1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9799 Hotel)
    >
  3. Selangor
    (1155 Hotel)
    >
  4. Klang
    (82 Hotel)
    >
  5. Pelabuhan Klang
    (42 Hotel)

Hotel Mewah di Pelabuhan Klang, Klang

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 11 Mei 2024
Cari Hotel
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Pelabuhan Klang

EXTERIOR_BUILDING Amverton Cove Golf & Island Resort

Amverton Cove Golf & Island Resort

Resort
Pulau Carey, Port Klang
Menyenangkan
8.0
(36 Reviews)
Lihat Harga
Others Premiere Hotel

Premiere Hotel

Hotel
Pelabuhan Klang, Klang
Mengagumkan
8.5
(308 Reviews)
Layanan baik dan memuaskan. Kebersihan dan suasana bilik baik. Hotel pilihan saya bila saya ke Klang, Pelabuhan Klang, Pulau Indah, Shah Alam dan Banting. Harga yang diberikan amat-amat berbaloi dengan perkhidmatan dan keselesaan hotel.
Lihat Harga
See all 42 Hotels near Pelabuhan Klang

Facts about hotel in Pelabuhan Klang

Popular Area
Pulau Ketam, Pulau Carey
Popular Hotel
Amverton Cove Golf & Island Resort , Premiere Hotel
Popular Landmark
Pulau Ketam, Istana Alam Shah

Ulasan Tetamu dari Hotel di Pelabuhan Klang

8.1
Menyenangkan
1,640 ulasan dari hotel di Pelabuhan Klang dengan purata penarafan 8.1/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Pelabuhan Klang akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
zainorah
Ini adalah profil peribadi.
29 Mar 2021
Saya agak kecewa sebab pada mulanya saya diberitahu kolam renang boleh digunakan tetapi bila anak-anak saya ingin ke kolam renang diberitahu kolam di tutup. hello? jika cakap awal2 bkn ke senang kami decide.
MOHAMAD F. B. A. G.
Ini adalah profil peribadi.
30 Nov 2021
Lokasi bagus.. Bilik pun ok.. Harga berbaloi..
AA
Azmaniza Alias
24 Feb 2019
Bilik bersih. Counter staff yang helpful.
IA
Iszrul Azwan Bin Idrus
24 Sep 2023
Hotel yang bagus, bilik bersih & kemas, mempunyai kettle & mini bar fridge di dalam bilik, iron & board boleh minta staf hantar ke bilik, bilik ada aircond & kipas, TV, parking di depan bilik, mudah jika bawa orang tua, staf yang bagus & amat membantu. Terbaik.
Damayanti M. D.
Ini adalah profil peribadi.
24 Oct 2021
hotel ini sangat berbaloi dengan harga tapi kalau boleh sediakan sudu untuk membuat coffe🙂 best next time boleh lah menginap lagi dekat dream hotel
NURUL H. B. S.
Ini adalah profil peribadi.
8 Mar 2018
Bilik luas, selesa dan bersih. Kemudahan semua lengkap. WiFi OK. Harga berbaloi. Cuma meja reception sahaja lambat. Overall puas hati.
zf
zurairah fadhlin binti johari
6.0
/ 10
1 Sep 2019
pembayaran sudah dibuat tetapi tempahan masih berlangsung dan akhirnya bilik penuh. harap saya akan mendapatkan balik bayaran balik saya tidak lama lagi. terima kasih.
SAIFUL F. B. A.
Ini adalah profil peribadi.
28 Jul 2022
Check in beberapa kali tapi time cekin slow yang amat-amat. Reception siap tanya lagi berapa harga bilik, siap catat lagi, sedangkan semua sudah ada dalam system. Komplen aircond tidak sejuk, sudah buat sampai 16c, reception cakap sudah ok. Dia bagi naik temp ke 24c, sedangkan 16 pun tidak sejuk apatah lagi naikan ke 24c. Masuk bilik cek aircond, siap pakai selioar sampai ke area katil 😤
Nurliyana b. i.
Ini adalah profil peribadi.
6 Oct 2021
bilik best selesa aircond sejuk ..anak2 puas Mandi bathtub dengan kolam.. breakfast sedap

Tentang

Sebelum ini Pelabuhan Klang dikenali sebagai Port Swettenham tetapi ia telah dinamakan semula pada Julai 1972. Pelabuhan ini terletak kira-kira 6 kilometer dari bandar Klang. Pelabuhan Klang terletak di bawah negeri Selangor dan daerah Klang. Ini adalah pintu masuk utama ke Malaysia melalui jalan laut. Pelabuhan ini mempunyai 3 pelabuhan yang berbeza iaitu Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat. Pelabuhan Barat baru dibangunkan. Pelabuhan ini juga bertindak sebagai pelabuhan Lembah Klang yang merupakan wilayah paling maju dan juga di mana terletaknya ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Ia hanya 38 kilometer jauh. Pelabuhan Klang mempunyai hubungan dengan lebih 120 buah negara dan berurusan dengan lebih daripada 500 pelabuhan di seluruh dunia.


Pelabuhan Klang kini adalah sebuah tempat yang sering dikunjungi pelancong. Terdapat feri yang boleh membawa penumpang ke Dumai dan juga Tanjung Balai Asahan yang berada di Sumatera, Indonesia. Terdapat pihak berkuasa tempatan yang menjaga pelabuhan. Mereka adalah Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA). Hokkien digunakan secara meluas di Pelabuhan Klang. Ini mungkin kerana penduduk di sini kebanyakannya Cina. Walau bagaimanapun, mereka masih boleh berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa dan berlainan latar belakang.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Pelabuhan Klang sangat dekat dengan Kuala Lumpur. Terdapat lebuh raya utama yang menghubungkan kedua-dua bandar ini. Pelabuhan Klang terletak di hujung barat Lebuhraya Persekutuan. Pelawat boleh menggunakan Lebuh Raya Kesas dan menuju ke Lebuhraya Pulau Indah. Ini akan membawa kepada Pelabuhan Barat. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan Lebuhraya Shah Alam, ia akan membawa kepada Pelabuhan Utara.

Menggunakan Bas

Komuter KTM mempunyai stesen betul – betul di Pelabuhan Klang. Laluan ini menghubungkan Batu Cave, Subang Jaya, Shah Alam dan juga Tanjung Malim. Terdapat kereta api yang akan membuat perjalanan setiap 15 minit dan sekali setiap 20 minit semasa bukan waktu puncak.

Menggunakan Bas

Ini mungkin adalah pilihan yang paling tidak digemari jika pengunjung perlu pergi ke Pelabuhan Klang. Ini adalah disebabkan terminal bas dan teksi adalah 1 kilometer dari kawasan pelabuhan. Bagaimanapun terdapat dua syarikat bas yang membuat perjalanan ke sana. Mereka adalah Transnasional dan juga Cityliner. Akan ada bas yang bergerak setiap setengah jam.

Menggunakan Bot

Oleh kerana terdapat feri yang menghubungkan Sumatera dan juga Indonesia, pengunjung boleh mengakses Pelabuhan Klang dari Tanjung Balai serta Dumai. Tiada perjalanan domestik kecuali untuk ke Pulau Ketam yang berdekatan. Syarikat-syarikat yang membuat perjalanan ini adalah Indomal Express atau Malaysia Express dan juga MV Pelita Jaya Express.

Tarikan Pelancongan

Pulau Ketam

Ini adalah sebuah kampung yang berhampiran dengan Pelabuhan Klang. Kampung ini boleh diakses dengan feri di terminal feri di Pelabuhan Klang. Ini adalah sebuah kampung di pulau yang dilindungi oleh paya bakau. Ramai pengunjung yang datang ke kampung ini adalah kerana seluruh kampung dibina di atas buluh. Antara sebab lain mengapa tempat ini sering dikunjungi adalah kerana jumlah makanan laut yang banyak dan juga restoran yang berupaya untuk menyediakan makanan itu. Setiap hari terdapat 15 feri yang membuat perjalanan ke sana. Kos untuk ke Pulau Ketam adalah sekitar RM7 setiap perjalanan. Perjalanan feri pula akan mengambil masa kira-kira 45 minit.

Hotel

Premiere Hotel

Hotel ini terletak secara strategik dekat dengan kebanyakkan kemudahan awam di kawasan ini. Hotel ini juga mempunyai pusat kecergasan yang boleh digunakan oleh tetamu mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai kolam renang dan perkhidmatan spa untuk membuatkan tetamu mereka merasa lebih selesa. Satu lagi perkhidmatan yang disediakan ialah penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam yang akan dapat membantu tetamu mereka pada bila-bila masa. Wifi juga boleh didapati di sini untuk kegunaan tetamu mereka. Hotel ini menjamin keselesaan dan perkhidmatan yang sangat baik sepanjang penginapan tetamu mereka di sini.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved