1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9119 Hotel)
    >
  3. Kuala Lumpur
    (1827 Hotel)
    >
  4. Kuchai Lama
    (29 Hotel)

Hotel Mewah di Kuchai Lama, Kuala Lumpur

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 18 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
SWIMMING_POOL Millerz Square by Mykey Global

Millerz Square by Mykey Global

Apartmen
Kuchai Lama, Kuala Lumpur
Mengagumkan
8.8
(26 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING The Pearl Kuala Lumpur

The Pearl Kuala Lumpur

Hotel
Kuchai Lama, Kuala Lumpur
Mengagumkan
8.4
(376 Reviews)
Sangat menarik dan selesa, terutama tempat breakfast is cool.
Lihat Harga
ภาพหลัก Millerz Square Kuala Lumpur Travelet

Millerz Square Kuala Lumpur Travelet

Hotel
Kuchai Lama, Kuala Lumpur
Dengan penginapan di Millerz Square Kuala Lumpur Travelet di Kuala Lumpur, anda akan berada dalam lingkungan 10 minit memandu dari Mid Valley Megamall dan Stadium Nasional Bukit Jalil. Hotel 4 ini berada 6.3 km dari Kuala Lumpur Sentral dan 9.6 km dari Pusat Beli-belah Sunway Pyramid.
Lihat Harga
See all 29 Hotels near Kuchai Lama

Facts about hotel in Kuchai Lama

Popular Hotel
Millerz Square by Mykey Global, The Pearl Kuala Lumpur
Popular Landmark
Old Klang Road, Pearl Point Shopping Mall

Ulasan Tetamu dari Hotel di Kuchai Lama

8.4
Mengagumkan
1,077 ulasan dari hotel di Kuchai Lama dengan purata penarafan 8.4/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Kuchai Lama akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Ahmad S.
Ini adalah profil peribadi.
19 Nov 2023
Parking susah. Tilam lembut sangat sampai sakit pinggang. Bilik & laluan ke bilik kuat bau rokok. Paip sinki dah nak tercabut.
Vo Bich N.
Ini adalah profil peribadi.
26 Jan 2020
harga daftar masuk awal terlalu tinggi.
Bambang
Ini adalah profil peribadi.
17 Sep 2022
Bahagian dalam bilik dan bilik mandi sangat bersih. Terdapat satu pejabat hadapan yang berkhidmat lebih daripada kakitangan pejabat hadapan yang lain. Saya sangat membantu apabila ada masalah untuk order dan pembayaran grab. Kelemahannya ialah bunyi aliran pancuran mandian dan aliran paip air di bilik sebelah yang sangat kuat.
Fees L.
Ini adalah profil peribadi.
11 May 2018
Semua tiada kecuali tuala, bilik kecil tapi selesa.
Jacqueline c.
Ini adalah profil peribadi.
6.5
/ 10
30 Jul 2022
Tv tidak berfungsi dengan baik aircond tidak sejuk tilam spring rosak
Dessy A.
Ini adalah profil peribadi.
9.1
/ 10
13 Jul 2018
Bilik-bilik yang bersih dan perkhidmatannya cukup mesra
HO TZE H.
Ini adalah profil peribadi.
26 Aug 2019
lokasi yang baik berhampiran kedai-kedai dan restoran. bernilai harga. hanya kemunduran adalah tempat letak kereta terhad jika seseorang memandu.

Tentang

Kuchai Lama ialah sebuah kawasan pinggiran bandar dalam kawasan Seputeh, di bahagian Selatan Kuala Lumpur. Ia terletak di Jalan Klang Lama dan hanya 8 km dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. Ianya berada bersebelahan dengan Taman OUG dan Salak Selatan. Kedudukannya yang strategik di persimpangan yang menghubungkan dengan banyak lebuhraya seperti Lebuhraya KL-Seremban, Lebuhraya Pantai Baru Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya KESAS dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX). Terdapat beberapa taman perumahan di Kuchai Lama iaitu Taman Goodwood, Taman Kuchai Jaya, Taman Salak Selatan dan lain-lain.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Kuchai Lama boleh dihubungi dari kebanyakan lapangan terbang di seluruh Negara, termasuk Sabah, Sarawak dan lain-lain bahagian di Semenanjung Malaysia. Anda boleh menaiki penerbangan ke KLIA dari kebanyakkan lapangan terbang di seluruh dunia. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi ke Kuchai Lama. Jarak dari Lapangan Terbang ke Kuchai Lama adalah lebih kurang 50km atau mengambil masa 41 minit masa pemanduan.

Menggunakan Kereta

Sekiranya anda memandu dari utara atau selatan tanah air, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Kuchai Lama.

Menggunakan Kereta Api

Anda boleh menaiki LRT Star dari Kuala Lumpur Sentral ke Stesen Sri Petaling iaitu stesen LRT yang berhampiran dengan Kuchai Lama. Dari Stesen Sri Petaling anda boleh menaiki teksi atau bas ke Kuchai Lama pada jarak hanya 2km.

Menggunakan Bas

Anda boleh menaiki bas Rapid KL dari Pasar Seni ke Kuchai Lama.

Tarikan Pelancongan

Taman Rekreasi Bukit Jalil

Taman Bukit Jalil merupakan taman rekreasi yang terkenal di bahagian selatan pusat Bandar Kuala Lumpur pada jarak lebih kurang 5km dari Kuchai Lama. Anda boleh berehat dan melakukan aktiviti disini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kawasan perkelahan, taman permainan kanak-kanak, trek jogging dan laluan pejalan kaki, stesen senaman, laluan refleksologi, taman bunga, tasik, taman antarabangsa dan kawasan senaman khas untuk golongan orang kurang upaya.

Mid Valley Megamall

Bagi pengunjung yang gemar untuk membeli belah anda boleh meluangkan masa di Mid Valey Megamall yang terletak hanya 10 minit dari Kuchai Lama. Mid Valley Megamall merupakan syurga membeli belah dan pusat fesyen serta mempunyai taman permainan kanak-kanak, pelbagai restoran makanan dan pusat aktiviti riadah keluarga semuanya di bawah satu bumbung.

Pasar Seni Kuala Lumpur

Anda juga boleh mengunjungi Pasar Seni Kuala Lumpur yang hanya mengambil masa 14 minit pemanduan dari Kuchai Lama. Pasar Seni Kuala Lumpur merupakan pusat untuk kebudayaan, kesenian dan kraftangan Malaysia yang terletak di pusat Bandar. Pasar Seni Kuala Lumpur merupakan destinasi yang mesti anda lawati kerana ianya menawarkan pengalaman membeli belah yang unik bukan sekadar barangan jualan biasa tetapi lebih kepada pengalaman kebudayaan, kesenian dan senireka Malaysia yang sebenar.

Petaling Street

Jalan Petaling (Chinatown) di Kuala Lumpur adalah kawasan yang menyerupai Bukit Bintang pada suatu masa dahulu. Anda boleh berkunjung ke jalan ini sama ada pada waktu siang atau malam untuk menikmati pelbagai jualan makanan yang dijual disini. Jalan Petaling merupakan syurga membeli belah kerana ianya menjual pelbagai barangan pada harga yang rendah. Terdapat pelbagai barangan yang dijual disini antaranya pakaian, cenderamata, peralatan elektronik, kain dan juga barangan jenama tiruan yang terkenal seperti beg tangan, beg duit, jam dan kasut yang terdiri dari pelbagai jenama terkenal seperti Adidas, Louis Vuitton, Calvin Klein, Nike dan lain-lain.

Sunway Lagoon Theme Park

Anda boleh meluangkan masa bersama ahli keluarga atau sahabat handai di Taman Tema Air Sunway Lagoon hanya 15 minit pemanduan dari Kuchai Lama. Ianya menawarkan lebih daripada 90 tarikan seperti Taman Hiburan, Taman Air, Taman Hidupan Liar, Taman Ekstrem, Taman Jeritan dan Taman Tema Nickelodeon yang pertama di Asia dan Nickelodeon Lost Lagoon. Taman tema ini juga turut menganjurkan beberapa acara peringkat antarabangsa.

Hotel

The Pearl Kuala Lumpur

Menginap di The Pearl Kuala Lumpur merupakan pilihan bijak sekiranya anda berkunjung ke Kuchai Lama. Hotel bertaraf 4 bintang ini terletak berhampiran dengan banyak tarikan pelancongan seperti Mid Valley Megamall dan Stadium Nasional Bukit Jalil (5km). Bagi para pengunjung yang mencari penginapan mewah pada harga yang berpatutan, The Pearl Kuala Lumpur merupakan pilihan tepat kerana ianya menawarkan kemudahan yang hebat dan perkhidmatan yang cemerlang.

Hotel Mincott

Hotel Mincott ialah sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di tengah pusat Bandar Kuchai Lama. Hotel ini terletak di lokasi yang strategik kerana ianya berhampiran dengan kebanyakan tarikan pelancongan seperti Mid Valley Megamall yang mengambil masa hanya 10 minit pemanduan dan Sunway Lagoon 15 minit pemanduan. Kepada anda yang inginkan penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan, Hotel Mincott merupakan pilihan yang tepat buat anda.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka