amaran

Hotel Mewah di Pulau Kapas, Marang

Tentang

Pulau Kapas adalah sebuah pulau di kawasan perairan Marang di Terengganu, Malaysia. Pulau ini di beri nama “kapas” oleh penduduk tempatan, kerana pantai putihnya yang lembut seperti kapas. Pulau Kapas telah ditetapkan sebagai taman marin. Pantai pasir putihnya adalah antara yang paling bersih di Malaysia, dan perairan jernih yang sangat sesuai untuk aktiviti berkayak dan snorkeling. Pulau Kapas adalah salah satu tempat paling indah dan santai yang harus anda kunjungi. Pulau ini benar-benar sebuah syurga pulau yang mempunyai kuasa aneh untuk membuat anda tinggal di sana lebih lama daripada yang anda rancang. Pulau ini bukan tempat yang kaya dan glamor dengan banyak Resorts bertaraf 5 bintang ataupun restoran mahal. Ia adalah pulau yang sangat minimalis, yang menjadikannya begitu istimewa. Tiada sambungan internet yang baik – bermakna sesuai untuk anda yang larikan diri dari kesibukan untuk sebuah percutian yang sempurna. Pantai ini menakjubkan, dengan airnya yang sempurna.


Pulau Kapas terletak hanya beberapa kilometer dari Pantai Barat Semenanjung Malaysia di wilayah Terengganu. Salah satu sebab utama anda perlu melawat Pulau Kapas adalah meneroka pelbagai species kehidupan di bawah air. Anda boleh jadikan aktiviti snorkeling sebagai aktiviti harian! Anda boleh melihat ikan yang indah (seperti nemo), penyu, karang, dan juga beberapa species yang lain! Apa yang anda perlukan adalah peralatan renang, dan anda boleh berenang ke kawasan yang hanya beberapa minit dari pantai, dan nimati pengalaman yang menakjubkan! Selam skuba di sekitar Pulau Kapas semestinya menjadi satu pengelaman yang tidak akan dilupakan. Semua tempat tinggal, makan, dan minuman di Pulau Kapas berada di kawasan yang sama. Anda boleh dengan mudah berjalan dari satu hujung pulau, sepanjang jalan ke hujung yang lain kira-kira 30-40 minit bergantung kepada seberapa cepat perjalanan anda.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Sekiranya anda menggunakan perjalanan udara, lapangan terbang yang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Mahmud, yang menghubungkan bandar Kuala Terengganu dan juga negeri Terengganu. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 15 km dari bandar Kuala Terengganu dan mampu mengendalikan lebih daripada 500,000 orang penumpang pada setiap tahun. Lapangan terbang ini mempunyai landasan tunggal dan syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Firefly, dan Air Asia beroperasi ke sini. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 40 minit perjalanan untuk ke Jeti Merang untuk ke Pulau Kapas.

Menggunakan Bot

Daripada lapangan terbang, anda boleh mengambil bas awam atau teksi untuk ke Jeti Marang. Pulau Kapas hanya berjarak 20 minit perjalanan dari tanah besar dengan menggunakan bot. Anda boleh dapatkan tiket bot di jeti tersebut. Bagi yang menggunakan kereta untuk ke jeti, perkhidmatan letak kereta disediakan di sekitar kawasan jeti.

Menggunakan Bas

Sekiranya anda mengambil bas awam dari Kuala Terengganu untuk ke Jeti Merang, pastikan anda meminta pemandu bas untuk menurunkan anda di Marang.

Tarikan Pelancongan

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian terletak kira-kira 10 batu nautika (19 km) di luar pantai timur laut Malaysia di negeri Terengganu, kira-kira 40 batu (64 km) di selatan sempadan Thailand. Nama Perhentian bermaksud "titik berhenti" dalam bahasa Melayu. Ini kerana pulau-pulau ini menjadi titik perhentian yang digunakan oleh para pedagang yang mengembara dari Malaysia ke Bangkok. Kedua-dua pulau utama ialah Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil menarik lebih banyak pelancong dalam mahupun luar Negara kerana ia mempunyai penginapan yang lebih murah, sementara di Perhentian Besar pula menawarkan harga yang sedikit mahal dan lebih sesuai untuk keluarga dan mereka yang ingin mengelakkan adegan parti backpacker. Pulau-pulau kecil yang tidak didiami adalah seperti Pulau Susu Dara, Pulau Seringgi dan Pulau Rawa terletak di sekitar Pulau Perhentian Kecil. Semua pulau tersebut tergolong dalam kawasan taman marin yang dilindungi, yang bermaksud memancing, mengumpul karang dan sampah dilarang secara keras, walaubagaimanapun secara hakikatnya, masalah lambakan sampah adalah salah satu masalah utama yang dihadapi pulau-pulau ini.

evtbvsrwfq