Sri Lanka adalah sebuah negara pulau yang terletak di Asia Selatan di Lautan Hindi. Negara ini diapit oleh Teluk Bengal di Timur Laut dan Laut Arab di Barat lautnya. Sri Lanka juga terletak di bahagian Tenggara India yang dipisahkan oleh Teluk Mannar dan Selat Palk. Ibu kota negara pulau yang indah ini adalah Sri Jayawardenepura Kotte yang terletak di pinggir sebuah bandaraya terbesar di Sri Lanka, metropolis Colombo.
Sejarah Sri Lanka telah bermula semenjak seawal 125 ribu tahun yang lalu, dengan bukti penempatan manusia prasejarah. Negara ini telah mula mendokumentasikan sejarah yang merangkumi lebih dari tiga ribu tahun sehingga tidak lagi menghairankan dengan kekayaan warisan dan budaya yang dimiliki oleh Sri Lanka. Negara tersebut juga menjadi tempat di mana tulisan Buddha pertama, Pali Canon, dijumpai. Tulisan ini dianggarkan telah dihasilakn sekitar tahun 29 Sebelum Masihi dan mungkin dimiliki oleh Majlis Buddha Keempat. Lokasi geografi Sri Lanka telah meletakkanya di tengah-tengah laluan Jalan Sutera Purba dan Jalan Maritim Sutera Moden. Ini telah memberikan Sri Lanka kelebihan dalam aktiviti perdagangan.
Semasa pemerintahan kolonial British di negara ini, Sri Lanka dikenali sebagai Ceylon. Penggulingan pemerintahan British berlaku pada awal abad ke-20 setelah muncul sebuah gerakan politik nasional. Pergerakan ini telah membawa kemerdekaan ke negara ini pada tahun 1948. Pada tahun 1972, negara tersebut telah menjadi sebuah republik dan mula menggunakan nama Sri Lanka untuk menggantikan nama lamanya, Ceylon. Setelah kemerdekaan daripada pemerintahan British, Sri Lanka berada dalam sebuah peperangan sivil yang berlangsung selama hampir 30 tahun, antara kumpulan Liberation Tigers of Tamil Eelam dan tentera Sri Lanka. Liberation Tigers of Tamil Eelam, yang juga dikenali sebagai Harimau Tamil, mahu mewujudkan sebuah negara Tamil bebas di Utara dan Timur kepualaun itu. Kumpulan Tigers Tamil ini telah dikalahkan oleh tentera Sri Lanka pada tahun 2009 dan hal ini menyebabkan perang tersebut.
Colombo, sebuah metropolis yang di Sri Lanka, adalah bandar terbesar di negara ini. Ia adalah ibu kota komersial Sri Lanka dengan sebuah pelabuhan besar. Lokasinya sangat strategik kerana terletak di sepanjang laluan perdagangan laut Timur-Barat. Colombo merupakan ibu negara Ceylon ketika negara itu berada di bawah pemerintahan Kerajaan British pada tahun 1815 sehinggalah tahun 1948, di mana negara tersebut mencapai kemerdekaan. Walau bagaimanapun, urusan pentadbiran telah dipindahkan ke kawasan Sri Jayawardenepura Kotte yang terletak di pinggir bandar. Colombo pula ditinggalkan untuk dijadikan sebagai ibu kota komersial negara. Sri Lanka adalah salah satu negara di dunia yang mempunyai banyak ibu negara. Kedua-dua ibu kota pentadbiran dan komersial ini masih lagi terletak di daerah Colomb, iaitu ibu kota pentadbiran berada di pinggir bandar Colombo dan ibu kota komersial masih tetap di dalam bandar. Sri Lanka juga merupakan negara berdemokrasi tertua di benua Asia.
