amaran

Hotel Mewah di Masjid Tanah, Alor Gajah

Tentang

Masjid Tanah adalah sebuah bandar dan juga sebuah daerah kecil atau mukim yang terletak di negeri Melaka, Malaysia. Ia berada kira-kira 30 kilometer jauhnya dari ibu negeri, Melaka Tengah, yang ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Alor Gajah. Bandar ini bermula dengan dari sebuah kampung kecil pada tahun 1500-an sebelum ia berkembang menjadi salah satu bandar utama yang berkembang di negeri ini. Ia dinamakan sedemikian bersempena sebuah masjid yang dibina di tengah-tengah bandar yang sepenuhnya dibuat oleh tanah oleh seorang sheikh pada tahun 1800-an dengan bantuan Haji Sulong bin Sibeng. Sejak itu, masjid tersebut menjadi bangunan yang penting bagi penduduk di sini kerana ia turut digunakan bersama oleh beberapa kampung yang berdekatan. Berikutan sebahagian besar masjid tersebut diperbuat daripada tanah, terdapat bahagian masjid yang telah rosak sebelum masjid tersebut menjalani kerja pemulihan pada tahun 1951. Memandangkan lokasi bandar ini yang berdekatan dengan Negeri Sembilan, ia berkongsi banyak persamaan budaya dengan budaya orang Minang yang unik untuk Negeri Sembilan, dengan beberapa penduduk yang mampu untuk bercakap dalam dialek Negeri Sembilan. Pada tahun 1990-an, nilai hartanah di kawasan ini melambung kerana keputusan kerajaan negeri untuk membina loji penapisan minyak milik Petronas di Sungai Udang, yang tidak jauh dari bandar ini.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan keluar di susur Simpang Ampat sebelum meneruskan perjalanan ke Masjid Tanah. Perjalanan tersebut boleh mengambil masa kira-kira satu jam dan tiga puluh minit bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.

Menggunakan Bas

Terminal bas ekspres terdekat ialah Alor Gajah Sentral yang terletak lima belas kilometer jauhnya dari Masjid Tanah. Ambil perjalanan terus ke Alor Gajah Sentral dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Cepat & Cekap Express dan Transnasional Express. Dari sini, ambil bas laluan tempatan ke Masjid Tanah.

Tarikan Pelancongan

Melaka Tropical Fruit Farm

Dibina di atas tanah seluas 173 ekar, Melaka Tropical Fruit Farm adalah tempat yang bagus untuk seisi keluarga mengalami sendiri keindahan alam semula jadi. Ia dilengkapi dengan kemudahan sukan dan rekreasi untuk aktiviti luar yang menyeronokkan seperti berkayak, memancing, zoo mini dan penginapan. Diuruskan oleh Melaka Agriculture Development Sdn Bhd, ia adalah salah satu tarikan agro-pelancongan utama bagi negeri ini dengan masa lawatan yang paling dinantikan pastinya semasa musim buah. Dalam tempoh itu, pengunjung akan dapat menikmati pelbagai buah-buahan yang terdapat di ladang ini seperti buah durian, duku, rambai, rambutan dan banyak lagi.

Hutan Rekreasi Sungai Udang

Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi apabila pengunjung berada di Masjid Tanah ialah Hutan Rekreasi Sungai Udang, yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari bandar Masjid Tanah. Diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, ia diisytiharkan sebagai kawasan hutan simpanan pada tahun 1987 meliputi lebih daripada keluasan 335 ekar hutan. Sebagai hutan dipterokarpa tanah rendah, ia menempatkan banyak spesies flora dan fauna termasuk beberapa kayu balak yang berharga. Ia hanya dilancarkan sebagai hutan rekreasi baru-baru ini sekitar tahun 2005 sebagai hasil daripada buah fikiran ketua menteri ketika itu, Mohd Ali Rustam. Dari pintu masuk utama, pengunjung boleh segera menemui pusat pentadbiran, gerai makanan, tempat letak kereta, jejak berjalan kaki, tapak perkhemahan, pondok rehat, tempat memancing, taman permainan dan kemudahan-kemudahan lain yang tersebar melalui empat zon utama hutan rekreasi ini. Tiada bayaran masuk yang dikenakan kepada pengunjung dan ia dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 6 petang.

Hotel

The Orchard Wellness & Health Resort

Sebuah hotel bertaraf lima bintang yang mewah yang terletak di Jalan Solok Uban. Terletak berhampiran dengan tarikan-tarikan pelancong di negeri ini, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti televisyen, tab mandi, pancuran mandian, bar mini, peti keselamatan dalam bilik, spa, sauna, bilik wap, pusat kecergasan, kelab kesihatan, perpustakaan, restoran, bar snek, kolam renang dalaman dan luaran, pengurup wang, concierge, perkhidmatan perubatan, bilik mesyuarat dan khidmat tanpa wayar WiFi.

evtbvsrwfq