Stesen Bandar Tasik Selatan merupakan sebuah stesen pertukaran yang terletak bersebelahan dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Stesen ini menjadi perhentian dan perhentian pertukaran untuk KLIA Transit (ERL), KTM Komuter (KTM), RapidKL Ampang Line LRT (LRT) dan bas RapidKL. Stesen Bandar Tasik Selatan telah diintegrasikan dengan Terminal Bas Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Ia terletak lebih kurang 10 km di selatan Pusat Bandar Kuala Lumpur menuju ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Stesen ini mempunyai 150 petak tempat letak kereta untuk teksi, 60 platform bas, 1,000 tempat letak kereta untuk orang awam dan dihubungkan terus ke Jalan Lingkaran Tengah 2 dan Lebuhraya Besraya.
Anda boleh menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari serata lapangan terbang di seluruh dunia. Dari lapangan terbang ini, anda boleh menaiki teksi atau bas ke Stesen Bandar Tasik Selatan. Jarak dari lapangan terbang ke Stesen Bandar Tasik Selatan lebih kurang 48 km atau 38 minit tempoh pemanduan.
Bandar Tasik Selatan boleh dihubungi melalui kebanyakan lebuh raya utama termasuk Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya). Sekiranya anda memandu dari arah selatan atau utara, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Stesen Bandar Tasik Selatan.
Stesen Bandar Tasik Selatan boleh dihubungi dengan menaiki kereta api. Anda boleh menaiki Kereta api Komuter KTM, LRT dan ERL untuk ke Stesen Bandar Tasik Selatan.
Stesen Bandar Tasik Selatan juga menjadi pusat untuk bas RapidKL walaupun hanya terdapat empat sahaja perkhidmatan bas antara-bandar yang melalui stesen ini. Anda boleh menaiki bas RapidKL atau bas ekspres dari arah selatan dan utara untuk ke Stesen Bandar Tasik Selatan.
Taman Bukit Jalil merupakan salah satu taman rekreasi yang terkenal di Kuala Lumpur yang terletak lebih kurang 20 km dari pusat bandar. Di antara kemudahan dan aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah seperti berkelah, taman permainan kanak-kanak, jogging dan trek berjalan kaki, stesen senaman, laluan refleksologi, taman helikonia, tasik, taman antarabangsa dan kawasan khas untuk golongan kurang upaya.
Anda boleh meluangkan masa di Pusat Membeli Belah The Mines yang terletak hanya 7 km dari Stesen Bandar Tasik Selatan. Pusat membeli-belah ini merupakan satu-satunya pusat membeli-belah yang mempunyai terusan air yang melalui pusat membeli-belah ini. Anda boleh berehat dengan menaiki teksi air yang disediakan dengan dua pilihan pelayaran, iaitu pelayaran 15 atau 45 minit yang akan mengelilingi satu atau kedua-dua tasik yang terdapat di situ. Anda pasti akan teruja dengan pengalaman pelayaran ala Venice di Malaysia.
Anda boleh berkunjung ke Bangunan Parlimen Malaysia yang terletak di Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur. Parlimen ini merupakan sebuah kompleks bangunan yang merupakan tempat untuk ahli parlimen Malaysia bersidang. Kompleks ini mempunyai dua bahagian iaitu bangunan utama tiga tingkat dan menara 17 tingkat. Bangunan utama ini menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara manakala pejabat ahli parlimen pula terletak di menara 17 tingkat.
Sekiranya anda penggemar sejarah, Muzium Negara merupakan tempat yang harus anda kunjungi. Koleksi sejarah yang mengagumkan seperti pameran majlis perkahwinan tradisional Melayu dengan berlatarbelakangkan suasana kampung dan juga majlis berkhatan turut dipamerkan di sini. Anda juga boleh melawat seksyen zoo yang menempatkan binatang peliharaan, koleksi senjata dan alat instrumen muzik tradisional.
Jalan Petaling ialah sebuah Bandar China yang terletak di Kuala Lumpur. Tempat ini umumnya dipenuhi dengan pengunjung tempatan dan pelancong luar. Kawasan ini mempunyai banyak restoran dan gerai makanan yang menyajikan makanan tempatan seperti mi Hokien, ikan bakar, asam laksa dan mi kari. Kebanyakan peniaga di sini terdiri daripada kaum Cina namun terdapat juga peniaga daripada kaum India, Melayu dan Bangladesh. Anda boleh membeli pelbagai barangan yang ditawarkan dari batu permata sehingga ke permainan kanak-kanak dan pakaian.
Penginapan di V Hotel Kuala Lumpur merupakan pilihan tepat buat anda yang berkunjung ke Stesen Bandar Tasik Selatan. Hotel bertaraf tiga bintang ini terletak berhampiran dengan Stesen Bandar Tasik Selatan iaitu hanya 0.4 km jaraknya. Tarikan utama hotel ini adalah kemudahan Wi-Fi percuma di setiap bilik penginapan, kawalan keselamatan 24 jam, perkhidmatan mengemas bilik, ruang unggun api dan dapur. Dengan semua kemudahan yang disediakan, V Hotel Kuala Lumpur merupakan pilihan tepat untuk anda menginap.
De Elements Business Hotel merupakan hotel bertaraf tiga bintang yang terletak di Pusat Bandar Sungai Besi. Jaraknya hanya 1.7 km dari Stesen Bandar Tasik Selatan. De Elements Business Hotel merupakan pilihan penginapan yang tepat buat anda yang menyediakan kemudahan serta perkhidmatan yang terbaik kepada para pengunjung.
Total Accommodation | 500 Properties |
Popular Hotel | Mines Beach Resort, Hotel Komune Living and Wellness Kuala Lumpur (广民公园酒店) |
Popular Landmark | Bus Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Stesen Bandar Tasik Selatan |