Jauh lebih baik berbanding kali pertama ke sini dulu. Check in berlangsung lancar kerana sudah ada rekod menginap. Paling suka, bilik airnya. Kalau datang dengan family tak berebut nak mandi sebab terbahagi dua ruang berlainan pintu, bath tub dan shower. Cuma tilam dan bantalnya boleh dipertingkatkan, agak kurang empuk untuk hotel setarafnya. Saya juga suka rekaan ruang seterika dan ruang pantry yang tersorok.