Shanghai merupakan salah satu daripada empat perbandaran di bawah kawalan langsung oleh Republik China. Shanghai juga merupakan sebuah bandar di China. Mengikut banci yang dijalankan pada tahun 2017, Shanghai mempunyai penduduk 24.18 juta. Shanghai juga merupakan bandar terbesar di China mengikut kadar penduduknya. Shanghai juga merupakan bandar kedua paling ramai penduduk di dunia. Shanghai juga merupakan pusat kewangan global dan hab pengangkutan. Pelabuhan kontena tersibuk di dunia juga terletak di Shanghai. Shanghai bersempadan dengan beberapa wilayah seperti wilayah Jiangsu dan wilayah Zhejiang ke Selatan, Timur dan Barat. Shanghai juga terletak berhampiran dengan Laut China Selatan ke Timur. Shanghai terkenal dengan latar langit Lujiazui yang terkenal, muzium dan bangunan bersejarah.
Shanghai memiliki dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao dan Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong. Kedua-dua lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang yang melayani Shanghai. Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao terletak di daerah Changning berhampiran dengan bandar Hongqiao. Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong terletak lebih jauh ke pusat bandar berbanding dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao. Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao hanya terletak 13 Barat dari pusat bandar Shanghai. Sekiranya anda ingin berkunjung ke Shanghai dari Malaysia, anda boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke mana-mana lapangan terbang yang terdapat di Shanghai sama ada Lapangan Terbang Shanghai Hongqiao mahu pun Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Shanghai seperti Cathay Pacific, Xiamen Air, Malaysia Airlines dan juga AirAsia X. Anda boleh memilih mana-mana penerbangan yang terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, hanya Malaysia Airlines dan AirAsia X yang menyediakan penerbangan terus ke Shanghai.
Sistem pengangkutan awam di Shanghai adalah sangat baik. Anda boleh pergi kemana-mana destinasi dengan mudah sekiranya anda berkunjung ke Shanghai. Anda boleh membeli Kad Pengangkutan Awam Shanghai setibanya anda di Shanghai. Kad ini boleh digunakan untuk semua pengangkutan awam di Shanghai.
Shanghai mempunyai sistem kereta api yang sangat baik seperti Shanghai Metro. Shanghai Metro ini merupakan kereta api yang menggabungkan kereta api bawah tanah dan jalur metro ringan. Jaringan Shanghai Metro ini sangat luas daripada kawasan bandar hingga ke pinggir bandar. Terdapat 16 laluan metro pada tahun 2017 tidak termasuk kereta api Maglex dan kereta api Jinshan. Shanghai Metro mempunyai 395 stesen yang meliputi kawasan sepanjang 673 km. Ia merupakan rangkaian terpanjang di dunia. Rekod pengguna Shanghai Metro adalah sebanyak 11.7 juta penumpang dalam masa sehari pada 31 Disember 2016. Selain daripada stesen Shanghai Metro, Shanghai juga mempunyai empat stesen kereta api utama yang beroperasi untuk keluar bandar mahu pun dalam bandar seperti stesen keretapi Shanghai, Shanghai Selatan, Shanghai Barat dan Shanghai Hongqiao.
Kesemua setesen kereta api ini mempunyai sambungan ke stesen Shanghai Metro. Stesen Shanghai Hongqiao juga beroperasi sebagai stesen terminal bagi tiga laluan keretapi laju isiatu laluan Beijing – Shanghai, Shanghai – Kunming dan Shanghai – Nanjing.
Shanghai juga mempunyai jaringan laluan bas bandar yang terluas di dunia. Bandar Shanghai ini mempunyai hampir seribu laluan bas yang dikendalikan oleh beberapa syarikat pengangkutan.
Perkhidmatan taxi juga sangat efisien di bandar Shanghai ini. Anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk bergerak kemana-mana destinasi yang anda ingin pergi.
Bandar Shanghai ini juga dihubungkan oleh dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong dan Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao.
Adalah kawasan tepi laut di yang terletak di pusat bandar Shanghai. Bund ini terletak di sepanjang tebing Barat Sungai Huangpu di bahagian Timur daerah Huangpu. Anda akan dihidangkan dengan pemandangan yang menakjubkan apabila anda melawat The Bund kerana tempat ini terletak menghadap pencakar langit moden Lujiazui. Tempat ini adalah salah satu destinasi pelancongan terkenal di Shanghai.
Adalah salah satu taman terkenal di Shanghai. Taman Yu ini adalah taman Cina yang terletak di sebelah City God Temple. Ia terletak di Timur Laut Shanghai Old City. Ia terletak di Huangpu Qu, Shanghai Shi. Anda boleh mengambil Line Metro Shanghai 10 dan berhenti di Stesen Taman Yuyuan untuk sampai ke Yu Garden.
jalan ini merupakan jalan membeli-belah utama di Shanghai. Ia juga merupakan salah satu jalan membeli-belah yang paling sibuk di dunia. Anda mesti melawat Nanjing Road ini semasa anda berada di Shanghai. Anda boleh mencari pelbagai barangan di sini.
Shanghai mempunyai siri hotel yang sangat mewah dan ekslusif. Antaranya adalah Shanghai Marriott Hotel. Hotel ini terletak di kawasan yang sangat strategik kerana ia berada hanya 7 minit berjalan kaki ke Stesen Metro People’s Square. Hotel yang sangat cantik ini juga terletak hanya 6 km daripada Menara Pearl Oriental yang juga merupakan destinasi tarikan pelancong.
Sekiranya anda berkunjung ke Shanghai dengan kumpulan yang besar, anda boleh menetap di Shanghai Rock & Wood International Youth Hostel. Ia merupakan hostel yang sangat baik kerana ia terletak hanya 8 minit berjalan kaki ke stesen keretapi bawah tanah.
Total Accommodation | 8,752 Properties |
Popular City | Pudong, Huangpu |
Popular Hotel | Crowne Plaza SHANGHAI NANJING ROAD, an IHG Hotel, Conrad Shanghai |
Popular Landmark | Jalan Nanjing, The Bund |