan merupakan perkara biasa di bandar ini. Walau bagaimanapun, suhu di Basel selesa dan sederhana, dan bandar tidak berkabus berbanding dengan tempat-tempat lain di Switzerland. Suhu purata untuk musim sejuk adalah 2.4 darjah Celcius, 10.3 darjah Celcius pada musim bunga, 18.8 darjah Celcius pada musim panas dan 10.5 darjah Celcius pada musim luruh. Bulan paling lembap di Basel adalah pada bulan Jun manakala bulan paling kering adalah bulan Februari. Dilaporkan bahawa bulan paling hangat adalah pada bulan Julai manakala bulan paling sejuk adalah bulan Januari.

Setiap tahun, Basel merayakan Basler Fasnacht (Karnival Basel) yang merupakan festival terbesar di seluruh Switzerland. Ia diraikan di antara bulan Februari dan Mac dalam setiap tahun. Terdapat perarakan, ramai orang yang memakai kostum, muzik, pesta confetti, acara tanglung, konsert dan banyak unsur luar biasa lain yang menjadikan festival ini menjadi memori yang bermakna bagi anda. Malahan, pada tahun 2017, festival ini telah disenaraikan dalam Warisan Budaya UNESCO Tidak Ketara. Satu lagi perkara yang menarik mengenai Basel adalah, pada musim panas orang ramai dijemput untuk berenang di sungai Rhine. Terdapat beberapa acara yang didedikasikan untuk aktiviti ini seperti ‘Kolam Rhine ke-39’ di Basel dan ‘Bandar Berenang’. Ia merupakan pemandangan yang menarik untuk melihat orang ramai berenang dan berseronok di sungai yang terletak di tengah-tengah bandar moden. Apa lagi, datang dan sertailah keseronokan di sini!

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Basel?

Basel adalah salah satu bandar yang paling banyak dikunjungi di Switzerland. Banyak tarikan boleh didapati di Basel.

Kunstmuseum Basel - Muzium terbesar di Switzerland ialah penjaga untuk pelbagai koleksi seni dari abad ke-10. Kunstmusem mendedikasikan keseluruhan seksyen hanyalah untuk mempamerkan karya-karya seni daripada pelukis masyhur – Picasso. Muzium ini juga mempamerkan karya-karya seni yang berasal dari artis terkenal seperti van Gogh, Cézanne, Monet, Gauguin, Manet, Rembrant dan lain-lain. Datanglah melawat muzium iniuntuk mengagumi karya seni bersejarah ini yang merupakan cerminan kecerdasan kreatif estetik manusia.

Kilang Kertas Basel - Berhubung dengan kaedah lama menghasilkan kertas, Kilang Kertas Basel adalah sebuah muzium aktif yang masih menggunakan kaedah tradisional percetakan, pembilaan buku dan kaedah mencelupkan kertas hanyalah untuk menghasilkan sehelai kertas. Salah satu perkara menarik yang boleh anda lakukan di sini adalah membuat kertas anda sendiri menggunakan mesin yang dikuasai oleh kincir air tradisional.

Basel Minster - Gereja abad pertengahan dengan seni bina Goth dengan menara tinggi yang indah terpacak di depan mata anda. Patung-patung yang menggambarkan malaikat, nabi, raja-raja akan tertanam di dinding-dinding bangunan bersejarah ini. Tambahan pula, anda boleh naik menggunakan tangga spiral untuk menikmati pemandangan dari atas bandar Basel.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved