Dengan menginap di Sun Inns Hotel Pasir Penambang di Kuala Selangor, anda akan berada dalam lingkungan 5 minit memandu dari Bukit Melawati dan Taman Alam Kuala Selangor. Hotel ini berada 44.1 km dari i-City dan 49.8 km dari Pusat Beli-belah Aeon Bukit Tinggi.
Servis sangat kurang memuaskan bagi kami sekeluarga. Ditukarkan bilik, tapi makin kecil dan tidak ada tempat untuk meletak beg, meja solek hadapan tandas, TV tinggi melangit. Memang kurang memuaskan hati. Saya sungguh kecawa.
Cadar dan selimut ada tompok2 kotor. Lantai tak agak berhabuk. Bilik air tidak dibersihkan dengan betul kerana plastik pad wanita, pelanggan sebelum itu tidak dibuang dibiarkan tergantung di dinding bilik air. Siaran tv hanya ada satu channel sahaja. Pintu bilik air juga ada yang rosak dan tercabut. Malam bila tiba kat hotel, tiada staf yang berada kaunter hotel. Pintu hotel agak tidak selamat sebab tidak dikunci bila tiada staf di kaunter depan.
Receptionist malam sangat tidak bekerjasama dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai IT kerana nama ditempah tidak appear didalam sistem dan beliau memaklumkan bahawa nama saya berkemungkinan di hotel lain..
Menginap selama 2 malam. Bilik luas dan selesa begitu juga dengan bilik air besar,bersih. Cuma ada beberapa kekurangan di bilik. Aircond kurang sejuk, plug point takde untuk charge hp, TV takde siaran. N jalan nak ke bilik agak gelap. Mohon pasang lampu di corridor. Terima kasih.
Ia cukup bersih untuk penginapan hotel bajet. Bilik mandi adalah besar untuk bilik deluxe. Keseluruhan kebersihan sangat baik untuk hotel Melawati Ria. Akan mempertimbangkan untuk tinggal di sini lagi untuk perjalanan seterusnya ke Kuala Selangor.
Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia