Air Terjun Hulu Kinta atau turut dikenali sebagai Air Terjun Tanjung Rambutan dalam kalangan penduduk tempatan terletak berhampiran Pangkalan Angkatan Tentera Udara manakala Air Terjun Buntong terletak di kaki bukit Banjaran Kledang iaitu berhampiran Taman Pertama. Air terjun semulajadi ini merupakan tempat berkelah yang popular bagi pelancong dan juga penduduk tempatan. Air terjun ini terletak kira-kira 20 minit memanduan dari bandar Tambun. Tambun adalah sebuah bandar utama di Daerah Kinta, Perak, Malaysia. Tambun terkenal kerana menghasilkan buah limau yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong.
Sekiranya anda menggunakan perjalanan udara, lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (IATA: PEN, ICAO: WMKP) yang merupakan lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 2 jam dan 30 minit dari Air Terjun Ulu Kinta. Sebagai alternatif, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 dan 2, kedua-duanya terletak kira-kira 3 jam dari air terjun tersebut.
Sangat mudah untuk sampai ke Air Terjun Ulu Kinta dengan menggunakan kereta. Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS adalah jalan tol moden yang beroperasi dari Perlis ke Johor Bharu. Tambun adalah salah satu susur keluar dari lebuh raya ini hanya beberapa kilometer selepas tol Jelapang dari arah utara. Kemudia ambil Jalan Tambun menghala ke Tanjung Rambutan dan cari papan tanda ke Air Terjun Ulu Kinta.
Lost World of Tambun adalah destinasi percutian keluarga yang penuh dengan kesoronokan. Taman tema air yang serba lengkap ini dikelilingi oleh hutan tropika yang subur, mata air panas semulajadi, ciri batu kapur yang menakjubkan dari 260 juta tahun dan tujuh taman tarikan yang mengagumkan. Hal ini menjadikannya destinasi yang wajib untuk lawatan unik eko-perlancongan bagi pelawat dari pelbagai peringkat umur. Taman tema air ini terletak berdekatan dengan Lost World Hotel, yang menyediakan bilik tidur yang sempurna selepas seharian berseronok di taman tema air. Lost World Of Tambun menawarkan bukan sahaja "syurga yang hilang" juga menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan dan sihat untuk semua peringkat umur dengan menjanjikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan pelbagai unsur pendidikan yang menyeronokkan di sekitar taman itu. Taman tema ini juga satu-satunya taman tema di Asia Tenggara dengan mata air semulajadi ditambah pula dengan pelbagai tarikan dan kemudahan yang ada.
Dikelilingi oleh kehijauan Tambun, Sunway Lost World Hotel menawarkan bilik-bilik klasik dengan akses langsung ke taman tema dan penggunaan percuma Hot World Hot Springs. Ia menyediakan kemudahan Wi-Fi dan tempat letak kenderaan yang percuma. Bilik-bilik berhawa dingin dan mempunyai hiasan dalaman berwarna krim, TV kabel skrin rata dan pembuat teh / kopi. Lost World Hotel berjarak 20 minit pemanduan dari Stesen Kereta Api Ipoh dan pusat membeli-belah Kinta City dan Ipoh Parade. Ia berjarak 25 minit pemanduan dari Gua Sam Poh Tong. Bersantai di petang hari di spa, selain menikmati kemudahan kolam infiniti, mata air panas dan urutan yang menenangkan.
Sun Inns Hotel Sunway City Ipoh, Tambun terletak kira-kira 1 km perjalanan dari taman tema air popular di Ipoh, Lost World Of Tambun, pusat perniagaan Sunway City Ipoh dan Sunway College Ipoh, dan berjarak sekitar 15 minit memanduan ke bandar utama Ipoh. Tambun digelar Little Quilin of Ipoh kerana kaya dengan kehijauan semula jadi, seni stalagmit dan stalaktit di gua-gua batu kapur dan mata air panas yang juga merupakan tarikan kepada pelancong. Sun Inns Hotel Sunway City Ipoh merupakan tempat yang ideal bagi penginapan para pelancong yang mencari keindahan, keselesaan dan kemudahan di Bandaraya Ipoh. Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan di lokasi untuk memuaskan hati tetamu yang menginap di sini.
Total Accommodation | 158 Properties |
Popular Area | Ipoh, Tambun |
Popular Hotel | TUI BLUE The Haven Ipoh, The Banjaran Hotsprings Retreat |
Popular Landmark | Lost World of Tambun Theme Park, Ipoh Parade |