Home
/
Flights
/
Puncak Jaya

Cheap flights to Puncak Jaya (SNK)

Tiket Pesawat Murah ke Puncak Jaya, Indonesia

Puncak Jaya atau juga dikenali sebagai Carstensz Pyramid adalah puncak tertinggi Gunung Jayawijaya yang terletak di sepanjang Banjaran Sudirman, yang boleh ditemui di Wilayah Puncak Jaya. Puncak Jaya adalah gunung tertinggi di seluruh Indonesia, serta gunung pulau tertinggi di planet ini dan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian sebanyak 4,884 meter. Wilayah Puncak Jaya yang mana gunung ini berada, dapat ditemukan di dataran tinggi pedalaman timur Wilayah Panial dan barat Wilayah Jayawijaya, yang diletakkan di bawah Provinsi Papua dengan enam buah subdaerah, 147 desa dan 147,000 orang penduduk yang ditempatkan di bawah pemerintahannya. Pusat pentadbiran wilayah ini adalah Bandar Mulia, yang juga merupakan pintu masuk utama ke kawasan tersebut.

Lapangan Terbang di Puncak Jaya

Lapangan Terbang Mulia

Lapangan Terbang Mulia adalah sebuah lapangan terbang yang berada di bandar Mulia, berfungsi sebagai pintu masuk utama ke wilayah yang memudahkan pengangkutan ke kawasan-kawasan lain di dalam wilayah tersebut. Dikenali dengan kod IATA LII, ia dibuka kepada orang awam sejak tahun 1970-an oleh para mubaligh dengan tujuan untuk menyebarkan agama Kristian di sekitar kawasan tersebut. Kemudian, lapangan terbang ini terus berkembang dan telahpun menjadi begitu penting pada masa kini, dengan kemudahan tambahan seperti terminal dan landasan berturap yang telah dibina. Walaupun tidak ada penerbangan terus ke lapangan terbang ini dari Kuala Lumpur, seseorang boleh cuba menaiki penerbangan ke lapangan terbang utama di Jakarta atau Medan sebelum menaiki penerbangan tempatan untuk ke sini.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Puncak Jaya?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Puncak Jaya. Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut anggaran bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Puncak Jaya.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Puncak Jaya?

Secara ideal, Puncak Jaya sememangnya sesuai untuk dilawati sepanjang tahun, namun terdapat masa-masa tertentu kurang sesuai berbanding yang lain. Contohnya, musim bukan puncak adalah pada bulan Februari yang merupakan bulan paling lembap di Puncak Jaya. Oleh itu, seseorang boleh menjangkakan kos perjalanan menjadi lebih rendah jika anda melakukan perjalanan pada bulan ini, yang pastinya akan menjimatkan banyak wang. Masa puncak untuk melawat Puncak Jaya biasanya sekitar tempoh dari bulan November hingga Januari, oleh itu anda boleh menjangkakan harga tiket dan penginapan untuk meningkat pada masa ini. Jika anda merancang perjalanan anda dengan baik, anda boleh menjimatkan wang anda kerana harga hotel dan penerbangan semasa musim puncak akan menelan lebih banyak belanja daripada biasa.

Puncak Jaya, seperti bandar-bandar dan kawasan berhampiran di sekitar Indonesia dan negara-negara jirannya, mempunyai iklim hutan hujan tropika mengikut klasifikasi iklim Koppen. Ini bermaksud tidak ada musim kering yang tertentu, atau musim kering kebiasaannya cenderung menjadi pendek, sementara hujan pula berlaku sepanjang tahun dengan curahan hujan yang cukup banyak. Suhu maksimum purata di Puncak Jaya sekitar 32 dan 35 darjah Celsius manakala suhu minimum purata adalah sekitar 23.4 dan 24.4 darjah Celcius. Bulan paling panas biasanya sekitar bulan-bulan April, Mei dan Jun.

Di Puncak Jaya juga, anda boleh mengambil bahagian dalam beberapa festival seperti mana yang diamalkan oleh penduduk setempat. Puncak Jaya sebagai sebahagian daripada Papua kebanyakannya didiami oleh penduduk yang mengamalkan agama Kristian. Oleh itu, mereka akan meraikan Hari Krismas sebagai perayaan utama mereka dan cuti umum, di samping sambutan-sambutan besar dalam ajaran Kristian seperti Hari Paskah. Tambahan lagi, ia juga memerhatikan cuti umum persekutuan seperti Hari Raya Aidilfitri yang biasanya disambut secara meriah di seluruh negara dan Hari Kemerdekaan.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Puncak Jaya?

Puncak Jaya – Gunung ini tidak memerlukan pengenalan lanjut apabila datang ke wilayah ini. Puncak Jaya atau Carstensz Pyramid pertama kalinya ditemui oleh penjelajah Belanda Jan Carstenszoon pada tahun 1623. Ia adalah salah satu pendakian yang lebih mencabar jika dibandingkan di antara Seven Summits, kerana terdapat glasier yang terletak di lereng Puncak Jaya. Kembara ke puncak memerlukan permit kerajaan dan kerjasama dengan pelbagai agensi tempatan untuk sampai ke kawasan tersebut.

West Northwall Firn – Merupakan sebuah badan glasial yang terdapat di Gunung Puncak Jaya pada ketinggian 4,600 meter, pada mulanya ianya adalah adalah Northwall Firth yang tunggal sebelum dipisahkan menjadi West Northwall Firn dan East Northwall Firn antara tahun 1936 dan 1962. Ia boleh dilihat ketika seseorang sedang berusaha mendaki Puncak Jaya dan pastinya merupakan sebuah pemandangan yang menakjubkan sekali.

Lorentz National Park – Lorentz National Park terdiri daripada kawasan hutan yang mengelilingi gunung Puncak Jaya, yang mana ianya telah dijadikan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia adalah taman negara terbesar di rantau ini dan merupakan tempat yang sempurna jika anda tidak berniat untuk mendaki gunung Puncak Jaya. Anda boleh sahaja datang ke sini untuk melakukan aktiviti ‘trekking’ dan melihat burung. Terdapat lebih daripada 630 spesies burung yang didokumentasikan di taman ini, yang mana ianya pasti merupakan faktor penarik bagi banyak pencinta burung.

Airline Partners

Domestic & International Airline Partners
We are partnering with various airlines across the globe to get you to wherever you need to be.

Payment Partners

We are partnering with the most reliable payment service providers to make sure every transaction is smooth and worry-free!

More Xperience in Puncak Jaya

Top Flight Routes