Lebih lanjut tentang hotel di Belaga
Belaga merupakan pusat bagi Daerah Belaga di dalam Bahagian Kapit, Sarawak. Ianya terletak di hulu Sungai Rajang, 120KM ke utara Kapit kerana keadaan sungainya yang berliku dan lebih kurang 100KM dari perairan Laut China Selatan di Bintulu. Ianya terletak di dalam kawasan parlimen Hulu Rajang. Penduduk di daerah itu pada Tahun 2010 adalah seramai 37,102 orang. Belaga telah ditubuhkan seawal tahun 1900 dimana beberapa pedagang China telah membuka kedai dan memulakan perniagaan bersama Orang Ulu dengan membekalkan dagangan seperti minyak tanah, garam dan barangan siap. Belaga telah dianggap sebagai tempat permulaan yang baik untuk menerokai pedalaman Sarawak. Terdapat banyak rumah panjang Kenyah dan Kayan telah didirikan disepanjang Sungai Balui dan Belaga manakala disepanjang Sungai Rejang pula kebanyakan rumah panjang disitu dihuni oleh Puak Punan, Sekapan, Kejaman dan Tanjung. Belanga merupakan kawasan yang paling ramai didiami oleh masyarakat Orang Ulu seperti Kenyah, Kayan, Penan, Punan, Sihan, Kajang, Ukit, Beketan dan Tanjung. Sempadan Belaga ialah Daerah Baram, Bintulu, Tatau, Kapit dan Kalimantan Tengah, Indonesia. Banjaran Iranian adalah sempadan semulajadi yang memisahkan sempadan Daerah Belaga dengan Kalimantan Tengah.
Bagaimana untuk ke Destinasi
Menggunakan Kapal Terbang
Terdapat penerbangan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang disediakan oleh Malaysia Airlines, Air Asia dan Malindo Air. Dari Lapangan Terbang anda boleh menaiki penerbangan MAS Wings ke Belaga.
Menggunakan Bot
Kebanyakkan pengunjung tiba ke Belaga dengan menaiki bot dari Kapit atau Sibu. Bot bergerak dari Kapit pada jam 9 pagi dengan tambang berharga RM55 (5 jam perjalanan) kecuali pada ketika air surut dan bot ekspress tidak dapat melepasi Sungai Pelagus. Perjalanan menaiki bot tersebut akan memberikan anda satu pemandangan yang sangat indah dan anda boleh menaiki ke atas dek bot untuk menikmati kesegaran udara segar hutan di sepanjang sungai. Bot dilengkapi dengan penghawa dingin yang sangat sejuk dan menyebabkan anda ingin bersantai di atas dek terbuka bot. Tetapi anda diingatkan bahawa matahari yang menyinari Borneo adalah sangat panas dan terik walaupun ketika cuaca mendung.
Menggunakan Kereta
Belaga mempunyai jalinan perhubungan jalan raya yang baik dengan Negara jiran seperti Brunei dan Kalimantan Borneo. Jalan darat menggunakan kenderaan pacuan 4 roda juga disediakan dari Bintulu ke Belaga dan berlepas setiap hari pada jam 1 dan 2 tengah hari.
Tarikan Pelancongan
Longhouse Tours
Sekiranya anda ingin berkunjung ke Belaga, salah satu tempat menarik yang mesti dikunjungi adalah rumah panjang. Belaga adalah salah satu tempat yang paling sesuai untuk melakukan lawatan ke rumah panjang. Orang Asli selalunya menerima kunjungan pelancong dan sangat peramah. Anda akan dibawa berkunjung ke beberapa kampung (baru dan lama), dan juga kostum, tarian, makanan (buahan hutan, beruang liar), cara penyediaan barangan, sawah padi tempatan dan lain-lain. Bersedia untuk memberi beberapa cenderahati kepada penduduk di situ (selalunya untuk kanak-kanak) sebagai tanda penghargaan pengunjung terhadap layanan istimewa mereka.
Giam Pasang and Long Amo Waterfall
Air terjun Giam Pasang dan Long Amo merupakan tempat yang mesti dikunjungi sepanjang berada di Belaga. Giam Pasang terletak setengah jam perjalanan dengan menaiki bot mudik ke Sungai Belaga. Ianya merupakan kawasan perkelahan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan dan juga sebagai tapak untuk penganjuran Cabaran Hutan Giam Pasang. Air Terjun Long Amo juga merupakan satu lagi destinasi perkelahan yang terkenal di Bandar Belaga. Ianya terletak 40 minit dari pusat bandar. Anda perlu mendapatkan khidmat jurupandu tempatan untuk ke situ.
Bakun Dam
Empangan Bakun merupakan satu tempat yang menarik untuk dilawati semasa berada di Belaga. Empangan Bakun terletak di Belaga, Sarawak diatas Sungai Balui. Anda boleh meluangkan masa di sini untuk melihat pemandangan empangan yang indah dan bergambar kenangan di situ.
Kampung Melayu Belaga
Sekiranya anda mencari adat kebudayaan melayu tempatan, tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi adalah Kampung Bharu atau Kampung Melayu dimana anda akan didedahkan kepada pelbagai jenis elemen kebudyaan yang dipersembahkan oleh penduduk tempatan dalam cara mereka yang kreatif. Di sini anda boleh membeli kraftangan Melayu tradisional, makanan, tarian tradisional dan kostum.
Lusong Laku Waterfall
Bagi penggemar alam semulajadi anda boleh melawat Air Terjun Lusong Laku ketika berada di Belaga untuk mendapatkan pengalaman yang unik. Pengunjung boleh melihat keindahan alam semulajadi yang cantik dan menyerupai Air Terjun Niagara, kesegaran udara, hidupan dan tumbuhan hutan.
Belaga Market
Anda juga dinasihatkan agar tidak ketinggalan untuk berkunjung ke Pasar Belaga untuk membeli belah. Di sini anda boleh membeli barangan kayu buatan tangan, makanan tempatan dan ikan sungai serta makanan laut yang segar.
















