Total Accommodation | 58 Properties |
Popular Region | Brunei Muara, Belait |
Popular Hotel | The Empire Brunei, StarLodge |
Jika anda berada di Brunei, anda juga boleh melawati Temburong, Tutong, Brunei Muara, Belait
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah The Empire Brunei, StarLodge, The Rizqun International Hotel, Badi'ah Hotel, Times Hotel, The Centrepoint Hotel, The Capital Residence Suites, Jeruton Hotel, D'Anggerek Serviced Apartment, Sea View Resort Hotel & Apartments.
Buat masa ini, terdapat sekitar 58 hotel yang boleh anda tempah di Brunei
Brunei atau secara rasminya lebih dikenali sebagai negara Brunei Darussalam, adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di kawasan pantai utara Kepulauan Borneo yang berada di benua Asia Tenggara. Walaupun kawasan pantainya akan menghadap ke arah Laut China Selatan, di bahagian darat, kebanyakan kawasan Brunei akan menghadap bahagian-bahagian di Sarawak, iaitu sebuah negeri di Malaysia.
Ibu negara Brunei ialah Bandar Seri Begawan yang dahulunya dikenali sebagai Bandar Brunei. Bandar ini dinamakan semula sebagai Bandar Seri Begawan sejak tahun 1970 untuk memperingati Sultan Omar Ali Saifuddien III yang memegang gelaran "Seri Begawan" ketika baginda dengan rela mengosongkan tampuk pemerintahan untuk memberi laluan kepada putera sulungnya, Hassanal Bolkiah. Bandar ini bersaiz 100.36 kilometer persegi dan mempunyai jumlah penduduk yang dianggarkan sekitar 279, 924 orang sahaja. Bandar ini mula melihat dan menikmati perkembangan pesat selepas Perang Dunia Kedua di mana ia menerima peruntukan besar daripada kerajaan British untuk membina semula infrastruktur yang dimusnahkan dengan teruk sekali sewaktu pendudukan Jepun. Kemudian susulan perkembangan industri minyak dan gas terus memacu aktiviti pengkomersilan dan mengubah ibu negara Brunei ini dengan sekian banyaknya bangunan yang didirikan di samping sebuah pusat perniagaan yang dimajukan untuk memacu aktiviti ekonomi. Di Bandar Seri Begawan ini, terletaknya Istana Nurul Iman di mana kebanyakan aktiviti pemerintahan kerajaan dijalankan di sini, sementara istana tersebut telahpun diiktiraf sebagai istana kediaman terbesar yang seumpamanya di dunia oleh Guiness World Records.
Dikatakan bahawa Brunei diasaskan oleh Awang Alak Betatar yang kemudiannya dikenali sebagai Sultan Muhammad Shah. Sedang dia berpindah dari Garang di Temburong ke kawasan muara Sungai Brunei, legenda mengatakan dia dengan segera menempik "Baru nah!". Berdasarkan kata-kata inilah maka datangnya asal nama negara Brunei. Menjelang abad ke-15, negara Brunei kemudian menjadi sebuah negara Islam, selepas Rajanya memeluk Islam kerana interaksi dengan orang Muslim India dan pedagang Arab yang datang ke Brunei untuk berdagang. Empayar Brunei kemudiannya terus berkembang untuk mengawal kawasan Borneo Utara dan menjadi hab penting bagi pelbagai aktiviti perdagangan di Timur dan Barat. Pada puncak kekuasannya, Empayar Brunei berjaya menguatkan pengaruhnya di Borneo serta merebut kawalan terhadap Seludong atau dikenali sebagai Manila pada hari ini dan Kepulauan Sulu.
Ketika orang Eropah mula mengembangkan usaha penjajahan mereka dan mengakhiri kekuasaan kerajaan serantau, Brunei, yang mengalami sedikit kemelut akibat pergelutan kuasa, terus merudum. Ini dilihat sebagai satu peluang besar oleh orang Sepanyol yang berjaya menakluk Manila dan kemudian mengisytiharkan perang pada 1578 untuk menawan Kota Batu yang merupakan ibu negara Brunei pada masa itu. Kemudian pada tahun 1846, Brunei diserang oleh Britain yang mengambil kesempatan daripada konflik dalaman Brunei yang berterusan. Pada tahun 1880an, kawalan Sarawak diserahkan sepenuhnya kepada James Brooke yang kemudiannya menjadi Rajah Sarawak, beliau kemudiannya mengambil banyak kawasan tanah dari Empayar Brunei. Pengambilan akhir yang berlaku pada tahun 1890 kemudian akan meninggalkan Brunei dengan saiz tanah semasa yang kekal sehingga hari ini. Brunei kemudian diserang oleh Jepun pada 1941 sebelum pengambilalihan oleh British Military Administration. Usaha-usaha pemodenan berterusan selepas Perang Dunia II akhirnya membawa kepada Brunei berjaya meraih kemerdekaan dari United Kingdom pada tahun 1984.
