Total Accommodation | 4 Properties |
Popular Area | Pantai Cenang, Kuah |
Popular Hotel | Tanjung Rhu Resort, Four Seasons Resort Langkawi |
Popular Landmark | Cenang Beach, Langkawi Cable Car |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Tanjung Rhu Resort, Four Seasons Resort Langkawi, The Westin Langkawi Resort & Spa, The St. Regis Langkawi, Adya Hotel Langkawi, Bayview Hotel Langkawi, Dayang Bay Serviced Apartment and Resort, Dayang Bay Resort Langkawi, Goldsands Hotel Langkawi, A ROCK RESORT LANGKAWI - CORAL REEFS.
Buat masa ini, terdapat sekitar 4 hotel yang boleh anda tempah di Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise
Terletak di Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belangan Pecah, 07000 Langkawi, terdapat sebuah Taman Hidupan Liar Langkawi dan Burung. Taman ini diuruskan oleh Wildlife Planet Sdn Bhd. Ia dibuka kepada orang ramai sejak 30 Nov 2002 sebagai nama Langkawi Bird Paradise. Pembukaan rasminya adalah pada 24 Disember 2002 oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu, Y.A.B. Dato 'Seri Razak Zain. Selepas beberapa pindaan yang dibuat, nama itu ditukar kepada Taman Hidupan Liar Langkawi pada 1 Januari 2006. Dengan nama baru tersebut, taman ini menjadi taman pameran hidupan liar.
Di taman ini, pelawat atau pelancong akan menikmati keindahan tumbuhan tropika sambil mendengar burung-burung berkicau riang. Para pelancong juga boleh berjalan-jalan dalam sangkar burung yang besar dan berpagar ini. Besarnya sangkar atau taman burung yang tertutup ini sehingga ia mampu memuatkan burung-burung besar melebarkan sayap mereka secara luas dan terbang bebas di taman yang indah ini. Selain melihat burung-burung, pelancong boleh cuba untuk berinteraksi dengan lebih rapat sambil memberi makan kepada burung-burung ini. Selain daripada burung, terdapat banyak lagi spesies lain termasuk mamalia, reptilia, ikan dan orkid di Taman Hidupan Liar ini. Beberapa aktiviti juga dianjurkan untuk memastikan pelancong menikmati dan membina kenangan manis sepanjang lawatan mereka ke sini.
Terletak di Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Makam Mahsuri 'adalah salah satu daya tarikan utama yang mesti dikunjungi oleh pelancong. Ini kerana, Mahsuri adalah nama yang sejak turun temurun terkenal di seluruh pulau ini dan ada sejarah yang sedih dan sukar dipercayai di sebalik nama ini. Sama ada ianya satu mitos, legenda atau cerita sebenar, terdapat sebuah makam di mana ia mendedahkan kisah seorang gadis bernama Mahsuri. Makam Mahsuri ini dibuka setiap hari kepada orang ramai mulai jam 08:00-06:00.
Terletak di Jalan Gunung Raya, Kuah, 07000 Langkawi, terdapat sebuah peranginan bertaraf 4 bintang bernama D'Coconut Hill dimana ia diuruskan oleh syarikat peranginan D'Coconut. Tempat peranginan ini menawarkan para tetamunya dengan udara gunung yang segar dan panorama megah Laut Andaman dari menara tinjau eksklusif yang dibina. Dengan mempunyai elemen-elemen gunung dan laut ini membuatkan lawatan para tetamunya ke sini pasti tidak dapat dilupakan. Terdapat 5 jenis bilik dan suite yang tetamu boleh pilih berdasarkan saiz keluarga mereka. Kadar bilik atau suite di sini biasanya bermula dari RM300 kepada RM1200 bergantung kepada bilik atau suite dipilih. Walau bagaimanapun, tetamu perlu sedar bahawa kadarnya masa musim kemuncak akan melambung lebih tinggi daripada kadar yang dinyatakan. Selain daripada menikmati pemandangan di peranginan ini, para tetamu turut dapat memanjakan diri dengan perkhidmatan spa yang ditawarkan di sini. Kedudukan tempat peranginan ini adalah kira-kira 5 kilometer jaugh dari Taman Hidupan Liar Langkawi.
Sebuah syarikat yang termahsyur di seluruh pulau Langkawi iaitu HIG yang bermaksud Haji Ismail Group, telah meluaskan industri perniagaan mereka dari sebuah pusat membeli-belah kepada perhotelan. Hotel HIG ini terletak di Jalan Penarak, Pekan Kuah. Walaupun berada di tengah-tengah pekan, hotel ini juga cuba untuk mengemukakan keindahan lautan dan bukit-bukau Pulau Langkawi. Terletak hanya 3 minit jarak memandu dari Terminal Feri Kuah Jetty Point, hotel ini sentiasa dikunjungi oleh pelancong pada hari terakhir percutian mereka. Ini adalah kerana, terdapat sebuah pusat membeli-belah berdekatan iaitu, HIG, yang dikendalikan oleh syarikat yang sama. Di pusat membeli-belah HIG ini menjual perkakas memasak, pakaian, dan yang terkenal sekali adalah coklat. Terdapat 5 jenis atau bilik untuk tetamu untuk pilih dan mereka juga boleh memilih sama ada untuk menikmati pemandangan laut biru atau bukit hijau. Kadar bilik di sini bermula dari RM260 dan tetamu perlu sedar bahawa kadar akan meningkat semasa musim kemuncak. Hotel ini terletak kira- kira 7 kilometer dari Taman Hidupan Liar Langkawi.