amaran

Hotel berhampiran Sultan Abdul Halim Airport (AOR)

Kedah, Malaysia · 34 hotel yang tersedia

Cari dan tempah hotel murah dengan 3 langkah mudah di sini!

Langgan Surat Berita Traveloka

Langgan untuk diskaun sehingga 70% melalui tawaran penerbangan & hotel eksklusif yang dihantar terus ke peti masuk anda.

Jangan risau, bergembiralah!

Muat turun Aplikasi Traveloka PERCUMA untuk tempahan tiket penerbangan dan hotel sekarang!

Hotel popular berhampiran Sultan Abdul Halim Airport (AOR)

TH Hotel & Convention Centre Alor Setar

Lot 3860, Mukim Titi Gajah, Seksyen 2, Bandar Anak Bukit, Daerah Kota Setar,, Alor Setar, Malaysia, 06020

8.7 / 10

Sangat Baik

Happy Homestay Alor Setar

No.8F, Jalan Seladang 2, Taman Seladang, Anak Bukit, Alor Setar, Malaysia, 05150

Q Bintang Hotel

No. 7-14, Taman Seri Astana, Fasa 1, Jalan Langgar, Alor Setar, Malaysia, 05460

8.9 / 10

Sangat Baik

C Homestay Jalan Darulaman @ C-Hotel

No 109, Jalan Darulaman Jaya 8, Taman Darulaman Jaya,, Jitra, Malaysia, 06000

C Homestay Sri Murni @ C-Hotel

No 119, Taman Sri Murni,, Jitra, Malaysia, 06000

Lynn Homestay Jitra

1048, Jalan Tengku Maheran 33, Taman Tengku Maheran, Jitra, Malaysia, 06000

Hotel Seri Malaysia Alor Setar

Lot 005127, Mukim Alor Malai, Daerah Kota Star, Jalan Stadium, Alor Setar, Malaysia, 05100

7.9 / 10

Bagus

Tanjak Motel

No. 179 & 180 (GF), Jalan Shahab 5, Kompleks Shahab Perdana, Jalan Sultanah Sambungan,, Alor Setar, Malaysia, 05150

JP Hotel @ Jalan Stadium

1909, Jalan Stadium, Alor Setar, Malaysia, 05100

8.2 / 10

Sangat Baik

Hotel ASRC

58, Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, Alor Setar, Malaysia, 05100

G9 Hotel Alor Setar

1025,1026 & 1027, Kompleks Perniagaan Gangsa Fasa 2, Jalan Gangsa, Alor Setar, Malaysia, 05100

I-homey Guesthouse

No 158, Taman Berjaya, Lorong Teratai Merah 1, Alor Setar, Malaysia, 05050

8.6 / 10

Sangat Baik

Bee Garden Motel

2512-2515 Kompleks Tunku Yaacob, Lebuhraya Darul Aman, Alor Setar, Malaysia, 05150

7.5 / 10

Bagus

C Hotel

Lot 4051, Dewan Serbaguna PJ2, Pekan Jitra,, Jitra, Malaysia, 0600

Fuller Hotel Alor Setar

No 1, Jalan Kompleks Perniagaan Pintu 10, Jalan Pintu Sepuluh, Alor Setar City Center, Alor Setar, Malaysia, 05100

8.6 / 10

Sangat Baik

Royale Signature Hotel

No. 78, Jalan Lumpur, Alor Setar , Malaysia, 05100

9.0 / 10

Cemerlang

Starcity Hotel Alor Setar

88, Jalan Pintu Sepuluh, Alor Setar City Center, Alor Setar , Malaysia, 05100

8.7 / 10

Sangat Baik

Urban Inn Jitra

No 188, Jalan PJ 2, Pekan Jitra 2, Jitra, Malaysia, 06000

8.4 / 10

Sangat Baik

Samila

ALOR SETAR,, KEDAH, Malaysia, 05000

Big Orange Hotel Jitra

47 & 48, Pekan Jitra 3, Jitra, Malaysia, 06000

Tentang

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Alor Setar, menghubungkan Kedah dan negeri-negeri jiran bersebelahan seperti Perlis dan juga Pulau Pinang melalui laluan udara. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (IATA: AOR, ICAO: WMKA) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Alor Setar, sebuah bandar di negeri Kedah di Malaysia. Lapangan terbang ini terletak di Kepala Batas, iaitu kira-kira 15 km dari bandar Alor Setar. Lapangan terbang ini telah menghubungkan sehingga 800,000 orang penumpang setiap tahun.

Terminal baru sudah beroperasi sejak 5 Mei 2006 untuk menampung peningkatan jumlah trafik pada masa depan. Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines, Firefly dan Air Asia beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Lapangan terbang tersebut adalah antara dua lapangan terbang yang terletak di negeri Kedah, selain Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, yang menghubungkan Pulau Langkawi. Bangunan terminal lapangan terbang ini menawarkan semua kemudahan seperti kedai bebas cukai, kedai-kedai lain, lounge, ejen pelancongan, restoran, dan kemudahan lain.

Antara tempat tarikan yang berdekatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim adalah termasuk Istana Anak Bukit, Galeri Seni Negara dan Masjid Zahir. Untuk pemandangan keseluruhan bandar Alor Setar, anda harus ke Menara Alor Setar yang turut dilengkapi dengan restoran berputar, anda boleh menikmati pemandangan bandar yang indah sambil menikmati hidangan yang menarik. Terletak juga di Jalan Kampung Perak adalah Balai Besar yang telah siap diubah suai pada tahun 1896 oleh Sultan Kedah, yang ke-26 iaitu Sultan Abdul Halim Shah dan digunakan untuk majlis-majlis kerajaan dan negeri.

Tarikan Pelancongan

Anak Bukit

Anak Bukit juga dikenali sebagai bandar diraja Kedah kerana istana dan kediaman rasmi Sultan Kedah, yang turut dikenali sebagai Istana Anak Bukit terletak di sini. Ia juga adalah tempat kelahiran Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah. Terdapat juga zoo mini di tengah-tengah laman bunga yang berwarna-warni atau turut dikenali sebagai taman diraja. Pelawat dibenarkan untuk masuk ke dalam kawasan taman diraja.

Masjid Zahir

Masjid Zahir merupakan salah satu mercu tanda seni bina yang paling popular di Kedah, Masjid ini menampilkan keunikan seni bina Melayu dan Islam yang elegan. Dibina pada tahun 1912, masjid ini merupakan salah satu masjid yang tertua di negara ini. Reka bentuk masjid ini telah diilhamkan oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II. Seni bina masjid terdiri daripada lima kubah hitam yang besar, melambangkan 5 Rukun Islam. Terletak di pusat bandar Alor Setar, ia adalah masjid rasmi bagi negeri dan juga masjid utama bagi umat Islam tempatan dan juga tempat untuk pertandingan tilawah Al-Quran yang dianjurkan setiap tahun. Masjid ini juga menempatkan tapak perkuburan pahlawan Kedah yang meninggal dunia ketika mempertahankan negeri itu daripada Siam pada tahun 1821. Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), menuju ke arah utara Kedah dan ambil susur keluar Alor Setar Selatan (Interchange 177) ke Alor Setar. Masjid ini terletak hanya 20 minit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Hotel

TH Hotel & Convention Centre Alor Setar

TH Hotel & Convention Center Alor Setar terletak hanya 5 minit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan kira-kira 10 kilometer dari ibu negeri Kedah, Alor Setar. Hotel ini adalah sebuah hotel 3 bintang dengan 207 bilik termasuk Superior, Deluxe dan Suite Keluarga direka mematuhi Syariah. TH Hotel Alor Setar juga mempunyai kolam renang yang selesa untuk mereka yang suka berenang. Hotel ini terletak di tengah-tengah Kedah. Hotel Tabung Haji ini juga berdekatan pelbagai kawasan perlancongan yang menarik untuk dilawati seperti Galeri Seni Negeri yang hanya terletak 13 minit dari TH Hotel Alor Setar. TH Hotel & Convention Center Alor Setar menyediakan kemudahan seperti perkhidmatan bilik 24 jam, tempat letak kereta, kedai kopi, dan kemudahan bagi perkhidmatan bilik tetamu kurang upaya, perkhidmatan dobi, kemudahan mesyuarat, restoran, peti deposit, dan kawasan merokok. Terdapat juga kemudahan internet seperti Wi-Fi di tempat awam dan sudah semestinya tempat letak kereta, kawasan yang luas.

Q Bintang Hotel

Q Bintang Hotel, yang baru dibuka pada bulan Oktober 2015, terletak dalam kawasan bandar yang paling pesat membangun di Jalan Langgar, Alor Setar. Q Bintang Hotel menawarkan 54 bilik-bilik yang selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk tetamu. Semua bilik dilengkapi dengan TV skrin rata. Semua bilik mempunyai bilik mandi peribadi dilengkapi dengan tab mandi atau pancuran mandian. Untuk keselesaan anda, anda akan mendapati selipar dan kelengkapan peribadi percuma. Q Bintang Hotel menawarkan WiFi percuma di hotel tersebut. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim adalah kira-kira 5 km dari hotel ini.

evtbvsrwfq