1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8928 Hotel)
    >
  3. Penang
    (719 Hotel)
    >
  4. Seberang Perai
    (103 Hotel)
    >
  5. Bukit Mertajam
    (33 Hotel)

Hotel Mewah di Bukit Mertajam, Seberang Perai

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 21 Mac 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
LOBBY Vangohh Eminent Hotel & Spa

Vangohh Eminent Hotel & Spa

Hotel
Bukit Mertajam, Seberang Perai
Mengagumkan
8.7
(38 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Iconic Hotel Prai Penang

Iconic Hotel Prai Penang

Hotel
Bukit Mertajam, Seberang Perai
Mengagumkan
8.8
(190 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Citadines Prai Penang

Citadines Prai Penang

Hotel
Bukit Mertajam, Seberang Perai
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Grand Orient Hotel Perai, Penang

Grand Orient Hotel Perai, Penang

Hotel
Bukit Mertajam, Seberang Perai
Menyenangkan
8.2
(262 Reviews)
Percutian yang menarik dengan taman tema air mini.
Lihat Harga
Hotel Main Pic Iconic Hotel Penang (PenangFightCovid-19 Certified)

Iconic Hotel Penang (PenangFightCovid-19 Certified)

Lain-lain
Bukit Mertajam, Seberang Perai
Lihat Harga
See all 33 Hotels near Bukit Mertajam

Facts about hotel in Bukit Mertajam

Popular Hotel
Vangohh Eminent Hotel & Spa, Iconic Hotel Prai Penang
Popular Landmark
Juru Auto City, St. Anne's Church

Ulasan Tetamu dari Hotel di Bukit Mertajam

7.9
Menyenangkan
890 ulasan dari hotel di Bukit Mertajam dengan purata penarafan 7.9/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Bukit Mertajam akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Charlette A.
Ini adalah profil peribadi.
1 Aug 2019
Layanan staff yang kurang mesra terhadap pengunjung. Bila ditanya tentang masalah remote TV yang tidak berfungsi, tidak pun berusaha untuk memberikan yang terbaik, malah dijawab "hotel kami masih belum dapat menggantikan remote yang rosak sila guna secara manual". Penerangan yang kurang jelas. Staff cuba memberitahu waktu sarapan pagi. Tapi bila saya bertanya tentang waktu sarapan tu, belum sempat saya habiskan soalan dah dia jawap "oh tak boleh kena turun juga". Dia ingatkan saya nak minta penghantaran breakfast tu ke bilik, cara jawap pun agak kasar, macam mau tak mau ja kerja kat hotel tu. Atau terpaksa kerja kat hotel tu. Setahu saya, kerja sebagai receptionist hotel kena la mesra orang baru la hotel ada tarikan disitu. Kebersihan pula, kalau 1 hingga 10, yang mana 1 adalah yang paling teruk dan 10 yang paling terbaik dan saya akan pilih no.3. Teruk juga lah sri indar hotel ni. Sa takkan pilih hotel ni lagi. Walaupun da tiada hotel lain.
Nurkhalilah D. a. h.
Ini adalah profil peribadi.
16 Feb 2024
Parking hotel sesangat2 la sikit..parking yang di sediakan jauh dr hotel…air dalam bilik sesgt la slow
Nor A. B. A.
Ini adalah profil peribadi.
24 Dec 2021
Selesa,pool best sangat ank2 suka
Suhaizat N.
Ini adalah profil peribadi.
24 May 2023
Bilik selesa kemas cuma deposit tinggi masa cekinn..utk semalam
Nang K.
Ini adalah profil peribadi.
11 May 2022
- aircond kurang sejuk. - tv plak tak boleh tengok memang rosak pun kami tekan button memang tak boleh nak on, pastu turun tanya ada apa pulak cakap takde channel tv🙄 - dalam bilik tak bagi temus and coffee just depa bagi cawan je 😑 , nak buat apa dengan cawan tuh eh🤔 , kalao nak air panas ke sejuk kene keluar ambil sendiri. - staff situ kurang baik, muka masam ja kalao kita tanya depa something 😶
rayna
Ini adalah profil peribadi.
23 Jun 2020
sempit nak mampos. bising xblh habiaqq. sblh btl2 night club. horrible
Athien Y.
Ini adalah profil peribadi.
21 Sep 2023
AC agak sejuk tetapi bilik tidak kalis bunyi.
Syahrul h. b. h.
Ini adalah profil peribadi.
31 May 2023
Bilik habuk banyak..langsir penuh debu ..aircond kotor ..toilet macam toilet terbiar..tgh sarapan pagi,ambil air mesin kopi tiba tiba tikus kluar..rasa loya terus..harga mahal tapi kotor cadar tilam 10tahun xtukar rs nya..

