Bagasi Yang Didaftar Masuk |
---|
20 kg |
Bagasi Kabin |
---|
7 kg |
Tempoh Waktu Daftar Masuk |
---|
1 jam sebelum berlepas |
Citilink merupakan anak syarikat milik Garuda Indonesia. Ia ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai Unit Perniagaan Strategik (SBU) oleh Garuda Indonesia untuk menyediakan syarikat penerbangan kos rendah alternatif di Indonesia. Walau bagaimanapun, sejak 30 Julai 2012, Citilink telah beroperasi secara rasmi sebagai sebuah entiti perniagaan berasingan daripada Garuda Indonesia. Hari ini, Citilink terkenal sebagai salah satu syarikat penerbangan kos rendah yang terbaik di negara Indonesia.
Citilink hanya menyediakan Kelas Ekonomi tetapi dilengkapi dengan dua jenis tempat duduk, iaitu Tempat Duduk Hijau dan Tempat Duduk Biasa. Tempat Duduk Hijau merujuk kepada tempat duduk yang di barisan 1 hingga 5 dan ditandai dengan penyandar kepala yang berwarna hijau. Berbanding dengan Tempat Duduk Biasa, Tempat Duduk Hijau menawarkan ruang letak kaki yang lebih luas untuk keselesaan penumpang. Setiap penumpang dalam kelas ekonomi layak mendapat peruntukan bagasi percuma 20 kg. Penumpang boleh daftar masuk dari 2 jam sehingga 30 minit sebelum berlepas.
Citilink tidak menyediakan hidangan dalam penerbangan percuma kepada penumpang. Walau bagaimanapun, penumpang boleh membuat tempahan awal atau membeli secara terus di dalam pesawat. Hidangan dalam penerbangan Citilink pelbagai daripada dada ayam panggang dengan sos bechamel dan kentang dan spaghetti bolognese hingga nasi uduk dengan ayam panggang dan nasi ulam dengan daging goreng manis.
Citicyclink Community merupakan sebuah komuniti berbasikal khusus kepada penumpang Citilink. Setiap penumpang Citilink layak untuk menjadi ahli. Mereka hanya perlu mendaftar melalui laman web rasmi Citilink dan membayar fi keahlian tahunan sebanyak Rp250.000. Citicyclink Community menawarkan pelbagai keistimewaan seperti:
Tidak Tersedia
Tidak tersedia
Tidak Tersedia
Apabila Citilink mula beroperasi di Indonesia, pramugara dan pramugarinya memakai seragam yang agak kasual, iaitu baju Polo dan seluar pendek. Pada tahun 2011, sebagai sebahagian langkah daripada strategi penjenamaan semula Citilink, syarikat penerbangan ini menganjurkan satu pertandingan reka bentuk untuk pakaian seragam baharu. Reka bentuk yang memenangi pertandingan ini telah diperagakan oleh pramugara dan pramugari syarikat penerbangan Citilink sehingga hari ini. Berpegang teguh pada warna logo Citilink ini, warna pakaian seragam baharu yang dipakai oleh pramugari didominasi oleh warna hijau dengan sentuhan warna putih pada bahagian-bahagian tertentu. Pramugara pula memakai kemeja berjalur hijau sebagai pakaian seragamnya.
Kelas Penerbangan | Kelas Penerbangan | Bagasi Kabin | Bagasi Yang Didaftar Masuk |
Semua Laluan | Kelas Ekonomi | Maks. 7 kg (Dimensi: 56 x 36 x 23 cm) | Maks. 20 kg |
Maklumat waktu daftar masuk untuk semua penerbangan Citilink boleh didapati dalam jadual di bawah. Waktu daftar masuk mungkin berbeza jika penerbangan anda dikendalikan oleh rakan Citilink. Sila semak e-tiket untuk memastikan waktu daftar masuk anda.
Laluan Penerbangan | Waktu Daftar Masuk Yang Disarankan | Tempoh Waktu Daftar Masuk |
Semua laluan | 1 jam sebelum berlepas | 30 minit sebelum berlepas |
Daftar masuk dalam talian juga tersedia untuk penerbangan Citilink. Sila ikuti langkah-langkah berikut.
Secara umum, pembayaran balik boleh dibuat untuk sebab peribadi (pembatalan sendiri, sakit, kehamilan, atau kematian penumpang), pembatalan/penjadualan semula oleh syarikat penerbangan, force majeure, atau tempahan dua kali. Tetapi, hal ini bergantung pada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sila layari halaman Polisi Pembayaran Balik Citilink untuk maklumat lengkap.
Untuk mengubah jadual penerbangan, anda boleh menggunakan Easy Reschedule. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan pengubahan tarikh, waktu, laluan dan syarikat penerbangan, manakala sesetengah lagi hanya membenarkan pengubahan tarikh dan waktu.
Sila rujuk Terma & Syarat Penjadualan Semula Citilink untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai pengubahan jadual penerbangan anda. Jika penerbangan anda tidak dapat dijadualkan semula melalui Easy Reschedule, sila hubungi Citilink secara terus.
Citilink (Kod IATA: QG) merupakan anak syarikat Garuda Indonesia, pesawat nasional Indonesia. Citilink sering dikenali sebagai syarikat penerbangan yang lebih murah daripada Garuda Indonesia kerana tambangnya yang rendah. Citilink telah ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai Unit Perniagaan Strategik (SBU) untuk Garuda Indonesia. Walau bagaimanapun, pada Julai 2012, Citilink menerima Air Operation Certificate (AOC) daripada Kementerian Pengangkutan Indonesia yang membolehkannya beroperasi secara berasingan di Indonesia. Sijil ini menandakan era baharu pengurusan Citilink yang sebelum ini beroperasi di bawah pengurusan PT Garuda Indonesia, Tbk. Hari ini, Citilink mengendalikan 34 pesawat Airbus A320, masing-masing dengan kapasiti 180 tempat duduk. Citilink mempunyai 43 laluan penerbangan domestik yang disediakan di 23 bandar di Indonesia dengan 184 penerbangan harian. Ini telah membuktikan komitmen Citilink untuk meletakkan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan mereka. Komitmen syarikat penerbangan ini juga terbukti dengan penerimaan pelbagai anugerah seperti Leading Low-cost Airline 2011/2012 oleh Indonesia Travel and Tourism Foundation, Best Overall Marketing Campaign oleh The Budgies and Travel Awards 2012, dan Service to Care Awards for Airline Category oleh Markplus Insight selama 2 tahun berturut-turut (tahun 2012 dan tahun 2013). Sebagai syarikat penerbangan kos rendah, Citilink hanya menawarkan kelas ekonomi. Walau bagaimanapun, setiap tempat duduk dilapik bahan kulit supaya penumpang selesa untuk sepanjang penerbangan. Citilink tidak menyediakan hidangan dalam penerbangan percuma tetapi penumpang yang ingin mendapatkan hidangan lazat dalam penerbangan boleh membeli secara terus di dalam pesawat. Penumpang boleh juga membuat tempahan awal melalui laman web rasmi Citilink untuk menikmati diskaun 10%. Penumpang boleh memilih hidangan daripada pelbagai jenis menu, daripada dada ayam sos bechamel dengan kentang, spaghetti bolognese, hingga mi goreng sayur-sayuran dengan ayam panggang, nasi goreng dengan ayam panggang, nasi uduk dengan ayam panggang dan nasi ulam dengan sweet fried beef. Perkhidmatan hidangan dalam penerbangan adalah sebahagian daripada produk Citilink dipanggil Citilink Café. Salah satu keistimewaan yang ditawarkan oleh Citilink ialah Citicyclink Community, iaitu satu komuniti berbasikal khusus kepada penumpang. Mereka yang ingin menyertai sebagai ahli boleh mendaftar melalui laman web rasmi Citilink dan membayar fi keahlian sebanyak Rp250.000. Keahlian ini sah selama setahun. Dengan menyertai Citicyclink, ahli akan mendapat keistimewaan khas, seperti bagasi berdaftar percuma 20 kg untuk basikal mereka, e-surat percuma mengenai acara Citicyclink, kad ahli Citicyclink, diskaun 10% untuk Citilink Cars dengan menggunakan kod promosi yang dikemas kini setiap bulan dan dihantar kepada ahli melalui emel serta diskaun 10% bagi setiap pembelian di Citilink Store, PT Citilink Indonesia, tingkat 14, Jl. S. Parman Kavling 72, Slipi, Jakarta Barat. Setiap penumpang Citilink layak mendapatkan peruntukan bagasi percuma 20 kg bagi setiap penerbangan. Kru Citilink di darat akan membantu penumpang mendaftar masuk bagasi mereka semasa daftar masuk di lapangan terbang. Kaunter daftar masuk Citilink dibuka daripada dua jam sehingga 30 minit sebelum waktu berlepas. Penumpang juga dibenarkan membawa dua barangan peribadi ke dalam kabin. Kedua-dua barangan tersebut mestilah tidak melebihi 7 kg dan salah satu daripadanya harus tidak melebihi saiz 56 cm x 36 cm x 23 cm agar dapat disimpan dalam ruang simpanan di atas tempat duduk. Barangan yang satu lagi pula mestilah tidak melebihi saiz 115 cm kerana ia perlu diletakkan di bawah tempat duduk di hadapan penumpang. Citilink juga menawarkan produk lain untuk memberikan kemudahan kepada penumpang sepanjang perjalanan mereka. Contohnya, Citilink Shield merupakan insurans perjalanan yang menawarkan jaminan keselamatan dengan harga bermula dari Rp25.000 bagi penerbangan domestik dan Rp27.000 bagi penerbangan antarabangsa. Ini akan melindungi penumpang yang mengalami kemalangan, kehilangan bagasi atau penangguhan penerbangan. Tersedia untuk semua penumpang yang berumur antara 2 hingga 75 tahun, penumpang bayi yang berumur antara 9 hari hingga 2 tahun yang menaiki pesawat dengan pemegang tiket dewasa boleh menikmati perlindungan percuma tertentu. Setelah insurans diaktifkan, ia tidak boleh diubah, dibatalkan atau dibayar balik. Citilink juga menawarkan Citilink Merchant dengan kerjasama antara Citilink dan pelbagai peniaga di bandar-bandar di Indonesia. Di Bali, contohnya, Citilink bekerjasama dengan Hotel Lorin New Kuta. Hanya dengan menunjukkan pas masuk Citilink, penumpang Citilink akan mendapat diskaun 60% di hotel tersebut. Di Surabaya, pelanggan boleh mendapat diskaun 20% untuk tiket masuk ke Taman Karnival Suroboyo dengan menunjukkan pas masuk Citilink mereka. Citilink juga bekerjasama dengan beberapa tarikan pelancong dan salun spa.
Berpusat di Sidoarjo, Jawa Timur, PT Citilink Indonesia ialah sebuah anak syarikat rasmi Garuda Indonesia. Pada awal penubuhannya, 67% saham Citilink dimiliki oleh PT Garuda Indonesia (Persero), Tbk, manakala 33% saham lagi milik PT Aerowisata. Pada mulanya, Citilink merupakan Unit Perniagaan Strategik (SBU) Garuda Indonesia dan dengan itu, telah beroperasi di bawah Air Operation Certificate (AOC) Garuda Indonesia dengan menggunakan nombor penerbangan Garuda Indonesia. Walau bagaimanapun, pada tahun 2012, saham syarikat penerbangan ini telah beralih dengan PT Garuda Indonesia (Persero), Tbk memiliki 94.3% dan PT Aerowisata memiliki 5.7%. Sehingga Julai 2012, Citilink telah mengendalikan sembilan penerbangan domestik yang menghubungkan Jakarta ke Surabaya, Denpasar, Medan, Banjarmasin, Balikpapan, dan Batam. Dalam tempoh yang sama, Citilink juga mengendalikan penerbangan dari Surabaya ke Balikpapan, Banjarmasin, Denpasar, dan Makassar. Namun, bilangan laluan penerbangan Citilink masih terhad, kebanyakannya disebabkan oleh tumpuan kepada penjenamaan Garuda Indonesia sebagai syarikat penerbangan premium. Walau bagaimanapun, antara tahun 2011 hingga tahun 2012, syarikat penerbangan ini mengalami perubahan ketara lalu mendorong Garuda Indonesia memberi keutamaan pada pembangunan dan pengembangan Citilink. Sepanjang tahun 2012, Citilink menumpukan pada penjenamaan semula. Hampir semua aspek yang berkaitan dengan Citilink telah diperbaharui, Daripada warna korporat, logo, ibu pejabat dan pejabat jualan hingga bahagian dalaman pesawat dan pakaian seragam pramugara dan pramugari. Pilihan warna hijau sebagai warna Citilink telah diilhamkan oleh warna korporat Garuda Indonesia, iaitu biru, hijau, jingga, dan perak. Hijau dipilih kerana ia dikaitkan dengan elemen dinamisme, belia dan pertumbuhan. Pada November 2012, Citilink melancarkan satu laman web rasmi dengan reka bentuk baharu, sebuah lagu tema “Terbang Tinggi Untuk Indonesia” (“Fly High for Indonesia”) yang dipersembahkan oleh kumpulan muzik Indonesia Nidji, insurans perjalanan yang dipanggil Citilink Shield, dan Citilink Hotels, perkhidmatan tempahan hotel melalui laman web Citilink yang disokong oleh Agoda.com. Walau bagaimanapun, pembangunan dan peningkatan kualiti Citilink tidak berhenti di situ sahaja. Pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2013, Citilink memperluaskan rangkaian jualannya. Untuk menyokong strategi tersebut, syarikat penerbangan ini bekerjasama dengan Telkomsel dan pelbagai kedai runcit lain untuk menjual tiket penerbangan. Dalam tempoh itu, sebanyak 40-50% daripada jualan tiket Citilink didominasi oleh ejen pelancongan, manakala 28%-30% daripada tiket telah dijual melalui laman web Citilink atau saluran dalam talian yang lain. Jualan tiket selebihnya, iaitu lebih kurang 20% adalah daripada pusat panggilan Citilink, pejabat jualan Citilink dan Kiosk Citilink di jalan raya. Untuk menyokong pengembangan rangkaian syarikat penerbangan ini pada tahun 2013, Citilink memperluaskan liputan ke 31 laluan penerbangan domestik di 22 destinasi dengan kekerapan sebanyak 140 penerbangan setiap hari. Pada tahun 2013, Citilink telah mengendalikan pesawat turboprop buat kali pertama yang membolehkannya melakukan penerbangannya ke bandar-bandar yang lebih kecil. Pada tahun 2015, Citilink mengumumkan Initial Public Offering (IPO) yang menawarkan sahamnya kepada orang ramai. Dengan pelaksanaan IPO, Citilink berhasrat untuk menjadi lebih profesional dan telus yang akan bantu meningkatkan pembiayaannya. Garuda Indonesia telah mempraktikkan strategi yang sama dan telah terbukti berjaya. Perkembangan Garuda Indonesia secara berterusan selepas pelaksanaan IPO adalah hasrat yang ingin dicapai oleh Citilink. Pada 23 Januari 2017, Citilink secara rasminya telah membuka laluan penerbangan ke Jayapura dan mendapat sambutan positif orang ramai. Seminggu sebelum penerbangan pertama, syarikat penerbangan ini telah menjual 70% daripada tempat duduk yang disediakan. Laluan ini bukan sahaja menjadi laluan pertama Citilink ke Papua, tetapi juga penerbangan yang paling lama sehingga hari ini. Laluan baharu ke Kangar juga menandakan satu langkah penting dalam pengembangan Citilink ke Indonesia Timur. Citilink menyasarkan untuk menghubungkan semua kawasan di Indonesia dari Aceh ke Papua dengan penerbangannya satu hari nanti.
Berikut ialah cara menempah tiket Citilink secara dalam talian:
Pembayaran untuk tiket Citilink anda boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Tunai di Kaunter.
Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, sila layari halaman Cara Membayar.
E-tiket Citilink ialah bukti tempahan penerbangan Citilink. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter Citilink di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.
Call Center 24 Hour:
+628041080808
Agent Support Citilink
(021) 2934 1014
Partner Operation
(021)2934 1000
Customer Care Portal Citilink
https://contact.citilink.co.id