Pusat Pakar KPJ Seri Manjung telah dikenali sebagai perintis di dalam perkhidmatan pemerikasaan kesihatan masyarakat yang telah ditubuhkan di Malaysia pada Mei 2012. Pusat Pakar KPJ Seri Manjung bermula dengan 23 unit katil sahaja. Pada tahun 2013, Pusat Pakar KPJ Seri Manjung telah diambil oleh Johor Corporation yang telah berjaya membangunkan hospital ini ke taraf yang tinggi dan menjadi hospital yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pemeriksaan pakar kepada masyarakat tempatan. Antara kemudahan yang ditawarkan kepada pesakit di sini adalah pemeriksaan ultrasound 3D/4D, X-Ray, Makmal, Dewan Pembedahan, Bilik Bersalin, Farmasi, Klinik Pakar Pesakit luar, Klinik biasa, Nurseri, Pemeriksaan Mamogram, Pemeriksaan jantung, ECG dan Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan. Pusat Pakar KPJ Seri Manjung adalah antara penyedia rawatan kesihatan yang menjadi pilihan ramai di Daerah Manjung dan berazam untuk menyampaikan perkhidmatan rawatan kesihatan berkualiti dan selesa kepada para pelanggan.
Pusat Pakar KPJ Seri Manjung boleh dikunjungi dengan menaiki kapal terbang. Lapangan terbang berhampiran adalah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh. Anda boleh menaiki Malindo Air atau Firefly untuk ke lapangan terbang tersebut. Setibanya anda di lapangan terbang, anda boleh menaiki teksi untuk ke Pusat Pakar KPJ Seri Manjung yang berada pada jarak 87 km.
Sekiranya anda ingin menaiki bas, terdapat perkhidmatan bas yang disediakan oleh Plusliner dan Seri Maju Ekspressway. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, anda boleh menaiki bas di Terminal Bersepadu Selatan terus ke Seri Manjung. Ia akan mengambil masa tiga jam perjalanan untuk tiba ke Seri Manjung melalui Lebuhraya Utara Selatan bergantung kepada keadaan trafik dan cuaca. Terdapat juga perkhidmatan bas setiap hari dari Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Sri Maju Ekspres.
Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur atau dari arah Utara atau Selatan Semenanjung Malaysia, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Pusat Pakar KPJ Seri Manjung. Perjalanan dari Kuala Lumpur akan mengambil masa selama tiga jam.
Perkhidmatan kereta api elektrik KTM ETS Kuala Lumpur ke Ipoh beroperasi setiap hari dan merupakan cara yang paling cepat untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Dari stesen kereta api Ipoh, anda perlu menaiki teksi atau bas untuk ke Pusat Pakar KPJ Seri Manjung yang berada pada jarak 82 km.
Taman Paya Bakau merupakan salah satu destinasi yang mesti anda kunjungi ketika berkunjung ke Pusat Pakar KPJ Seri Manjung. Ia merupakan sebuah taman semula jadi yang telah menarik minat pelancong tempatan dan antarabangsa untuk menikmati keindahan alam semula jadi yang terdapat di sini. Taman ini mempunyai pelantar pejalan kaki kayu untuk para pengunjung melihat pokok paya bakau dan memahami sistem ekologi yang terdapat di sini. Di antara hidupan yang boleh anda dapati di sini adalah monyet, biawak dan ketam.
Tokong Tua Pek Kong merupakan satu lagi destinasi pelancongan di Daerah Manjung. Ia terkenal dengan patung dewa dan tujuan pemujaan. Tokong ini mempunyai deretan patung putih yang tinggi yang jelas kelihatan dari jauh. Terdapat laman lanskap yang menarik dilengkapi dengan kolam ikan koi, batu tiruan dan patung-patung lain. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pemandangan indah matahari terbenam di sini.
Pantai Teluk Batik merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di Daerah Manjung. Ia dikenali dengan keindahan pantai dan pelantar untuk mandian laut. Air lautnya yang jernih dan pantai yang panjang menjadikan tempat ini sesuai untuk aktiviti berkelah. Terdapat banyak pelancong yang berkunjung ke pantai ini terutamanya ketika hujung minggu.
Pulau Pangkor menawarkan kenangan percutian yang hebat buat anda yang ingin melarikan diri dari kesibukan kehidupan di bandar. Anda boleh melakukan aktiviti seperti mendaki, menyelam, mandi laut, lawatan ke pulau-pulau di sekitarnya dan banyak lagi. Bagi kebanyakan penduduk tempatan Pulau Pangkor ini terkenal dengan pelbagai pantainya yang indah seperti Teluk Nipah, Coral Bay, Teluk Belanda dan Pasir Bogak.
Penginapan di Hotel Sfera merupakan pilihan bijak buat anda yang berkunjung ke Manjung. Hotel bertaraf empat bintang ini terletak hanya 2nkm dari Pusat Pakar KPJ Seri Manjung. Hotel ini menawarkan bilik yang luas dan bersih untuk keselesaan para tetamunya. Dengan segala kemudahan yang ditawarkan menjadikan Hotel Sfera ini sesuai untuk penginapan anda.
Sun Inns Hotel Sitiawan merupakan sebuah hotel bertaraf dua bintang yang terletak di Sitiawan. Jaraknya hanya 1.7 km dari Pusat Pakar KPJ Seri Majung. Sun Inns Hotel Sitiawan merupakan pilihan bijak buat anda yang mencari pilihan penginapan yang murah dan selesa.
Total Accommodation | 182 Properties |
Popular Area | Pulau Pangkor, Lumut |
Popular Hotel | Hotel Sfera, Hotel O Hotel Orchard Inn |
Popular Landmark | Virgo Batik Resort, Damai Laut Golf And Country Club |