Tentang

Bukit Mertajam terletak di daerah Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Secara lebih spesifik, Bukit Mertajam terletak di Seberang Perai Tengah, di negeri Pulau Pinang, dengan Butterworth di barat laut, Penanti di utara, Simpang Ampat di selatan dan Kulim di timur, dan Perai di barat. Bandar ini terletak kira-kira 9 km ke timur pantai dan kira-kira 336 km ke utara Kuala Lumpur.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Sekiranya anda menggunakan laluan udara, lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (IATA: PEN, ICAO: WMKP), yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Bukit Mertajam berada di tanah besar, jadi anda perlu menyeberangi jambatan untuk sampai ke sana.

Menggunakan Kereta

Adalah sangat mudah untuk ke Bukit Mertajam dengan menggunakan kereta. Lebuhraya Utara-Selatan PLUS adalah sebuah lebuh raya moden yang beroperasi dari Perlis ke Johor Bharu. Bukit Mertajam terletak di antara Plaza Tol Sungai Dua (Arah Selatan) dan Juru (Arah Utara). Anda boleh mengambil BKE (Butterworth-Kulim Expressway) untuk ke Bukit Mertajam.

Menggunakan Kereta Api

Anda boleh mengambil kereta api laju ETS. Perjalanan menggunakan kereta api adalah sangat mudah jika anda datang dari lokasi tanpa terminal bas ekspres! Bukit Mertajam merupakan hab kereta api utama bagi kedua-dua, kereta api penumpang dan kargo. Sekiranya anda memandu ke Bukit Mertajam, anda akan menghadapi sejumlah lintasan keretapi di mana-mana. Stesen kereta api Bukit Mertajam pernah memenangi stesen paling indah di Malaysia.

Menggunakan Bas

Terdapat dua stesen bas ekspres utama di Pulau Pinang, iaitu Penang Sentral berhampiran terminal feri dan stesen keretapi KTM dan Terminal Bas Sungai Nibong di Pulau Pinang (sekitar 10 minit perjalanan dari Butterworth). Bukit Mertajam terletak tidak jauh dari Stesen Penang Sentral / KTM (Kereta Api ETS) / Terminal Feri. Anda boleh mengambil bas Rapid Penang 701 dan 702 dari Penang Sentral untuk pergi ke Bukit Mertajam. Untuk bas, anda mungkin perlu menunggu 30 hingga 50 minit untuk bas yang akan datang.

Tarikan Pelancongan

Juru Auto-City

Juru Auto-City terletak dengan strategiknya di susur keluar Juru, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Jika anda memandu sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, anda akan susur keluar dari Plaza Tol Juru. Juru Auto-City terletak kira-kira 1 KM dari Plaza Tol Juru dan kira-kira 5.5 KM dari Jambatan Pulau Pinang. Pada siang hari, kawasan ini dipenuhi dengan ahli perniagaan dan orang-orang yang bekerja. Apabila matahari terbenam, Juru Auto-City menjadi hidup dengan manusia dari semua lapisan masyarakat; sama ada keluarga dan kanak-kanak, remaja, belia, dan juga ahli perniagaan. Persekitaran malam adalah sangat kondusif untuk makan malam, berhibur, berbual-bual sama teman, berjalan-jalan da juga untuk membeli-belah. Kawasan ini dipenuhi dengan cahaya yang indah di malam hari, ambil masa anda untuk nikmati angin sejuk, sambil berhibur dengan muzik dari pub dan café berhampiran.

Hotel

Summit Hotel Bukit Mertajam

Menawarkan akses terus ke Kompleks Summit Bukit Mertajam, Summit Hotel Bukit Mertajam mempunyai kolam renang luaran dengan akses Wi-Fi percuma di semua kawasan hotel. Para tetamu juga boleh menjamu selera di restoran di dalam hotel. Terletak kira-kira 10 minit pemanduan dari AEON Seberang Prai Mall dan Gereja Saint Anne, Summit Hotel juga terletak di tengah-tengah daerah perniagaan Seberang Perai. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hanya 40 minit pemanduan dari hotel. Bilik-bilik yang elegan mempunyai reka bentuk yang kontemporari, lengkap termasuk TV dengan saluran satelit, meja dan kemudahan membuat teh dan kopi. Kemudahan tab mandi atau pancuran mandian turut disediakan di bilik mandi. Para tetamu Summit Hotel Bukit Mertajam boleh menggunakan simpanan bagasi dan peti keselamatan yang disediakan di kaunter resepsii yang beroperasi selama 24 jam. Hotel ini turut menyediakan kemudahan mesyuarat dan jamuan.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka