Promosi Jadi Rakan KamiSimpanTempahan Saya
MYR

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
1
2
  1. Hotel>
  2. Malaysia (9517 Hotel)>
  3. Johor (902 Hotel)>
  4. Kluang (36 Hotel)>
  5. Simpang Renggam (4 Hotel)

Hotel berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam

Kluang, Malaysia · 4 hotel yang tersedia

Perjalanan perniagaan
Apabila anda klik kotak semak, anda akan ditunjukkan penginapan yang sesuai untuk perjalanan perniagaan.
Bayar ketika Daftar Masuk
Traveloka Best Price Guarantee
Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Rengam adalah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Johor, Simpang Renggam. Sekolah ini dibina pada 30 Disember 1998. Antara tarikan terkenal di sini ialah Tropical Village dan Ayer Hitam. Juga lihat hotel di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Rengam yang terbaik di sini.

Hotel popular berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam

EXTERIOR_BUILDING Stay Inn Hotel
Hotel
No 15,16,Jalan Sinar,, Taman Suria, Simpang Renggam, Kluang, Johor, Malaysia, 86200
Dengan penginapan di Stay Inn Hotel di Simpang Renggam, anda akan berada 15.6 km dari Parit Salman dan 16.3 km dari Parit Lapis Salman. Hotel ini berada 25.5 km dari Taman Organik Zenxin dan 29.6 km dari Taman Tasik.
EXTERIOR_BUILDING Hotel Wawasan
Hotel
No.21, Jalan Wawasan, Pusat Perniagaan Wawasan, Simpang Renggam, Kluang, Johor, Malaysia, 86200
Menyenangkan - 8.2 / 10(30)
EXTERIOR_BUILDING SR Inn Hotel
Hotel
No.1, Jalan Pelangi, Pusat Perniagaan Pelangi, Simpang Renggam, Kluang, Johor, Malaysia, 86200
Menyenangkan - 8.2 / 10(60)
Featured Image N&T Budget Homestay
Rumah
2, Jalan Sri Puteri 2, Taman Sri Puteri, Simpang Renggam, Kluang, Johor, Malaysia, 86200
Dengan penginapan di rumah percutian ini di Simpang Renggam, anda akan berada 34.6 km dari Kluang Mall (Pusat Beli-belah) dan 51.4 km dari Johor Premium Outlets. Rumah percutian ini berada 12.8 km dari Parit Salman dan 13.6 km dari Parit Lapis Salman.
BEDROOM 7 Days Express Hotel
Hotel
27& 29 Jalan Bandar Baru, Batu Pahat, Johor, Malaysia, 86100
Menyenangkan - 7.3 / 10(33)
LOBBY Ayer Hitam Hotel
Hotel
No 5, Tkt 2, Jalan Bestari Satu, Taman Bestari, Batu Pahat, Johor, Malaysia, 86100
Menyenangkan - 8.1 / 10(34)

Soalan lazim tentang Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam?

Buat masa ini, terdapat sekitar 4 hotel yang boleh anda tempah di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam

Tentang

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Rengam atau lebih dikenali sebagai SMK Simpang Rengam merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Johor, Simpang Renggam. Ianya berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam. Sekolah ini telah dibina pada 30 Disember 1998 dengan jumlah pelajar sejumlah 2070 orang di mana 432 pelajar menetap di asrama dan sekolah ini juga mempunyai 121 orang guru. Sekolah ini boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu pelajar kelas agama, pelajar kelas khas, pelajar kelas biasa dan pelajar pendidikan khas. Sekolah ini mempunyai 2 sesi pembelajaran iaitu sesi pagi untuk pelajar tingkatan 3 sehingga tingkatan 5 dan sesi petang untuk pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo Air dan Firefly ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki bas atau teksi untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Rengam yang akan mengambil masa perjalanan selama 36 minit.

Menggunakan Kereta

Anda boleh memandu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Rengam dengan masa perjalanan selama 2 jam 44 minit dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Utara Selatan. Sekiranya anda memandu dari Singapura anda boleh menggunakan Tambak Johor atau Link Kedua yang menghubungkan Singapura dan Johor dan juga bahagian lain di Semenanjung Malaysia.

Menggunakan Bas

Anda juga boleh menaiki bas untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Rengam. Anda boleh menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Terminal Bas Simpang Renggam. Sekiranya anda menaiki bas dari Johor Bharu anda boleh menaiki bas dari Terminal Bas Larkin ke Terminal Bas Simpang Renggam. Dari terminal bas anda boleh menaiki teksi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Rengam yang akan mengambil perjalanan selama 6 minit.

Tarikan Pelancongan

Ladang Nanas Simpang Renggam

Ladang Nanas Simpang Renggam merupakan ladang tanaman nanas yang terbesar di Negeri Johor. Dengan keluasan tanah seluas 6,500 ekar serta tanaman berjumlah 400,000 pokok nanas menjadikan ianya ladang yang terluas di Negeri Johor. Ladang ini terletak di Jin Luzhou Park yang mempunyai pemandangan yang indah. Disini para pengunjung boleh melihat bagaimana buah nanas dipetik dari pokoknya dan diproses untuk dijadikan pelbagai produk.

Ayer Hitam

Ayer Hitam ialah sebuah Bandar yang terkenal di kalangan pelancong dan penduduk tempatan dengan produk kraf seramik. Banyak barangan cenderamata yang cantik seperti pasu bunga, bingkai gambar dan barangan hiasan rumah boleh dibeli disini pada harga yang murah. Disamping membeli belah barangan kraf, anda juga boleh membeli pelbagai juadah makanan tempatan yang terdapat di sini antaranya keropok udang dan ubi kayu serta Otak-Otak.

Kluang Rail Coffee

Bagi anda yang mencari makanan istimewa tempatan Kluang, anda boleh mencuba secawan kopi panas dengan sepinggan nasi lemak sambal di Kluang Rail Coffee. Selain itu, anda juga boleh mencuba roti bakar arang, telur separuh masak, nasi lemak bungkus dan mee siam serta karipap.

Tropical Village

Antara destinasi popular yang lain yang boleh anda kunjungi adalah Tropical Village. Ianya merupakan sebuah taman tema yang terkenal di Ayer Hitam, Johor. Ianya hanya mengambil masa perjalanan selama 20 minit dari Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Rengam. Taman ini terbahagi kepada 4 seksyen iaitu mercutanda, sudut santai, taman permainan kanak-kanak dan kawasan pertanian yang pastinya akan meninggalkan seribu kenangan buat anda terutamanya kanak-kanak. Ianya lengkap dengan rekaan patung mini orang-orang ternama dan mercutanda yang terkenal di seluruh dunia.

Hotel

Hotel Wawasan

Penginapan di Hotel Wawasan merupakan pilihan yang hebat sekiranya anda berkunjung ke Kluang. Ianya terletak hanya 1.2km dari Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Rengam, 1km dari Plaza Tol Simpang Renggam dan 4km ke Pusat Bandar. Penginapan di Hotel Wawasan pasti akan memuaskan hati anda dengan layanan yang istimewa pada harga yang rendah.

SR Inn Hotel

SR Inn Hotel merupakan sebuah hotel bajet bertaraf 1 bintang yang menjadi pilihan bijak buat anda yang mencari penginapan bajet. Hotel ini menyediakan bilik yang bersih dan selesa pada harga yang murah kepada para tetamunya. Dengan kemudahan yang lengkap dan lokasi yang strategik menjadikan Hotel SR Inn ini sebagai pilihan tepat untuk anda.

Perlu Bantuan?