Hospital Kanser Mount Miriam terletak di 23, Jalan Bulan, Tanjong Tokong, 11200 Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Hospital ini hanya merawat pesakit kanser dengan prinsip utamanya menghadirkan penyembuhan seperti keajaiban dengan meletakkan kepercayaan hanya pada kuasa Tuhan. Sudah tentu tidak bertujuan untuk keuntungan, ia menyembuhkan pesakit melalui perkhidmatan terbaik dan berkualiti tinggi dengan rawatan, diagnosis dan penjagaan kanser yang berpatutan tanpa mengira status kewangan pelanggan. Persekitaran hospital turut disemaikan dengan rasa kasih sayang, hormat dan belas kasihan.
Dari lapangan terbang KLIA2 atau Subang, terdapat penerbangan domestik ke Pulau Pinang yang disediakan oleh Malaysia Airlines, Firefly dan Air Asia. Dari lapangan terbang Bayan Lepas, anda boleh mendapatkan teksi ke Mount Miriam Cancer Hospital di Tanjung Tokong.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan laluan harian ke Butterworth dari Kuala Lumpur Sentral. Perjalanan mungkin mengambil masa kira-kira 4 jam. Dari stesen keretapi Butterworth, anda boleh menggunakan teksi untuk ke Tanjung Tokong.
Memandu dari Kuala Lumpur, menuju ke utara melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan ambil susur keluar ke Georgetown. Pandu di sepanjang Jambatan Pulau Pinang dan ikut papan tanda ke Tanjung Tokong.
Dari Kuala Lumpur, dapatkan tiket bas dan bertolak sama ada di Hentian Duta atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Georgetown. Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 5 jam. Dari terminal bas, dapatkan teksi untuk membawa anda ke Tanjung Tokong.
Masjid Terapung Pulau Pinang juga dikenali sebagai Masjid Terapung Tanjung Bungah. Ia terletak di Tanjung Bungah berhampiran George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Masjid ini dibina bermula dari tahun 2005 hingga 2007 menggantikan masjid lama yang berdekatan dengannya. Masjid ini dibuka secara rasminya pada 16 Mac 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Masjid ini mempunyai landskap berpemandangan laut yang indah dan ia menarik perhatian bukan hanya umat Islam untuk beribadat tetapi juga orang bukan Islam untuk bersiar-siar.
Gurney Plaza adalah pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Gurney Plaza diuruskan oleh CapitaMalls Asia, sebuah syarikat yang berpusat di Singapura. Ia dibuka pada tahun 2001 dengan menempatkan penyewa utamanya, Parkson. Ia juga menempatkan Golden Screen Cinemas yang besar di tingkat atas pusat membeli-belah. Sebagai pawagam terbesar di utara Malaysia, Gurney Plaza sentiasa sesak dengan para penonton apabila terdapat filem-filem baru yang dikeluarkan. Mempunyai sembilan tingkat, ia dapat menampung sehingga 380 kedai yang terdiri daripada kebanyakan jenama antarabangsa.
Four Points by Sheraton Penang terletak di 505, Jalan Tanjung Bungah, Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 11200. Ia merupakan hotel mewah bertaraf empat bintang yang terletak di persisiran pantai berpasir putih Tanjung Bungah yang cukup tenang. Ia menampung beberapa pilihan bilik tamu dari bilik deluxe, bilik menghadap laut sehinggalah bilik suite. Tetamu yang mendaftar masuk di sini akan mendapat akses eksklusif ke semua kemudahan yang disediakan; kolam renang, gim, restoran dan lain-lain. Ia juga merupakan tempat yang popular untuk resepsi perkahwinan, mesyuarat korporat, seminar syarikat dan acara-acara lain yang sesuai. Kadar harga biliknya bermula dari RM344 untuk satu malam.
Untuk pelancong atau tetamu yang lebih sukakan penginapan rumah sewa berbanding hotel, inilah cadangan untuk anda pertimbangkan. Foo Homestay terletak di 665-Z, Pepper Estate Road 3, MK 18, Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Tanjung Tokong, Pulau Pinang, Malaysia, 11200. Rumah ini sangat bersih dengan tumbuh-tumbuhan hijau mengelilinginya bagi mewujudkan suasana alam semula jadi yang segar. Rumah ini cukup luas untuk menampung sehingga 10 orang sekaligus. Oleh itu, sangat sesuai dan munasabah jika anda berkunjung ke Pulau Pinang dalam sebuah kumpulan besar. Ia terletak kira-kira 15 minit ke Georgetown dan tempat-tempat tarikan yang lain, anda boleh merancang jadual anda sendiri untuk meneroka bandar yang sibuk ini. Banyak yang akan dapat anda terokai dengan orang yang tersayang.
Total Accommodation | 500 Properties |
Popular Hotel | G Hotel Kelawai, G Hotel Gurney |
Popular Landmark | Mount Miriam Hospital, Straits Quay Marina Mall |