Pada 2017, dianggarkan bahawa Sri Lanka mempunyai penduduk sebanyak 22.4 juta orang. Rakyat Sri Lanka terbahagi kepada empat kumpulan etnik utama, iaitu Sinhala, Sri Lanka Tamil, Sri Lanka Moors dan India Tamil. Salah satu bahasa utama di Sri Lanka ialah bahasa Sinhala kerana orang-orang Sinhala membentuk kumpulan etnik terbesar di negara ini. Tamil juga merupakan bahasa rasmi di Sri Lanka kerana penutur bahasa Tamil membentuk kumpulan kedua terbesar di negara ini. Sri Lanka berkomunikasi bahasa Inggeris sebagai bahasa asing utama. Ketiga-tiga bahasa ini dilihat ditulis bersama-sama pada papan tanda jalan dan sebagainya. Kebanyakan penduduk di Sri Lanka menganuti agama Buddha. Ramai juga penduduk di Sri Lanka yang menganuti agama Hindu, Islam dan Kristian. Walaupun terdapat lebih banyak penduduk yang beragama Buddha di negara ini, Hindu dikatakan telah tiba di Sri Lanka terlebih dahulu. Islam datang ke Sri Lanka pada abad ke-7 dan agama ini dibawa ke kepulauan tersebut oleh para pedagang Arab sementara agama Kristian pula memasuki Sri Lanka melalui penjajah-penjajah Barat pada awal abad ke-16.
Masakan Sri Lanka adalah sesuatu yang setiap pelancong harus cuba. Hidangan mereka telah dipengaruhi dengan banyak faktor sejarah dan kebudayaan. Masakan mereka ini telah berkembang di sekeliling kumpulan etnik dan negara jiran seperti India, Indonesia dan juga Belanda. Masakan di masakan Sri Lanka biasanya berasaskan nasi, kelapa dan rempah-ratus. Rempah-ratus telah menjadi sebahagian dari sejarah Sri Lanka kerana negara tersebut adalah salah satu pengeluar dan pedagang rempah terbesar selama beberapa abad.
Harga untuk sebuah tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike, Colombo Sri Lanka bermula dari RM 457. Rakyat Malaysia yang ingin melawat dan bercuti di Sri Lanka dikehendaki memohon visa pelancong sebelum memulakan perjalanan ke sana. Jika tidak, bayaran tambahan sebanyak USD 5 akan dikenakan semasa memohon visa pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike di atas USD 20 untuk harga visa. Penerbangan ke sana akan mengambil masa kira-kira tiga jam setengah untuk tiba. Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike di Sri Lanka ini terletak di pinggir kota Negombo, kira-kira 33 kilometer dari pusat metropolitan Colombo. Perjalanan dari lapangan terbang ke pusat metropolitan akan mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan dengan menggunakan kereta. Terdapat juga perkhidmatan bas yang beroperasi setiap lima belas minit dari lapangan terbang ke pusat metropolitan.
Dari segi sektor pelancongan, Sri Lanka menawarkan banyak keindahan semula jadi yang memukau walaupun ia adalah sebuah negara pulau kecil. Negara ini kaya dengan biodiversiti dan pelbagai kehidupan liar. Negara ini dinilai sebagai salah satu zon panas biodiversiti di dunia. 7% tanah Sri Lanka telah diwartakan sebagai taman negara. Orang awam dialu-alukan untuk melihat dan mengkaji hidupan liar di taman-taman negara di Sri Lanka. Taman negara juga menjadi salah satu tempat pelancongan utama di negara tersebut. Terdapat lebih daripada dua puluh taman negara di pulau itu, setiap satu mempunyai ciri unik mereka sendiri. Taman Negara Yala yang terletak di Tenggara pulau ini, adalah salah satu taman negara yang paling banyak dilawati dan kedua terbesar di Sri Lanka. Taman Negara Yala ini mempunyai jumlah kepadatan harimau bintang untuk setiap kilometer persegi tertinggi di dunia. Taman Negara Minneriya di Timur Laut Colombo pula mempunyai himpunan gajah liar yang terbesar di Asia. Taman-taman negara di Sri Lanka adalah satu tempat yang wajib dilawati oleh setiap pencinta alam yang bercuti di negara tersebut.
