amaran

Hotel Bajet di Bandar Baru Permas Jaya / Johor Jaya, Johor Bahru

Thy Executive Hotel

Bandar Baru Permas Jaya / Johor Jaya

8.7/10

Sangat Baik

Lavender Inn Permas Jaya

Bandar Baru Permas Jaya / Johor Jaya

8.6/10

Sangat Baik

Sunnie Hotel

Bandar Baru Permas Jaya / Johor Jaya

8.2/10

Sangat Baik

I Am Jazz Boutique Hotel

Bandar Baru Permas Jaya / Johor Jaya

8.6/10

Sangat Baik

Grand Dragon Hotel

Bandar Baru Permas Jaya / Johor Jaya

Lotus Hotel Johor Bahru

Bandar Baru Permas Jaya / Johor Jaya

LS Hotel

Bandar Baru Permas Jaya / Johor Jaya

Hotel Ria

Bandar Baru Permas Jaya / Johor Jaya

Grand World Hotel

Bandar Baru Permas Jaya / Johor Jaya

Okid Hotel

Bandar Baru Permas Jaya / Johor Jaya

Hotel Double Star

Bandar Baru Permas Jaya / Johor Jaya

8.2/10

Sangat Baik

Tentang

Bandar Baru Permas Jaya atau pendek dikenali sebagai Permas Jaya adalah kawasan perumahan dan kawasan perindustrian ringan. Ia terletak di Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru, dan diuruskan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru. Permas Jaya dipenuhi dengan kondominium, teres, tempat sukan dan rekreasi, Jaya Jusco dan banyak lagi. Selain itu, Permas Jaya mempunyai sedikit kehidupan malam yang meriah dan restoran-restoran yang menghidangkan masakan lazat, ada juga yang dimeriahkan dengan hiburan langsung. Terdapat juga kafe-kafe Cina. Selain itu, terdapat sebuah kuil yang popular yang dikenali sebagai kuil Vinayagar di sini dan ianya terletak di atas bukit dengan pemandangan panorama Johor Bahru dan Singapura. Disebabkan tempatnya yang strategik, di antara Johor Bahru dan Pasir Gudang, Permas Jaya adalah pilihan yang popular untuk masyarakat kelas profesional dan ahli perniagaan, terutamanya orang Cina dan Singapura tempatan, serta sebilangan kecil ekspatriat yang berpindah di sini. Bagi menampung peningkatan penduduk di kawasan itu, terdapat jambatan dan lebuh raya yang dibina untuk membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, terutamanya kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Pasir Gudang adalah masalah utama dan yang semakin membimbangkan. Kediaman di sini dibahagikan mengikut nombor seksyen yang berjumlah antara 1 hingga 15 dan seterusnya, berdasarkan fasa sesebuah seksyen itu dibina.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Bas

Untuk ke Permas Jaya dengan bas dari Kuala Lumpur, dapatkan tiket bas ke Larkin, Johor Bahru di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Perjalanan akan mengambil masa kira-kira empat jam. Dari Larkin Central, dapatkan teksi yang boleh membawa anda ke Bandar Baru Permas Jaya.

Menggunakan Kapal Terbang

Untuk menuju ke Permas Jaya dengan penerbangan dari Kuala Lumpur, sama ada dari Lapangan Terbang Subang atau KLIA2, dapatkan tiket penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di mana perjalanan akan mengambil masa selama satu jam. Dari Lapangan Terbang Senai, dapatkan teksi untuk membawa anda ke Permas Jaya. Perjalanan itu pula akan mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit.

Tarikan Pelancongan

Pasar Karat

Terletak di Jalan Segget, Bandar Johor Bahru, 80000, ini merupakan salah satu bazar malam yang terkenal di mana terdapat banyak gerai atau kios menjual pakaian yang bergaya dan unik serta buatan tangan, perhiasan tradisional, perkakas rumah yang murah dan banyak makanan jalanan yang lazat. Bazar malam ini adalah tempat lawatan wajib bagi mereka yang menjelajah Johor Bahru. Ia telah dikunjungi oleh bukan sahaja penduduk tempatan tetapi juga orang asing. Ia beroperasi setiap hari, dari jam 6 petang sehingga 12 tengah malam dari hari Isnin hingga Jumaat. Manakala, pada hari Sabtu dan Ahad ia beroperasi dari 7.30 pagi hingga 12 tengahari.

Johor Bahru City Square

Bertapak dengan strategik di tengah-tengah Johor Bahru dan hanya beberapa batu jauh dari pusat pemeriksaan imigresen, Johor Bahru City Square atau secara ringkas dikenali sebagai JBSC menjadi mercu tanda bandar Johor Bahru. Pusat membeli-belah terkenal ini menempatkan lebih daripada 300 peruncit jenama tempatan dan peruncit jenama antarabangsa menjual produk dari barangan rumah, pakaian sehinggalah restoran. Ia juga menempatkan sebuah pawagam besar yang akan sentiasa dibanjiri pada setiap kali sesebuah filem baru ditayangkan.

Hotel

I Am Jazz Boutique Hotel

Hotel ini terletak di 122 & 124, Jalan Permas 10, Bandar Baru Permas Jaya, 81750. Berdasarkan nama yang diberi, I Am Jazz Boutique Hotel, kita sudah tahu konsep hotel ini bertemakan muzik jazz. Terdapat gambar-gambar penyanyi jazz, beberapa alat muzik menghiasi bahagian dalaman hotel ini sejurus menjadikan hotel butik ini begitu menarik di mata para tetamu. Kebersihan dijaga dan dikekalkan dengan baik, keperluan tetamu diutamakan, hotel ini menerima pujian dari para tamu. Penginapan yang sangat selesa dan berpatutan, kadar biliknya bermula daripada RM106 semalam.

Lavender Inn Permas Jaya

Hotel ini terletak di 16, 17 & 18, Block B, Permas Mall, Jalan Permas Utara, Bandar Baru Permas Jaya, 81750. Ini merupakan antara hotel bajet yang disyorkan di sekitar Permas Jaya. Hotel ini memastikan ia menawarkan perkhidmatan hebat, penginapan yang selesa dan harga yang murah kepada para tetamu. Apa yang menarik sekali, hotel dua bintang ini mampu melengkapkan beberapa bilik terpilih dengan tab mandi yang menjadikan hotel ini setanding dengan hotel mewah lain. Kadar biliknya bermula daripada RM57 semalam di Traveloka.com.