Rantau Abang merupakan sebuah penempatan kecil di Terengganu, Malaysia. Ia terletak kira-kira 22 km ke utara Kuala Dungun dan 80 km ke selatan Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Kampung ini pernah menjadi tempat bersarang bagi Penyu Belimbing atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Leatherback Sea turtle. Ketika tempoh penyu ini bersarang, setiap tahun antara Mei hingga Ogos, Penyu Belimbing akan berlabuh ke pantai pada waktu malam untuk menetaskan telur mereka. Walau bagaimanapun, jumlah Penyu Belimbing yang bertelur telah berkurangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ia bertentangan dengan apa yang telah dianggarkan semasa tahun 1950-an. Akan ada lebih dari 10,000 ekor penyu mendarat di tepi pantai kampung itu, Rantau Abang, sejurus dinamakan sebagai tempat perlindungan penyu.
Sejak kebelakangan ini, kerajaan tempatan mengisytiharkan penyu-penyu itu mengalami kepupusan kerana tiada pendaratan penyu telah dilihat sejak beberapa ketika. Sebab terbesar pengurangan ini adalah disebabkan oleh pemburu yang mengambil telur penyu dan menjualnya di kawasan masyarakat setempat. Langkah tegas telah diambil, iaitu Pusat Ekosistem Penyu dan Marin telah ditubuhkan di Rantau Abang untuk menerajui usaha pemuliharaan spesis ini.
Sebagai tempat pelancongan yang popular, pantai Rantau Abang selamat untuk berenang dan masih digunakan untuk aktiviti pelancongan biasa seperti Banana Boat, Jet Ski, Paragliding dan beberapa lagi.
Jika anda memilih untuk memandu ke Rantau Abang, pergi ke Kuantan melalui Lebuhraya Tun Razak. Selepas melepasi Kuantan, teruskan perjalanan dan anda akan melalui beberapa bandar terkenal seperti Chukai dan Kerteh. Selepas perjalanan sekurang-kurangnya lima jam, anda akan tiba di Kuala Dungun. Teruskan perjalanan perlahan-lahan sehingga ke pantai Rantau Abang dan nikmati pemandangan indah di pantai tersebut.
Menggunakan bas untuk ke sana adalah idea yang baik juga. Dapatkan tiket bas anda dan bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) terus ke Kuala Dungun. Perjalanan itu akan menjadi lebih kurang enam jam untuk sampai ke bandar Kuala Dungun.
Jika anda ingin mengambil penerbangan, lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu. Dari lapangan terbang tersebut, naik teksi ke Kuala Dungun yang terletaknya pantai Rantau Abang. Perjalanan dari lapangan terbang ke Rantau Abang akan mengambil lebih kurang satu jam.
Terletak hanya berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan popular di Dungun, kelab golf ini sering dikunjungi oleh pelancong pemain golf. Ia menyediakan kemudahan asas untuk pemain golf bagi menikmati pengalaman bermain golf di Desa Dungun Golf Club.
Selain menyediakan maklumat-maklumat tentang Daerah Dungun, ia juga memaparkan beberapa barangan. Antara barangan menarik yang terdapat di Muzium Dungun adalah artifak yang diambil dari bangkai kapal Wanli yang dijumpai di luar Pantai Tanjung Jara pada tahun 1997.
Tanjung Jara adalah sebuah resort mewah yang memperkenalkan para tetamu kepada tradisi masyarakat Melayu kuno. Reka bentuk resort ini mencerminkan keanggunan istana Melayu pada abad ke-17. Dengan bermalam di resort ini, para tetamu dapat merasakan keaslian suasana semula jadi Melayu. Terdapat enam jenis bilik penginapan yang disediakan dan antaranya ialah Bumbung, Bumbung Sea View, Serambi, Serambi Sea View, Anjung dan Anjung Seafront. Anjung Seafront adalah saiz terbesar dan lebih sesuai untuk tetamu yang berkeluarga besar. Setiap bilik mempunyai kemudahan asas seperti Wifi, kondenser air teh dan kopi, TV skrin rata, kawalan suhu bilik dan banyak lagi. Jika anda memilih bilik yang lebih mewah, ia dilengkapi dengan tab mandi besar, beranda luaran untuk menghirup udara segar dan beberapa lagi. Kadar bilikn untuk satu malam bermula dari RM 595 di Traveloka.com.
Teluk Lipat Sea View Inn adalah penginapan bajet dua bintang. Ia terletak di Jalan Pantai Sura, Kuala Dungun. Ia juga merupakan penginapan yang terkenal dalam kalangan pelancong kerana kebersihannya yang terjaga, kakitangan yang mesra dan cekap, lokasi strategik dan pemandangan laut yang indah. Bilik ini dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik seperti pembuat teh, televisyen, penyaman udara, pemanas air dan beberapa lagi. Ia sangat disyorkan untuk mereka yang mencari penginapan bajet. Kadar biliknya bermula dari RM 159 semalam di Traveloka.com.
Total Accommodation | 83 Properties |
Popular Hotel | Tanjong Jara Resort - Small Luxury Hotels of the World, Coastal Bay Dungun Staycation |
Popular Landmark | Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Kampung Rantau Abang |