Selain dari taman-taman negara yang indah, negara ini juga mempunyai pantai yang memukau dengan pantai yang hampir 1.6 ribu kilometer panjang. Kebanyakan pantai di Sri Lanka mempunyai ciri-ciri seperti teluk, lagun dan banteng pasir. Aktiviti riadah berasaskan air terkenal di perairan pantai seperti berenang, menyelam scuba, snorkel dan juga menaiki bot. Beberapa bahagian perairan Sri Lanka ini juga sesuai untuk aktiviti menyelam skuba dan fotografi bawah air. Terdapat kira-kira sepuluh buah pantai di sekitar Sri Lanka yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing. Unawatuna merupakan salah satu pantai yang menarik di sana.
Pelancongan kebudayaan di Sri Lanka adalah sesuai bagi penggemar sejarah. Negara ini dipenuhi dengan muzium dan teater. Setakat ini terdapat empat buah muzium kebangsaan dan dua puluh enam buah muzium arkeologi yang tersebar di seluruh negara. Muzium biasanya terletak di bandar-bandar utama di Sri Lanka. Negara ini juga meraikan beberapa jenis perayaan, kerana ia adalah sebuah negara pelbagai bangsa. Perayaan ini termasuk perayaan Tahun Baru Sinhala dan Tamil, Krismas dan Ramadan antara lainnya. Bagi mereka yang suka mencuba makanan, masakan Sri Lanka adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan apabila melawat negara ini. Dipengaruhi oleh masyarakat pelbagai budaya dan negara-negara di sekelilingnya, masakan mereka adalah luar biasa dengan pelbagai jenis perisa. Sri Lanka bukan sahaja merupakan salah satu pengeluar rempah terbesar tetapi juga teh. Sejarah teh bermula apabila orang Inggeris mula memperkenalkan teh kepada Ceylon. The Ceylon tulen dianggap sebagai teh yang terbaik di dunia.
Sri Lanka mempunyai banyak tempat dengan kepentingan agama dan bersejarah yang telah menarik pelancong dari seluruh dunia. Gunung Sri Pada dikatakan gunung suci bagi penganut agama-agama utama di Sri Lanka seperti agama Buddha, Hindu dan juga beberapa kumpulan orang Islam dan Kristian.
Ini adalah sebuah hotel bertaraf empat bintang yang terletak di tengah-tengah kota metropolis, kira-kira 35 kilometer dari lapangan terbang. Ia adalah salah satu hotel mewah di daerah ini. Ia memberikan tetamu mereka dengan bilik yang bersih dan selesa, perkhidmatan yang hebat dan mesra, bersama-sama dengan restoran yang mengagumkan. Ia sesuai untuk orang asing untuk menginap di hotel ini kerana mereka mempunyai kakitangan yang dapat memahami dan berbahasa Inggeris dengan fasih. Bilik-bilik di hotel ini bermula dari RM 450 malam yang lengkap dengan sambungan Wi-Fi percuma. Cinnamon Red Colombo ini juga sesuai untuk mereka yang dalam urusan perniagaan yang mencari tempat tinggal yang sesuai di metropolis. Hotel ini juga menawarkan lawatan sekitar kota metropolis.
Sebuah lagi hotel hebat terletak di kota metropolis Colombo. Hotel ini terletak sedikit jauh ke arah Selatan, kira-kira empat puluh tiga kilometer dari lapangan terbang antarabangsa. Anarva Mount Lavinia menawarkan kadar yang murah untuk bilik mereka, bermula dari harga serendah RM 260 untuk satu malam. Kadar ini termasuk dua perkhidmatan sarapan, bersama-sama dengan sambungan Wi-Fi percuma. Hotel ini bukan sahaja menawarkan tawaran hebat untuk bilik mereka, tetapi juga mempunyai kakitangan yang ramah dan perkhidmatan yang mengagumkan. Makanan yang disajikan di restoran mereka dikatakan sebagai salah satu yang terbaik di bandar. Kemudahan di hotel ini juga cukup baik dengan sebuah pusat kecergasan, spa dan juga kolam infiniti yang terletak di atas bumbung.
Total Accommodation | 20 Properties |
Popular Region | Daerah Colombo, Daerah Gampaha |
Popular Hotel | Galle Face Hotel, Madulkelle Tea and Eco Lodge |