Laman Utama
/
Penerbangan
/
Lubuk Linggau

Penerbangan murah ke Lubuk Linggau (LLG)

Tiket Pesawat Murah ke Lubuklinggau, Indonesia

Lubuklinggau adalah sebuah bandar yang terletak di Sumatera Selatan, Indonesia. Dengan keluasan 419.80 kilometer persegi ia mampu merumahkan sejumlah 216,064 penduduk. Bandar ini terletak berjiran dengan daerah Rejang Lebong dan Musi Rawas, di mana suatu ketika dahulu ia terletak di bawah daerah Musi Rawas. Namun, pada tahun 2001 ia diumum keluar dari daerah tersebut dan menjadi sebuah bandar Lubuklinggau.

Lapangan Terbang di Lubuklinggau

Lapangan Terbang Silampari

Lapangan Terbang Silampari merupakan lapangan terbang awam yang mula beroperasi pada tahun 1994. Oleh kerana tidak mempunyai dana yang cukup untuk menyelenggara lapangan terbang ini, ia ditutup selama empat tahun dan dibuka semula dengan dana daripada pihak pentadbiran Musi Rawas. Sekarang lapangan terbang ini kembali membantu segenap masyarakat Lubuklinggau dengan menyediakan penerbangan dua hala dari Lubuklinggau ke Palembang oleh syarikat penerbangan Wings Air dan Lubuklinggau ke Jakarta oleh syarikat penerbangan Batik Air dan Nam Air.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Lubuklinggau?

Traveloka merupakan sebuah enjin carian yang dapat membantu anda menempah dan membeli tiket peerbangan dengan harga yang murah. Ia menawarkan tiket penerbangan tidak kiralah satu hala ataupun dua hala dengan harga yang lebih murah berbanding harga di kaunter. Dengan memuatnaik aplikasi Traveloka ke dalam telefon mudah alih, anda dapat menghidupkan perincian ‘price alert’ dengan hanya memasukkan destinasi dan tarikh penerbangan yang anda rancang. ‘Price alert’ berfungsi sebagai pemberitahu harga tiket penerbangan supaya anda sentiasa peka dengan harga tiket semasa. Apabila terdapat penerbangan ke destinasi yang ingin dituju dengan harga yang murah, anda boleh terus menempah tiket tersebut. Selain itu, anda juga boleh menikmati promosi-promosi harga tiket kapal terbang yang ditawarkan terutama sekali ketika musim perayaan dan musim cuti sekolah. Promosi-promosi yang ditawarkan sudah semestinya menguntungkan anda.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Lubuklinggau?

Lubuklinggau dikategorikan sebagai bandar yang panas terik dan basah. Hal ini berikutan kerena julat suhu tahunan yang direkodkan adalah sekitar 20.5 sehingga 31 darjah Celcius. Manakala, graf tadahan hujan pula menunjukkan hujan turun membasahi bandar ini pada sepanjang tahun. Secara lebih terperinci, graf mencatatkan bulan November dan Disember sebagai bulan yang paling banyak menerima hujan. Bulan Ogos pula adalah bulan yang paling sedikit menerima hujan. Graf tadahan hujan sangat penting sebagai sumber rujukan pelancong-pelancong untuk merancang kunjungan mereka ke Lubuklinggau. Sebuah bancian terhadap jumlah pelancong ke Lubuklinggau dibuat. Hasil daripada bancian tersebut, senang dikatakan bahawa jumlah tadahan hujan memberi kesan terhadap jumlah pelancong berkunjung ke bandar ini. Bulan yang tertinggi bacaan jumlah pelancongd adalah bermula dari pengakhiran Mei sehingga ke pengakhiran September. Waktu kemuncak untuk pelancong membanjiri bandar Lubuklinggau adalah pada bulan Ogos.

Pada setiap tahun, bandar ini akan meriah menyambut hari jadi Kota Lubuklinggau pada tanggal 21 Jun. Selain itu, bandar ini turut menyambut Festival Gendang Melayu di mana beberapa penyanyi tempatan dijemput bagi memeriahkan lagi sambutan pesta ini. Bagi yang ingin turut serta menyambut festival ini, anda dinasihatkan untuk mengenalpasti tarikh sambutan kerana ianya berbeza untuk setiap tahun.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Lubuklinggau?

Umum mengetahui bahawa negara Indonesia dilimpahi dengan banyak keindahan alam semulajadi yang berpotensi menjadikannya sebagai pusat tarikan pelancongan dunia. Antaranya adalah;

Air Terjun Temam Waterpark – Sungguhpun Sumatera mempunyai banyak buah air terjun semulajadi, Air Terjun Temam ini merupakan air terjun yang paling popular dan paling cantik. Air terjunnya berbentuk dua buah kolam bertingkat dan dikelilingi pepohon hijau yang tebal. Kecantikan air terjun ini memukau para pengunjung sejurus mampu menghapuskan segala penat lelah kerja yang terbuku di fikiran. Air terjun ini tidak susah ditujui kerana ianya terletak di Kelurahan Rahma, Kota Lubuk Linggau.

Kolam Air Panas Suban – Kolam air panas Suban terletak di Jalan Lintas Curup, Lubuklinggau. Ia terletak di kaki sebuah gunung dan anda boleh menyewa kereta untuk memandu ke sana. Namun, pemandu perlu berhati-hati oleh kerana bentuk jalannya yang bengkang-bengkok. Terdapat beberapa buah kolam air panas semulajadi yang bersaiz sederhana dan berair cetek. Ia sangat sesuai untuk anda dan keluarga melapangkan masa bersama sambil berendam di dalam air panas ini.

Kampung Warna Warni – Pernah menjadi sorotan oleh kerana keindahannya, Kampung Warna Warni ini terletak di Jalan Depati Said, Lubaklinggau Ulu. Asalnya, ia hanya sebuah kampong biasa yang mempunyai sebatang sungai bersih dan mempunyai pemandangan indah sebuah bukit, iaitu Bukit Sulap. Dengan idea kreatif penduduk kampong, mereka bersepakat untuk menjadikan kampung mereka sebagai sebuah tarikan pelancongan di mana mereka mengecat rumah-rumah mereka dengan warna warni. Kampung Warna Warni ini dirasmikan oleh wakil rakyat Lubuklinggau, Prana Putra Sohe pada bulan Mac 2017. Semenjak dikomersialkan, kampung ini tidak putus-putus menerima kunjungan pelancong tempatan serta pelancong asing.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved