amaran

Hotel Mewah di Pulau Tioman, Mersing

Berjaya Tioman Resort

Kampung Lalang

8.5/10

Sangat Baik

Tentang

Pulau Tioman merupakan sebuah mukim serta pulau yang terletak di Daerah Rompin, Pahang. Pulau ini terletak pada jarak 32 km dari pantai timur negeri itu dengan 20 kilometer panjang dan 12 kilometer lebar. Pulau ini terdapat 8 kampung utama dan kampung yang terbesar serta terkenal di pulau ini ialah Kampung Tekek yang terletak di sebelah utara pulau. Pulau ini adalah sebahagian daripada wilayah Pahang, walaupun secara geografinya pulau ini lebih berdekatan dengan wilayah Johor dari wilayah Pahang dan ianya mudah dikunjungi melalui perkhidmatan feri dari bandar pesisir Johor Mersing. Pulau Tioman merupakan pulau kecil dan sangat terkenal sebagai destinasi pelancongan kepada pelancong yang menggemari untuk meneroka keindahan alam semula jadi serta kecantikan dan keunikan pulau ini. Pulau ini juga dikelilingi dengan pelbagai kehidupan laut dan sangat terkenal di kalangan pengunjung yang meminati aktiviti selam pada permukaan serta aktiviti selam skuba. Pulau ini juga diliputi dengan hutan tebal tropika, rumah kepada rama-rama, cicak dan monyet.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Feri

Kebanyakan para pengunjung menggunakan perkhidmatan feri dari Mersing. Bluewater Express menyediakan perkhidmatan feri dengan bot yang laju dan selesa yang mengambil masa perjalanan selama 2 jam untuk ke Jeti utama Kampung Genting. Terdapat 3 perkhidmatan feri setiap hari tetapi terdapat juga hanya 2 perkhidmatan feri untuk hari biasa atau sekiranya terdapat masalah atau kekurangan penumpang perkhimatan feri tersebut akan dibatalkan. Terdapat juga feri yang berlepas dari Tanjung Gemuk di mana ianya merupakan terminal untuk berlepas ke Pulau Tioman dari Pahang.

Menggunakan Bot

Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan bot persendirian dari Mersing di mana ianya bebas dari air pasang. Harga bot ini adalah sebanyak RM 1300 dan hanya berlepas sekiranya penumpang mencukupi serta bersetuju dengan harga yang telah ditawarkan.

Menggunakan Bas

Mersing merupakan pintu masuk utama untuk ke Pulau Tioman kerana anda boleh menaiki feri ke Tioman dari Mersing. Anda boleh menaiki bas dan membei tiket bas ke Mersing dari Kuala Lumpur atau Singapura dengan pembelian secara online untuk mendapatkan harga potongan sebanyak 10%.

Tarikan Pelancongan

Tekek Village

Kampung Tekek terletak di pantai utama dan mudah untuk dikunjungi dengan menaiki bot atau feri dari Mersing. Disebabkan lokasinya yang terletak di tengah pulau tiada masalah untuk anda kunjungi kampung ini. Kampung ini telah banyak membangun serta menyediakan pakej perkhidmatan selam pada permukaan serta aktiviti menyelam yang sangat menyeronokkan. Kampung Tekek merupakan kampung utama di Tioman yang menyediakan banyak pusat menyelam untuk para pelancong. Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti berenang di pantai yang indah, trek hutan, bermain golf dan membeli belah di kedai bebas cukai serta mengumpul pelbagai barang cenderahati untuk di bawa pulang untuk diberikan kepada keluarga dengan harga yang murah.

Asah Waterfall Tioman

Air Terjun Asah atau turut dikenali sebagai Air Terjun Mukut merupakan salah satu air terjun yang menarik di Pulau Tioman dan merupakan kawasan yang perlu dikunjungi oleh para pelancong. Air Terjun Asah terletak di Kampung Mukut di mana anda boleh meluangkan masa dengan penduduk tempatan di mana mereka sangat peramah dan anda juga boleh menikmati kelazatan makanan tempatan di sini. Anda juga boleh mendegar keindahan bunyi burung-burung dari hutan, keindahan kehijauan hutan serta melihat monyet serta haiwan-haiwan lain yang terdapat di sekitar kawasan ini.

Juara Beach

Anda boleh kunjungi Pantai Juara yang merupakan salah satu pantai yang menarik di Pulau Tioman sepanjang anda berada di Tioman. Pantai ini sangat terkenal dengan keunikannya yang dikelilingi dengan kehijauan hutan serta pasir pantai yang indah dan bersih, air laut yang jernih dan biru yang menjadikan pantai ini berbeza dengan pantai lain yang terdapat di Pulau Tioman. Anda boleh menikmati pemandangan pokok-pokok betik, pisang, mangga serta anda juga boleh menikmati aktiviti menyelam, menyelam pada permukaan serta aktiviti berkanu.

Air Batang

Kampung Air Batang atau Kampung ABC terletak di tengah Pulau Tioman, hanya di utara Kampung Tekek. Mengikut penduduk tempatan ianya dikenali sebagai ABC di mana pantai ini terkenal dengan keindahan air laut yang jernih dan biru serta pantai yang putih bersih. Anda boleh melakukan lawatan meyelam pada permukaan di ABC’s Coral Bayor Monkey Beach dan nikmati keindahan matahari terbanam serta anda juga boleh membeli barangan cenderahati yang terdapat di pelbagai kedai cenderahati di kampung ini.

Juara Turtle Hatchery

Juara Turtle Hatchery juga merupakan salah satu destinasi menarik yang perlu anda kunjungi sepanjang anda berada di Pulau Tioman. Di sini anda boleh lihat pelbagai spesis penyu serta telur penyu . Penerokaan pelbagai spesis penyu merupakan salah satu aktiviti menarik yang terdapat di Pulau Tioman.

Hotel

Berjaya Tioman Resort

Berjaya Tioman Resort merupakan resort yang sangat baik yang terletak di Kampung Nipah. Untuk sampai ke resort ini ianya mengambil masa selama 1 jam 30 minit dengan menaiki feri dari Jeti Mersing atau Jeti Tanjung Gemok. Anda boleh menikmati keseronokan di resort ini serta beristirehat di kolam renang pada siang hari sama ada anda mengembara sendiri atau bersama orang tersayang. Hotel bertaraf 4 bintang ini menyediakan kemudahan yang lengkap, selesa serta servis yang baik kepada para tetamu.

Tunamaya Beach & Spa Resort

Menginap di Paya Beach Resort merupakan pilihan yang baik sekiranya anda mengunjungi Pulau Tioman. Resort mewah ini hanya 1 minit berjalan kaki untuk ke pantai di mana ia turut menyediakan penginapan chalets yang santai dengan beranda persendirian. Kepada para pengunjung yang ingin memanjakan diri di penginapan mewah, Tunamaya Beach & Spa Resort merupakan pilihan resort yang sangat tepat yang menyediakan kemudahan yang lengkap serta servis yang sangat baik.