Pada masa kini, Brunei mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasminya, di mana dialek tempatan Melayu Brunei diamalkan secara meluas di sekitar negara ini. Ini merupakan sesuatu yang semulajadi apatah lagi mengenangkan kebudaayan Brunei yang sememangnya berunsurkan Melayu sejak zaman dahulu. Pada masa yang sama, Bahasa Inggeris juga digunakan sebagai bahasa perniagaan dan urusan rasmi, manakala minoriti Cina di Brunei akan bercakap pelbagai bahasa Cina. Di samping itu, bahasa Arab juga diajar di sekolah agama dan institusi pengajian tinggi kerana ia adalah bahasa agama umat Islam di negeri ini. Sebahagian besar penduduk Islam di Brunei pasti akan mempunyai pengalaman belajar bahasa Arab secara formal mahupun tidak formal dalam perjalanan hidup mereka.
Sama seperti mana-mana negara lain, Brunei mempunyai varian makanan dan minumannya yang tersendiri dan unik. Memandangkan lokasi geografinya, hidangan di Brunei tidak ragu-ragu lagi sangat dipengaruhi oleh negara-negara jiran Malaysia, Singapura dan India, dengan sentuhan dari India, China, Thailand dan Jepun. Ikan dan nasi adalah bahan makanan utama, manakala daging babi dan wain juga seboleh mungkin dihindari memandangkan demografi majoriti yang merupakan penduduk Islam, namun terdapat juga premis yang menyediakannya khusus untuk pelancong dan minoriti bukan Islam juga. Kepedasan juga merupakan unsur penting yang terdapat dalam makanan di sini, oleh itu bersiap-sedialah untuk membawa air yang banyak untuk memastikan diri terus terhidrat. Hidangan popular di sini adalah Nasi Katok, di mana hidangannya terdiri daripada nasi putih biasa, ayam goreng dan sambal, hidangan pedas yang dibuat dari cabai tanah dan banyak bahan-bahan tambahan seperti udang kering dan sebagainya. Sementara itu, pencuci mulut istimewa di sini adalah ambuyat, yang merupakan bebola kanji sagu tanpa rasa.
Tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Brunei biasanya akan memakan kos sekitar RM 300 hingga RM 750 untuk setiap kepala dan ini bergantung kepada syarikat penerbangan pilihan serta tarikh penerbangan. Sebaik sahaja anda melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, terdapat pelbagai jenis pengangkutan seperti teksi dan bas untuk membawa anda ke kota.
Sementara itu, jika anda datang ke Brunei dengan jalan darat, memandu dari negeri-negeri Malaysia iaitu Sarawak dan Sabah kini menjadi mudah kerana kewujudan Lebuhraya Pan Borneo. Lebuh raya yang sama boleh digunakan untuk perkhidmatan bas yang masuk dan keluar dari Brunei yang biasanya dikendalikan oleh Jesselton Express untuk pelbagai perjalanan menuju ke Sabah dan PHLS untuk pelbagai perjalanan ke Miri. Perhatikan bahawa terdapat dua kawasan masuk untuk bahagian-bahagian utama Brunei, satu dari Miri di Sungai Tujuh dan satu lagi dari Limbang di Kuala Lurah, di mana mereka akan mempunyai pusat pemeriksaan imigresen yang lengkap. Sesetengah negara dibenarkan memasuki Brunei tanpa visa untuk tempoh yang terhad selagi pasport yang sah dikeluarkan di pusat-pusat pemeriksaan ini.
Ia masih lagi merupakan sesuatu yang mudah untuk meneroka sekitar negeri dengan cara pengangkutan darat dan mendapatkan pengangkutan juga adalah agak mudah.
Jika pelancong ingin datang ke Brunei dengan bot, perhatikan bahawa terdapat perjalanan feri ke dan dari Lawas dan Sundar dari Sarawak, serta Wilayah Persekutuan Labuan. Dari tempat-tempat ini, destinasi di Brunei akan menjadi Terminal Feri Serasa di Muara, yang pastinya merupakan terminal feri utama Brunei. Dari terminal itu, jarak ke ibu kota, Bandar Seri Begawan adalah kira-kira 25 kilometer, di mana terdapat perkhidmatan bas yang menyediakan akses ke bandar dari kawasan terminal. Terdapat juga van pelancongan dan teksi yang menyediakan khidmat yang serupa.
Rasanya tidak lengkap untuk datang ke Brunei tanpa bersiar-siar untuk menghayati dan menghargai bandar dan susunaturnya. Bandar Seri Begawan mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi dan sukar untuk dilepaskan apatah lagi ketika sedang berjalan-jalan di sekitar bandar, seperti Masjid Omar Ali Saifuddien yang merupakan struktur tertinggi di kawasan pusat bandar, Muzium Royal Regalia yang menempatkan pelbagai pameran yang terdiri daripada perhiasan milik kerajaan dan Raja, serta Tamu Kianggeh yang merupakan pasar tempatan yang terletak berhampiran sungai di samping kawasan tepi pantai yang menarik.
Bercakap tentang ekopelancongan, banyak kegiatan ekopelancongan di Brunei ini tertumpu di daerah Temburong yang sebahagian besarnya masih lagi dipelihara. Di daerah inilah di mana Taman Negara Belalong terletak, di mana terdapat kanopi untuk berjalan kaki dan pusat penyelidikan yang membolehkan pengunjung memupuk hubungan rapat dengan alam semula jadi. Terdapat beberapa pusat peranginan berdekatan yang juga menawarkan pakej untuk meneroka hutan hujan di sini. Di samping itu, terdapat juga pelancongan pelayaran Sungai Tutong, yang merupakan aktiviti yang agak baru untuk dicuba di sini. Disediakan oleh Sunshine Borneo Tours and Travel, pelayaran itu membolehkan seseorang memahami lebih baik tentang ekologi bakau dan usaha pemuliharaan yang berkaitan, serta peluang untuk mendekati haiwan yang sememangnya berasal dari kawasan tersebut seperti monyet Proboscis.
Menyelam skuba pastinya adalah idea yang hebat untuk dilakukan di Brunei, kerana ia mempunyai beberapa tempat menyelam yang menarik terima kasih kepada suhu air yang suam-suam yang memberikan penglihatan menyelam yang baik. Penyelam yang kental dapat memastikan bahawa terumbu karang di sini pastinya lebih cantik dan tidak tersentuh memandangkan aktiviti menyelam skuba di sini tidak terlalu dimajukan di sini. Kebanyakan tempat menyelam ini akan terdiri daripada bangkai kapal seperti Blue Wreck Water, Wreck Cement, Wreck Australia, Dolphin 88 Wreck dan juga Rig Reef. Setiap daripada struktur ini kini menjadi tukun kepada pelbagai jenis spesies ikan. Di Poni Divers, kadar harga untuk menyelam juga berpatutan, dengan harga purata antara BN $ 35-45 untuk setiap kali menyelam.
Terletak kira-kira 20 kilometer jauhnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hotel tiga bintang ini tidak jauh dari kawasan pantai, ekopelancongan dan kelab-kelab golf. Tanpa ragu-ragu lagi, ia adalah tempat yang ideal jika anda ingin menghabiskan percutian anda di kawasan yang sedikit jauh dari bandar.
Hotel bertaraf dua bintang ini merupakan tempat yang sesuai untuk meneroka sekitar Bandar Seri Begawan. Dengan lokasinya yang sangat dekat dengan pusat bandar, ia menyediakan kemudahan akses ke beberapa tarikan pelancong yang sangat kerap dikunjungi. Mencari jalan di sekitar bandar ini tidak pernah menjadi lebih mudah jika anda memilih hotel ini untuk menginap semasa percutian Brunei anda.
Penginapan ini pastinya menyediakan kualiti penginapan yang lebih eksklusif, dengan kemudahan dan perkhidmatan yang sangat baik yang mengiringi bilik-bilik yang selesa yang ditawarkan mereka. Sesuai untuk pelancong perniagaan yang datang ke mari untuk bekerja, hotel ini mengutamakan penginapan yang berkualiti dan sentiasa mendapat penarafan yang baik.
Penginapan ini pastinya menyediakan kualiti penginapan yang lebih eksklusif, dengan kemudahan dan perkhidmatan yang sangat baik yang mengiringi bilik-bilik yang selesa yang ditawarkan mereka. Sesuai untuk pelancong perniagaan yang datang ke mari untuk bekerja, hotel ini mengutamakan penginapan yang berkualiti dan sentiasa mendapat penarafan yang baik.